20 June 2010

Pemenang Contest 'S' for Syida

Adalah dengan ini akak gorjes nak mengumumkan 2 perkara iaitu yang pertama, contest dah tutup malam tadi @11.59pm. Kedua, contest adhoc semalam ada pemenang! Dah bape kali aku buat adhoc contest tapi takde pemenang kan? Yelah, yang tu memang takde klu atau pun gambar, pastu semua jawapan ke laut lak tu. Hehehehe. Takpe, yang kali ni punye ada yang menang, dont worry.

Actually instinctku dapat rasa macam semua dapat teka benda tu dengan betul sebab gamba tu memang terang dan nyata, bukan gambar yang sekerat punya, tapi cuma 2 orang je yang dapat teka paling tepat. Khas kepada para contestant, meh sini aku reply comment korang kat entry nih:

1. Shaza : ko teka cucur badak, kan? Seumur hidup aku ni, aku tak pernah jumpa cucur badak ada huruf 'S'. Aku rasa orang yang pandai buat cucur badak tu pun tak boleh nak goreng kuih tu sambil maintain huruf tu kat situ. Tettt! Maaf, jawapan anda salah.

2. Ibu Arifa: Biskut dalam kotak? Agak general jawapan tersebut. Tapi yang ni kita beli bungkus plastik je, Tettt! Maaf, jawapan anda salah.

3. Kak Long: Kuih kelapa. Walaupun akak macam tak confident dengan jawapan akak tu, tapi.....Tettt! Jawapan akak betul! Tahniah!

4. Adia: Egg tart? Your answer amat menggeletek jiwa aii. Tettt! Jawapan anda salah.

5. SofiaHB: Anda tidak termasuk dalam senarai pengomen tegar. Maaf dan Tettt! Jawapan anda salah. Selalu la datang blog akak gorjes kalau nak join adhoc contest macam ni ye.

6. Kak Ngah: Alphabet nugget? Akak, ko memang bikin gempak la kak. Kalau kak long baca jawapan akak confirmed dia gelak pecah perut punye. Tettt! Jawapan anda salah.

7. UmiNuha: Inang2? Rupa luaran yang bulat memang macam inang2, tapi bentuk berasnye tidak pula kelihatan. Tettt! Jawapan anda salah.

8. Sirna: Kuih kelapa bakar. Tahniah! Jawapan anda betul.

Tahniah sekali lagi kepada Kak Long dan Dr Sirna. Sila bagi nama penuh, alamat, no hp kepada syidamislan@yahoo.com.my .Insyaallah, anda akan dapat hadiah sebelum raya haji tahun ni. Saje letak disclaimer camtu sebab takut tak sempat nak pos hadiah cepat-cepat.

Kepada yang tak memang, jangan la hampa sangat sebab akak gorjes kan selalu buat adhoc contest camni. Korang datang je sini selalu, insyaallah akak gorjes buat lagi contest dengan adanya korang as my supporter. I luv u olls! Muah!

P/S: Masa buat entry ni akak gorjes dah habiskan 36 biji biskut kelapa tu. Ngee..Ngee..Ngee

13 comments:

shaza said...

huhu.. kat mane ko beli biskut kelapa ade huruf S tu? aku beli biskut kelapa kat melaka takde huruf S pon. aku pun nak gak sebab name aku pun bermula dengan huruf S...

kakngah said...

hadiah klong tu.. pos kt aku jek.. posmen xlalu dpn rmh dia..
hahaha!!

sirna said...

yes!tak sangka weh, aku teka2 jek..nanti akan ku email details, thanks syida!

kak long said...

weh den monang..!
kakngah posmen kek sini dah kona kaklong ar..hahaha..!

tq syida..!

ibu_Arifa said...

huhu..terer lah kak long dan dr Sirna tu.. teka tepat jer jwpan mereka.. tahniah..

byk nyer ko mkn kak syida..sedap sgt ker?

A D I A said...

motif menggeletek jiwa? i fikir separuh jiwa i hoccay hehehe. apesal i tak menang contest aa? uwaaaaaa.

Salmia said...

kenapa aku bleh terlepas kontest ni? huhuhu

SyidaMislan said...

@shaza: ni mak aku yang beli.lokasi:tidak diketahui.

@kakngah: mana bole kak. nanti dia ingat kita sabo dia lak.tapi nape posmen taknak lalu umah dia?adakah dia nomad?hehehe

@sirna: cepat emel.

@kak long: kita curious la kedudukan umah akak ni.

@ibu arifa: sedap, bole addict tau.

@adia: ur answer mmg bikin pecah perut la.sila cuba lagi.

@salmia: ko kene rajin dtg sini selalu.

kakyong said...

dek gorjes..
sgt kelakar baca n3 nih...
tak pasan pun ade contest teka2.. bbrp hari yg lepas.. bz.. hari ni baru lapang..

SyidaMislan said...

@kak yong: contest ni saje2 jek.hehehe.nti kak yong free, selalu la dtg sini ye.

norhaliza said...

wah... gile la... blog skang cam ni ker? umpan org bukak blog dia ngan bagi hadiah cam ni? shyda leh explain tak?

norhaliza said...

shyda... aku nak hadiah... tak kire...

SyidaMislan said...

liza,
this is not mengumpan. this is how i expand my network of blogger friends. kalau ko ckp aku mengumpan, kenapa aku open utk visitor tegar je?y aku tak open for all? hopes this explanation will makes u satified.furthermore, ko pun nak hadiah jugak kan?