08 June 2010

Lepak Kat Corner

Hari tu aku terbaca kat blog Azura pasal dia pergi makan roti nan kat mana ntah aku dah tak ingat. Aku merasa sangat jeles okaaay! Dah lama sangat aku tak makan roti naan. Yang ni tak berapa addict sangat, tak perlu makan at least sebulan sekali macam sushi.Hehehe..


Kalau nak makan roti naan ni, akak gorjes hanya akan pergi makan kat Naan Corner, Ampang. Tempat lain akak gorjes tak makan. Bukanlah nak kata akak gorjes ni memilih sangat, tapi kat sini cheese naan dia lain. Sebab lebih cheese dan lebih harganya. *wink*.


Last sekali kami datang sini masa Aqid berapa bulan entah, masa tu still boleh baring dalam stroller lagi. (Sekarang jangan harap la). Dah lain sangat tempat ni okay. Diorang refurbish tempat ni. Cantik. Kat sini banyak expatriates yang datang makan, sebab tu kena buat cantik-cantik.

Kami datang 3 orang je. Tapi order makanan macam 13 orang punya makan. Akak gorjes order Tandoori Chicken dengan Cheese Naan. Asben makan Nasi Goreng Boss dengan Sotong Kangkung. Aqid share dengan mummy je. Cheese Naan tu makan 2 orang pun tak habis.



Sorry gambar gelap. Tak pakai flash. Hehehe.

P/S: Akak gorjes rasa blog ni banyak cerita pasal food je, korang perasan tak? Nampak sangat aku ni kuat makan. Hua...Hua...Hua....Kalau da boring nak baca pasal food, bagitau la akak gorjes. Nanti aku cerita pasal kasut pulak.=)

7 comments:

Mama Hanim said...

waahhh sgt sedap itu semua wooo..

xpe2, blog kita lbh krg je..cer pasal makan je kan..hehe..i likee..

Ena said...

cam sedap jekkk... heheh

ena tak pernah makan lagi.. huhu.. nak kena gak merasa tu.. :)

Nieza Ishak said...

sedapnyaaaaaaaaaa


adik gojesku sayang, tolong tunjukkan map cemana nak pi sana ???

akak mu ni kan kuat melantak ...hahahha. lama tak makan cheese nan.

Tolong yerk adik ku ... hahahahah

A D I A said...

my family suka makan kat naan corner tu tapi i gi sana i order sotong kangkung, boleh gitu? sebab nya i tak suka roti2 ni.

chugie said...

nan cheese tu nampak gorjes cam akak ler.. eheheh:D

Huda said...

alahai nan roti..sedapnye..lama dh x mkn..

Aini said...

tak per.. teruskan cerita pasal makanan.. aiii suke banget!!!