07 June 2010

Geng Hagemaru

Sabtu lepas kami ke Seksyen 24, Shah Alam untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin. Anak officemate aku. Kami sampai sana agak lambat disebabkan Asben yang lambat nak bersiap. Dalam hati dah agak hangin la jugak. Nasib baik pengantin bersanding pukul 2pm, takde la terasa macam kami ni lambat sangat.

Kami sampai dah pukul 2 lebih sebab budak kompang dah nak makan. Kami makan semeja dengan diorang. Aqid pun dah meragam sebab lambat makan. Nasib baik ada abang kompang yang buat lawak dengan Aqid, so takde la dia meragam lama sangat. Aqid takut dengan abang kompang tu sebab saiz dia yang agak besar. Lepas Aqid makan, kami bagi dia pegi main-main dengan budak-budak kecik yang ada kat situ.

Aqid dapat bunga manggar. Dah cukup happy dah so kecik ni. Pastu dapat geng, lagi la tak hiraukan mak paknye. Muka kawan baru Aqid ni macam Hagemaru, Asben yang cakap bukan aku yeaaaa. Tapi aku tak dapat nak snap gamba Hagemaru ni betul-betul, ada je halangan dari bunga manggar. Korang layan je la gambar ni.







Ada macam Hagemaru tak?
Hehehe.....

5 comments:

Huda said...

kui3..comey je dh mcm upin ipin lak :) hati2 dgn lidi tu ye aqid :)

Mama Hanim said...

huhu..sgt cute dorg tu kan...

A D I A said...

wah dgn akan sebaya, sama besar je dorang ek. haah la cam hagemaru, aqid cam upin ipin. comel2 :)

chugie said...

walaupun muka si hagemaru tu de halangan2nye.. tp muka die cam jopun lah..

Syira ITIK KEJ♥M said...

sebijik! haha