24 April 2010

Cantiknyeeeee.....

Semalam aku ada meeting dengan orang gomen kat SUK, Shah Alam. Meeting pasal projek kontroversi tu la. Kontroversi ke? Hehehehe. Aku sampai sana around 9.20am. Takde orang langsung. Meeting cancel ke? Nape tak bagitau? Hampeh betul! Rupanya meeting scheduled at 10am. Tapi aku tulis dalam diari 9.30am. Ngee....Ngee... Takpela, dah terawal, aku tunggu je la.

Satu perkara pasal meeting dengan gomen ni ialah mesti ada makan-makan. Kalau pagi ada breakfast, kalau petang ada minum petang. Kenapa orang swasta takde makan-makan masa meeting?Cost cutting exercise. =)


Menu : Nasi Impit dengan Rendang Ayam

Kali ni aku tak makan langsung. Kenyang makan Japanese food semalam, bole gitu? Aku carry forward kenyang semalam sampai ke hari esoknye. Takde la, pagi tu aku dah makan mihun goreng. Ok!Stop pasal makan. Cuba korang tengok gamba seterusnya, cuba teka kat mana ni?


Hmmm...cantik kan? Macam kat showroom pun ada jugak. Tapi sebenarnya, its apart from tempat makan kat SUK tu. Ni tempat karaoke. Sebab aku nampak ada mic dan tv. Bagusnya orang kerajaan ni, kat ofis pun bole berkaraoke. Kitorang kalau nak pegi karaoke kene tunggu contractor bawak. Hehehe. Tapi semenjak keje kat company muslimah ni, dah tak penah pegi karaoke dengan contractor lagi dah.


Bila la orang gomen nak panggil aku keje dengan diorang?

5 comments:

ibu_Arifa said...

Waakakaka..saya pun sama kak syida..suka bebenor ayat akak yg last tu..entah bila ada rejeki nk keje dgn gov nih.

cantiknyer..mmg mcm show room kan.

sirna said...

betulla, gorgeous betul tempat kat atas tu, i like black and white..

Aini said...

samalah.. bila lah nak dapat kerja gomen...

pernah gak interview tapikan, tau interviewer tu kata apa..?

eh! you ni tak dek muka 'government' lah..

*erk.. orang government ada jenis-jenis muka ker???

Hmm....

syida said...

@ibu_arifa:mmg best kalau dpt enviroment keje mcm tu, mesti kpi tinggi.hehehe

@sirna :alamak, still utang tag dgn awak la. belum sempat nak buat.sori ek.

@aini:orang gomen ada muka2 yang tertentu ke?hmmm...nape dia tak sebut dlm web SPA?dah tak nak amik kita keje, xpyh la ckp mcm tu kan?

Aini said...

tu lah pasal.. bikin panas jer tau!!!