24 May 2010

Bersama Anak Ayah Pin

Company aku yang takde family day tu dah mengactivatekan kembali Sports Club yang sudah sekian lama bersawang. The last tournament yang kitorang buat masa tahun 2006, lawan bowling dengan orang gomen. Dah lama sangat dah, bole dikira sape je yang still remained there. One of them aku la.Hehehe

At the time being, cuma badminton dengan bowling je yang ada fixed schedule untuk training. Hari Selasa untuk badminton, hari Jumaat untuk bowling. Aku ni bukan la ahli sukan sangat. Nak main badminton tu pun jauh sekali, so aku try dengan bowling la. Aku bukan bercita-cita nak jadi Shalin Zulkifli, tapi asal ada gaya macam dia pun da cukup ok. Nak jadi gorjes, gaya mesti lebey kan? This time around kami training kat Cineleisure. Ok la jugak sebab masa tu macam tak ada ramai sangat orang, if masuk longkang takde la malu sangat.

Persiapan untuk training. Socks? Checked. Bowling shoes - size 3, checked. Attire? Tak payah nak mengada-ngada nak tukar baju sebab aku sememangnya tak bawak baju lain, so pakai je la baju ofis tu. Nasib baik aku pakai jeans pegi keje.

Bowling ball? Mesti la yang paling ringan sekali. No. 7, sesuai dengan berat badan dan kudrat tulang 4 kerat akak gorjes ko ni. Kalau ambil yang lagi berat ada pulak nanti balik umah takde tangan sebab da tercabut masa nak baling bola tu. Dah jadi OKU pulak, kang menjawab dengan Asben.

Kami main 2 game jek, ingat nak sambung lagi tapi macam dah tak larat. Akak gorjes kalau nak baling bola tu memang stylo sekali, tapi ok la jugak jatuhan pin yang aku dapat. Dah bape lama aku tak main ni weh? Let see....dah dekat 6 tahun jugak tau. Nama aku yang atas sekali tu. Takde maknanye aku nak main spin ball ke hape tu sume, yang penting aku main baling straight jek.

Last sekali sesi fotografi bersama anak ayah pin. Hehehe...Tak payah korang bandingkan size pin tu dengan aku. Buat-buat tak nampak budak kurus tu pun takpe.

6 comments:

A D I A said...

oo ingat anak ayah pin kerajaan langir mana pulak u maksudkan tadi hehe. kasut size 3? alamak terasa giant i. eh model mmg kai pjg u. nak jugak tu.

Nieza Ishak said...

hohohooo
akak berzaman tak pi maian bowling, tunggu anak2 besar sket boleh main balik

Siti said...

dah lama sungguh siti tak main bowling...haha..anak dah ramai ni..lagi la susah nak gi..kang siti main bowling, anak entah ke mana...hehe...

thanks bg siti award..nanti siti ambik yer. :)

Elyn said...

ahai bile tgk u posing ngan pin tu br teringat eh bola i dh berkulat kot...... dulu mmg hantu boling. sekarang je hantu tido kot heheheh

Umi Nuha said...

sangat jeles tgk org kurus posing!!!

SyidaMislan said...

@adia: ai standard eva longoria jek.ahaks!

@nieza&siti: bole je nak pegi main skrg, bawak 1 family.

@elyn:ada bola sendiri?mesti pandai main ni...

@umi nuha: kita pun jeles tgk uminuha posing jugak tau.