16 May 2010

Happy Teachers Day : Adakah Cikgu Happy?


Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang dah mendidik aku daripada seorang yang zero sehingga menjadi seorang yang gorjes. To be honest, aku bukan la seorang pelajar/murid yang baik. Masa sekolah rendah bole la kira baik jugak sebab masa tu bukannya tau ape sangat pun. Asik pindah randah sekolah jek.

Tapi perkara ni berlaku masa aku dah Form 5. Aku masuk kelas sains, kira macam kelas no.2 la. Kelas yang 1st tu kelas sains yang ada bio, tak kuasa aku nak belajar bio. Akak gorjes memang tak minat. Aku bukan la seorang yang glamer kat sekolah. Sangat la low profile. Dulu masa skolah kitorang ada geng, biasala semua orang mesti ada group of bestfriends kan? Geng aku ni kecik je, ada 7 orang semuanya.

Masa ni aku selalu datang lambat atau memang malas nak pegi skolah. Mak aku pun tau sebab everytime aku tak pegi skolah, aku akan cakap dengan mak. Ayah tak marah ke? My mom is a single mother, ayah aku tak pernah amik tau pasal kitorang. Tapi even tho aku tak pegi skolah, aku sangat rajin pegi tusyen. Aku ada tusyen setiap hari either petang or malam.

Aku cuma pegi skolah bila subjek yang aku gemari je. Dah abis subjek tu, aku balik umah lalu pintu belakang skolah. Aku takkan balik sorang, tu la gunanya ada Geng Serong! Kitorang ramai-ramai akan melepak kat umah aku sebelum aku pegi tusyen sambil masak megi. Tu je la menu kitorang. Mak aku memang akan letak stok megi banyak-banyak sebab dia tau kawan aku suka lepak kat umah aku. Kan bagus lepak kat umah sendiri daripda melepak kat mana-mana ntah.

Since aku attend class mengikut subjek kegemaran jek, that is why aku cuma aim kat subjek-subjek pilihan tertentu bila SPM. Pandai tak akak gorjes buat strategi? Hehehe. Aku sedar ram otak aku ni tak bape bagus sebab tu la aku buat strategi macam tu. Subjek yang aku pilih is Add Maths dengan Geography. Alhamdulillah sekarang aku jadi orang jugak walaupun selalu serong skolah.

Thanks to all my teachers wherever you are!


*photo dari mr google. akak gorjes tak pandai buat kek yang cantik macam tu.

4 comments:

Uda said...

sama laa.. uda pun ada geng basikal sekolah..tapi selalu parking basikal kat umah kawan yg dekat ngan sekolah.. lepas tu jalan kaki .. time tu rasa cam gengster jer..

Umi Nuha said...

wah....zaman sekolah pun dah 'gojes' :p

SyidaMislan said...

@uda: jalan kaki pun rasa macam gengster? hebat tuuuu....hehehe

@uminuha: gojes ni bole dipupuk dari seawal sekolah lagi....

mama zharfan said...

thanks for sharing...lain org lain pengalaman masa zmn persekolahan kan..