10 June 2010

Persiapan Raya?

Sejauh mana persiapan raya tahun ni? Mesti ramai yang dah prepare estimate budget untuk raya tahun ni, kan? Macam aku sendiri memang dah start buat preparation since 2-3 bulan lepas raya tahun lepas lagi. Terlalu awal ke? Tak lah. Setiap orang ada cara masing-masing dan inilah caraku. Chewaaah!

Aku start beli baju raya Aqid sikit-sikit. Setiap bulan beli sehelai atau sepasang. Tapi kenalah beli yang saiz besar sikit. Pada aku dengan cara macam ni kita tak terasa sangat nak beli baju dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa and tak nampak duit keluar banyak sangat sedebuk. Betul tak? Sehingga kini aku rasa baju raya Aqid dah cukup. Seluar jalan-jalan ada beberapa helai, baju ada beberapa helai kalau tak silap. Kalau silap kira, nanti mommy beli lagi ye Aqid?

Aku tak bape suka nak beli baju last minute sebab mesti ada je yang tak kena. Especially size macam aku ni. Nak beli baju kurung yang siap jahit tu jangan harap lah. Confirmed cantik di mata tetapi tidak di badan ala-ala Eva Longoria ni. Oleh yang demikian aku beli kain nak buat baju kurung takde lah sebulan sekali, tapi 2-3 bulan sekali. Kalau beli sebulan sekali, aku akan ada 12 pasang baju raya! Tapi aku bukan pakai buat pegi keje sangat pun. Nanti last-last masuk kotak je jawabnye.

Tapi cara yang disebutkan diatas tak dapat diaplikasikan kat Asben. Dia memang suka beli last minute. Aku ingat lagi masa puasa tahun lepas, setiap hujung minggu kami akan berkampung kat Pavillion tu sebab nak membeli baju, seluar atau kasut Pa. Tu belum kira yang kasut dia takde saiz, siap call cawangan kedai yang kat Gardens suruh orang tu simpankan sebab Pa nak datang beli keesokkan harinya. Nasib baik la akak gorjes ko puasa time tu. Ikutkan ajelah. Puasa mana bole marah-marah kan?

P/S: Tatkala korang membaca entry ni, akak gorjes cuti lagi. Hua hua hua. Tapi kali ni korang tak payah teka la. Yang semalam tu pun dah ke laut jek.

9 comments:

nigina said...

betullah akak gorjes.. kita pun ingat nak buat persiapan sikit-sikit..dahlah birthday adam jatuh second raya..

kakngah said...

asben ko sama cam asben aku
suke last minute
kalau hrni aku cite psl raya
dia akan ckp.. lmbt lg yunk!!~

chugie said...

sy dh buat pun.. dh anta pi tempah dh.. tggu time nk bayo je heheheh:D

ice♥ice said...

da stat buat preparation ke..hehe..ice belom..pakai je baju pape, akak gorjes ttp gorjes..hehe :P

TeRRoRRiZZ said...

raya.........
saye pun tak suke sangat last2 minit nih...
ader je yang tak suke kang.....
siap2 awal2 senang....
tak yah pikir dah...

Huda said...

huda pun dh tempah baju dh skali ngn husna..sedondon la tahun ni :) asbennye nnti beli siap je..

SyidaMislan said...

@nigina: second raya?bestnye.bole celebrate dgn sanak saudara

@kakngah:adakah mereka satu spesis?hehe

@chugie:akak tempah kat mak je.selamat duit aiii....=D

@ice:orang bujang tak pe lagi kot, slow2 buat preparation

@terroriz:ada jugak yg sama buah fikiran dgn akak gorjes ek?

@huda:sedondon?tu sudah pasti!

ibu_Arifa said...

huhuhu..asben saya pun selalu prob tang kasut jgk..saiz 11-12 susah sgt nak dapat. mesti kena booking awal2.

Salmia said...

eh, dah nak raya ka? hahaha
adik gojes tak prepare apa2 pun lagi. start taun lepas beli baju ready made je. nasib suit me well. hehehe