27 May 2010

Senarai Wajib Beli

Malam tadi tengah syok-syok berblogwalking, tiba-tiba akak gorjes telah ditag oleh UmmiNuha. Akak gorjes suka benda-benda tag ni, especially yang senang-senang. Kalau yang susah-susah tu memang akan mengambil masa yang agak atau kadang-kadang terlalu lama nak buat n3. Sebab jenuh nak memikirkan jawapannya. Akak gorjes tak banyak masa lapang nak fikir jawapan yang susah-susah. Cheewaah! Busy sangat ke aku ni? Hehehe...

Tag kali ni senang je, buat senarai barang-barang wajib beli bila dah dapat gaji. Selalunya akak gorjes dapat gaji dihujung bulan, mesti ngam-ngam kat hujung tanduk baru nak dapat gaji. Orang lain dah abis spend gaji diorang by the time aku dapat gaji. Sebenarnya akak gorjes jarang sangat shopping barang wajib beli ni bila dapat gaji sebab akak gorjes akan guna voucher Giant yang dapat masa company buat annual lunch masa bulan December tahun lepas. Banyak jugak la yang kami dapat, so kene pandai-pandai la nak spend.

Sebenarnya senarai wajib beli akak gorjes tak de la panjang sangat macam UmmiNuha tu sebab cuma ada 2 benda je. Barang-barang yang lain macam shampu, sabun basuh baju, softener, ubat gigi dan sebagainya tu biasanya akak gorjes akan beli yang paling besar saiznya so that tak payah la nak membeli tiap-tiap bulan. Tu belum campur yang akak gorjes menang hadiah contest yang selalu akak gorjes masuk tu.

Inilah dia 2 benda tu:


Minyak Masak. Either Canola or Corn or Sunflower. Ikut mood akak gorjes la.

Lagi satu : Beras Faiza yang boleh derma kat Bersamamu TV3 tu. Sambil makan bole menderma. Betul tak?

3 comments:

JUE said...

syida...bila lagi nk wat teka-teki bagi voucher giant tu! hihihi

SyidaMislan said...

@Jue: diharap bersabar. kalau buat selalu dah tak thrill. hehehe

Umi Nuha said...

mekasih akak gorjes wat tag ini :-)