16 April 2010

Choo Choo Chak!



Sekarang Aqid ada favourite baru, iaitu cerita katun. Yela, mana ada budak yang tak suka katun. Mak dengan bapak budak pun ada katun favourite masing-masing masa kecik dulu, kan?
Walau ape pun, aku still suka Power Puff Girls especially, Bubble yang rambut kuning tu.

Kita fokus kepada subjek iaitu Aqid, dia sangat suka Chugginton buat masa sekarang ni, as the time goes by nanti mesti dia akan suka yang lain pulak kan? Tapi dia tak panggil 'chugginton' sebaliknya dia panggil 'choo choo chak'. Sebab lagu si chugginton ni ada bunyi-bunyi macam tu jugak. If Aqid nampak LRT lalu kat Jelatek tu, nanti dia cakap "mami, tu choo choo chak". Dia dah kenal character 'choo choo chak' tu jugak tau. Yang merah Wilson, yang biru Brewster (tp Aqid pronounced jadi 'buta' pulak), yang putih tu paling senang nak ingat sebab nama dia Koko (again, Aqid pronounced jadi 'toto').

Aku belikan Aqid die cast figure untuk Wilson dengan Koko, mestilah dia gembira sangat. Walaupun figure tu kecik je sebesar 2 inci each and it cost me RM30 seketol. At least bole la Aqid cantumkan. Brewster takde jual asing-asing sebab dia sekali dengan track and tempat cuci locomotive tu. Bukan aku tak nak beli untuk Aqid, tapi masa belum seswai. Kat kotak tu ada tulis untuk 3+. Kita kena ikut advise kotak. Hehee... On top of that, aku belikan Aqid buku cerita dia sekali kat Borders. Tak pandai baca lagi, tapi tengok gambar pun jadi la....


5 comments:

Ejamaria said...

seronok la Aqid main choo choo chak lepas ni... ;)

syida said...

@ejamaria: mmg seronok sgt.tp lepas ni nak kena bli selotep yg lebar sbb takut dia koyakkan pages dln buku tu...

Nieza Ishak said...

suffiya dgn zulaikha pun suker choo choo ni. keluar jerk iklan, mula la masing2 choo choo choo ..

derang lagi suker choo choo ni dr thomas

syida said...

@nieza: kak thomas boring sket, yang ni lagi happening!

Siti said...

hahahah....citer kartun semer budak2 suka..kalau dpt tgk citer kartun,,,mmg kusyuk la...

tetiba nyanyi lagu chunggitown..kcup..kcup..kcup..heheh