26 May 2010

Adegan Air Mata

Gambar yang berikut ini mungkin akan memberi pandangan negatif sesetengah pihak kepada kredibiliti keluarga ku. Tetapi ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Akak gorjes nak memohon maaf sekiranya ia mengganggu anda semua.


Ni salah satu aksi air mata bila Aqid kena potong rambut. Ni first time dia gunting rambut kat sini. Selalunye gunting kat Wak kat umah tu je. Tapi hari tu bole pulak Wak tutup kedai. Aqid marah sangat sebab Pa dengan abang tu gelakkan dia.


Ekspresi muka yang penuh emosi kesedihan. Akak gorjes kesian pulak bila tengok Aqid camni.


Setiap titisan air mata adalah bagaikan mutiara. Sadis betul nak gunting rambut ni. Pa cakap lepas ni tak payah gunting rambut kat situ lagi sebab abang tu tak pandai bermain dengan emosi kanak-kanak.

10 comments:

kakngah said...

nampaknya.. abg tersebut xder bakat la...
undi keluar!

Suhana Shahril said...

alahai..ciannyer.cebek mulut2 tu haa..

shaza said...

wah, speselnya kedai gunting rambut ni.. ade mainan lagi dalam tu.. selalu aku bawak anak2 aku gunting rambut kat kedai india AU2 tu je..

SyidaMislan said...

@kak ngah: hahaha...aqid mmg da undi keluar abg ni.

@suhana: tula...sedih sgt dia ni

SyidaMislan said...

@shaza: kedai ni kat jusco.Kwikcut satu kepala RM13.mainan tu free.

Elyn said...

apasai tak mntk amoi or awek akak2 potong rambut die?? kalau pompuan sure Aqid senyum sokmo...

Huda said...

susah gak rupenye nk potong rambut anak ni kan..isk3..

shaza said...

oo mahal sbb ade mainan la tu.. Aku pi kedai india tu, budak2 sorang 7 ringgit.. 2 orang dah 14 ringgit..

Izan Ishak said...

alololo...siannya aqid. abg tu mesti nak cepat siap je tu.
*formulanya senang je~ pi kedai gunting like saloon yg mesin rambut dia senyap. sure anak2 tak takut punya...

Aini said...

lerrrr.. sian aqid.. tapi, mujurlah aqid ok sungguhpun dalam kesedihan...

kalau anak akak... erk mesti dah lari ke mana entah.. :p.