29 April 2010

Aku Dapat Muah! Muah! Siti Norhaliza & Kris Dayanti: Part I

Hish! Geram tahap gaban la. Aku dah tak tahan lagi dah. Dah lama aku pendam perasaan ni. Tak larat la. Dah 4 tahun keje kat company takde family day ni macam tak berapa nak menyumbang pape kat CV aku jek. Bila cite kat bos, dia macam buat tak paham or buat-buat tak paham. Muka stone je. Hangin aku satu badan tau. Dah tak tau lagi nak cite macam mana. Hish!

Tiba-tiba bos aku panggil lak. Hish! Kalau bole, aku dah tak nak tengok muka dia langsung bole tak? Tolong lah. Nak tak nak, aku still kene pegi jugak, even tho dalam keadaan yg amat geram. Pastu dia bagi ni kat aku...


Harus aku rasa gembira ke ape ni? Of course la gumbira teramat sangat. Walaupun aku bukanlah peminat setia/tegar Siti Norhaliza and Kris Dayanti, tapi aku amatlah gembira. Aku tak penah beli cd diorang ni apatah lagi cuba nak hapal liriknye. Tiket platinum tuuuuu...1K/seorang. Aku dapat 3 tiket. So aku bawaklah besties aku di office ni.Aku pegi sana pakai baju keje je. Tak kuasa aku nak balik umah kat Keramat pastu pegi Shah Alam. Buang karen.

Kat tiket ni tulis start pukul 8pm, tapi pintu pun tak bukak lagi. So kami amik gamba kat lobby SACC tu dulu. Kira macam nak warm up dulu la. Yelah, daripada menunggu terpacak macam pak guard je, baik aku amik gamba.

Ni kat depan booth Siti Norhaliza Production, dengan Anita.


Ni Ila dengan Anita kat booth Raflesia.

Kitorang tunggu kat lobby ni sejam lebih jugak la, tapi sebab tiket free punye pasal. Akan ku redah jua. Sebenarnye aku aiming for this...



Nak tau lagi ke? Cukup la ek? Ni cite kat luar ballroom. After this kita sambung kat dalam pulak.

8 comments:

sirna said...

bestnya dpt tiket free..kalau saya pun tak brpa minat sgt DIVA 2 org tu, tp kalau free sapa taknak wei..

Nieza Ishak said...

jelesssssssssnyaaaaaaaaaa


ada kerja kosong tak kat situ ???? wakakakaka

SILA TEPEK GAMBAR BANYAK2 yerkkk ...

syida said...

@sirna : dah free, tak bape suka pun pegi jugak, kan?

@nieza : kak, nak keje sini? takde family day tau,tak pe ke? nanti part II pulak ye.

shaza79 said...

alamak, ade part II ke?? kalau abiskan dalam satu entri tak bole ek??

Yunus Badawi said...

Apasal ko tak mintak 4 keping tiket dari bos ko tu? Boleh ko ajak aku sekali. Semalam aku ada kat Shah Alam. Lalu aje depan SACC tu masa nak ke SUK huhuhu

syida said...

@shaza : baru la ada thrill bila ada part I and II ni.

@YB: tgl 3 je yg ada. mcm mna nak mintak 4?

A D I A said...

wahh bestnya, lain kali ajak i pergi ye sebab i minat KD :) semalam dapat lalu depan SACC je :( duk berangan siapa bila la org nak sponsor hehe

syida said...

@adia : insyaallah if ada rezeki, kita bole pegi sesama.