11 June 2010

Dah Ganti Puasa?

Semalam kita bercerita tentang persiapan raya kan? Sepatutnya entry ni keluar dulu before entry persiapan raya. Tapi masa tu buah fikiran untuk entry puasa tak ranum lagi, sebab tu tercerita pasal raya. Hehee...

Semalam jugak sepatutnya aku ganti puasa. Ada lagi 6 hari. Masa bulan April hari tu dapat ganti 2 hari je. Pastu ke laut je azam aku tu....Aku dah set alarm kat henpon, tapi tak dengar sebab henpon akak gorjes silent mode memanjang. Kalau dah silent mode, bila alarm bunyi, silent je la bunyinye. Habis tu bunyi apa yang aku nak dengar?

Akak gorjes semangat nak ganti puasa sebab officemate tengah tekun mengganti puasa masing-masing. Ada kawan baru syok puasa kan?

Akak gorjes tak sabar nak tunggu bulan puasa. Kenapa akak gorjes suka bulan puasa?
>Boleh buat banyak ibadah, insyaallah.
>Boleh balik cepat ikut time orang gomen (tapi orang gomen kat Selangor balik pukul 5.30pm, kami tetap balik pukul 4.30pm).
>Boleh berbuka puasa kat masjid-masjid yang kami buat donation. Harap-harap aku dapat pergi Masjid Seberang Perai Utara tu tahun ni.
>Berpeluang untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim.

Tapi ada juga part yang akak gorjes tak berapa suka:
>Akak gorjes terpaksa berbuka puasa kat luar banyak kali, tanpa keluarga.
>Penat sebab selalu balik rumah lewat malam, esoknya dah nak pegi kerja lagi.
>Weekend pun kena kerja jugak
>Kalau buka puasa luar KL, kena la outstation la pulak. Sekali lagi, tanpa keluarga.

Well, apa nak buat? Macam ni lah tuntutan kerja dengan company Melayu. Kalau dengan company bukan Melayu takdela sibuk nak buka puasa sana-sini kan?
Kawan-kawan dah habis ganti puasa ke?

4 comments:

kak long said...

yes...kaklong dah hais ganti pun..
walaupun pose sensorang..huhuhu..!

kakngah said...

aku pun dh hbs ganti pose...

ibu_Arifa said...

saya tak ganti lagi...entah bila nak start tah nih..buzy memanjang...risau jgk tak sempat nih.

nigina said...

wahh sama-samalah kita menggantikan puasa yer... hehehe...