08 March 2010

Tamarind Hill..

Hari Jumaat lepas kerja aku dah janji dengan kawan aku yang sorang ni.Nak jumpa dia ni bukan senang.Nak kena buat appointment 2-3 bulan sebelum. Mengalahkan nak jumpa menteri. Takde la, kadang once kitorang dah fixed date, tapi last minit ada je yang kene reschedule.Biasa la, memasing sibuk...

So, jumaat malam yang lalu.Memang kitorang dah nekadkan hati yang kitorang mesti jumpa jugak,tanpa mengira halangan dan rintangan yang datang.Tempatnya kat Tamarind Hill, jam 8pm.Sebenarnya, kitorang ni tak pernah sampai tempat ni.So aku jenuh le cari map kat Mr Gugle, tanye kawan lain yang pernah pegi. Tamarind Hill ni kat Jln Sultan Ismail, if tak berhati-hati tengok lorong nak ke sana, memang kene patah balik.Jauh lak tu.

Akhirnya, lepas 2jam driving dari ofis, sampai jugak aku ke sana.Macam nak putus kaki asik tekan brek+minyak.


             Ni baru tangga dia...Sorry ek, kamera amatur je.Pastu lupa nak set night mode lak tu.

Lepas aku masuk, kawan aku yang dinantikan selama 5bulan pun muncul. (Last skali kitorng jumpa kat La Bodega on Nov). Kitorang sangat kagum dengan tempat tu.Ambience sangat best.Tak abis-abis kitorang amik gambar. Rasanya masa malam tu takde org Melayu pun yang datang,kecuali kami 2 org dan waiter+waiteress. Lupa nak cakap, kitorang dok luar, after dia bagi table jek trus waiter tu pasangkan ubat nyamuk letak bawah kaki.Macam kat umah kampung pulak.

 

Ni pandangan sebelah kiri dari meja kami


Yang ni pandangan sebelah kiri

  
This is us!
Sesi pengambaran ni tak berakhir disini, kitorang sambung kat luar pulak.....Hehehee...

No comments: