18 June 2010

Nama je puasa, tapi....

Semalam aku pergi ke SUK, Shah Alam. Tapi pemikiran aku yang telah dikuasai oleh syaitonirojim telah menyebabkan aku terpesong dari tujuan asal, bukan akhlak terpesong yeaaa....SUK tu kan dekat dengan Seksyen 7, cuba teka kat sana ada ape? Bukan I-City la. Siang-siang mana ada I-City. Aku pun tak pernah sampai I City tu.

Seksyen 7 ada Jakel yang baru buka! Aku berniat nak mencuci mata je. Diulang, berNIAT cuci mata sahaja. Aku budget tempat ni akan sesak macam yang kat Jln TAR tu, tapi menyimpang ke longkang sangkaan aku tu. Kat situ sangatlah selesa nak cari kain buat baju raya. Orang tak ramai, yela, aku pergi time kerja, mana ada orang datang. Lain la kalau lecturer ITM yang takde kelas tu. Aku bukan cakap lecture tu takde 'class', tapi kelas mengajar yea...

Didalam tengah-tengah pencucian mata tu, jiwaku dah terpaut kat silk kaler putih bunga merah tu. OMG! Ada yang tak jadi cuci mata je ni. Cuba teka, aku beli ke tak? Hehehe.....Mestilah akak gorjes beli dek non. Kalau tak beli, nanti tak bole tido malam. Pastu aku naik atas kat bahagian cotton. Fyi, aku wajib ada baju cotton untuk raya setiap tahun. Aku dah beli aritu sepasang kat Euromoda, Ampang. Cukup la kan? Pastu aku ternampak yang kaler putih bunga biru pulak. Ya Allah, tetapkanlah hatiku dengan tujuan asal aku ke sini.

Mestilah aku beli jugak. Waaaa.....waaa....waa... Kalau beli nangis, kalau tak beli lagi nangis.


Nasib baik beli 2 pasang je. Tapi macam ada possibility yang aku akan datang lagi since aku memang pegi Shah Alam 3-4 kali seminggu. Dear Asben, mommy mohon maaf kerana memperabiskan duitmu. Tee hee hee...

18 comments:

kakngah said...

aku pun xpernh sampai i-city tu
bes sgt ke??

kak long said...

aura nk berhari raya dh ada nih...!

A D I A said...

tadi tu bila kakgoj? kul 7 pagi? i pun baru je shopping di jakel ni, nak buat entry pasal ni gak la heheh.

nigina said...

wah ni kira melencong yer.. menghabiskan duit heheheh... tapi takpa ... janji enjoy

Papakeechee said...

nak tgk design kain!!! nak nak!!!

SyidaMislan said...

@kak ngah: aku pun tak tau kak. tak pernah sampai pun

@kak long: mestila, sbb tu kene ganti puasa cepat

@adia: error, semalam la.

@nigina: kalau nak enjoy kenala menghabiskan duit, kan?

@papakeechee: tunggu gamba hari raya nanti ye.hehehe

ibu_Arifa said...

nak jer tgk kain yg kak syida beli tu.. mcm cantik jer bunyi ayat kt entry mu ni. nnt kalo publish gambar kain mu itu..tak suprise pulak lah kan raya nnt..hilang kegorjesan mu pulak.
tak pe, sabar nk tgk tunggu pic raya nnt hokey..

Elyn said...

hihi ni mesti dugaan tgh pose!!!

Salmia said...

memang terasa dah mood nak raya. lalu kedai kain je nmpak orang penuh.. waa..
taun ni cadang nak beli baju redimade je.. tgu 2,3 ari lg nk raya. hahaha

White Girl said...

Best la jalanjalan :)

DrSinga said...

yang penting...niat....
termakan time posa...tak pe kan...
terbeli... pun tak pe...

ice♥ice said...

bahaya gak cuci mata ni ek.hehe. :P

ice♥ice said...
This comment has been removed by the author.
chugie said...

ahahah:)) betul2 buat org tergoda lah jakel tu kan? sy pun dtg sampai 2 kali ke sana.. siap borong sakan lg! huhuh

uda said...

tu diaaa.. semangat raya dah maiii.. hehehe.. asal pi jakel jer.. semangat raya... abeh laa kopak poket..

ravishingpeacock said...

beli..jgn x beli hehe

Huda said...

alahai lame dh x p jakel..dulu rajin p yg kt segamat tu ngn my mom :)

kakyong said...

bestnya kalo ade duit nak dibelanjakan..