09 June 2010

Super Clumsy

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah terpacak kat MBSA tu. Orang gomen belum punch, aku dah sampai dulu. Pak guard yang kat tempat amik visitor kad tu pun tak sampai lagi. Ni semua kes penceroboh tu la. Hish! Meeting tu kejap je. Pastu aku pun terus balik.

Disebabkan tadi pergi jumpa Mayor, akak gorjes melawa sikit la hari ni. Akak pakai kasut tinggi youuuuu. Sampai je kat basement parking kat ofis, akak gorjes bukak boot sebab nak tukar kasut flat, pastu kemas barang-barang yang terkeluar dari beg masa drive (laju sangat ke aku drive? 130 km/j je), pastu keluarkan apa-apa dari dalam beg yang tak patut dibawa ke ofis then terus naik ofis.

Since hari ni memang hari yang tak berapa ramai orang kat ofis, semua ada meeting kat luar, akak gorjes decide nak pergi makan sorang-sorang. Kesian aku. Disinilah bermula segalanya.....

Akak gorjes nampak lampu dalam kete tak terpadam. Boot kete tak tutup ketat. Dalam hati- ni mesti kes pecah kereta lagi. Akak gorjes da 2 kali kena sebelum ni. Pastu bila akak gorjes tarik handle kat pintu tu, terasa sangat ringan seperti tak lock langsung. Memang confirmed aku tak lock kete. Masyaallah! Terus aku cek bawah kerusi sebab netbook aku kat situ. Pastu aku cek kat glove box sebab purse aku kat situ. Pastu aku cek kat hand rest sebab kerepek pisang yang beli kat shell minggu lepas ada kat situ.

Chop!

Kenapa akak gorjes simpan netbook, purse, kerepek pisang dalam kereta?
  • Netbook - kat ofis dah ada pc, nak bawak netbook buat ape? Netbook tu isi masa lapang masa nak tunggu orang bila meeting kat luar.
  • Purse - dalam purse memang takde duit. Kad bank dan segala mak nenek kad ada dalam tu. Berat beg akak gorjes nak bawak. Duit dan IC simpan dalam poket beg keje ni je.
  • Kerepek pisang - yang ni pun nak tau jugak ke? Akak gorjes selalu beli kerepek pisang sira kat Shell. Untuk makan masa jalan jem. Takde la boring sangat masa tersangkut kat jem tu.
Alhamdulillah, semua still intact di tempat asalnya. Ni semua gara-gara nak tukar kasut high heels to flat shoes punya pasal. Nasib baik basement parking tu memang untuk staff sahaja dan ada guard kat situ (bole percaya ke guard ni?).

Moral of the story : Jangan jadi clumsy macam akak gorjes tau!

8 comments:

Papakeechee said...

tu la kadang kadang kita ralit sgt sampai semua lupa nak check kan ... but nasib baik tak de apa2 .. and kerepek pisang u terselamat ... heheheh ...

Papakeechee said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ummikhayra said...

saya pun kekadang gitu gak..terlupa bila dah terkocoh2 atau dok fikir mende lain.. hehehhehe

Nieza Ishak said...

adoiii sib baik tak hilang, lenkali hati2 adik gojes wehhhh ...

netbook tue bahaya kalo park keta kat tempat lain, jgn letak dlm kereta sbb kereta akak dah pernah kena pecah dan notebook sebijik yelekkkk ... derang ada gadjet yang boleh detect ada notebook dlm kereta atau tak. Sib baik parking company. sbb tue akak malas nak bawak netbook merata2 sbb kena hangkut waima masuk toilet. Bahaya tinggai ...

mama_umar_maryam said...

hahaha,ko nih kak gojess..same je mcm aku ni haa,mmg kdg nyanyok semacam..btw, aku dgn heels bukan 'besfren' ;p

Nigina said...

hehe.. nasib baik takda apa2 .. tapi mmg la ..kekadang gina pun macma tu gak

Ezna Khalili said...

akak gorjes, walaupun nama pak guard tapi dia tetap manusia biasa. Zaman sekarang tak leh percaya kat orang.....

Elyn Sani said...

uiks berani sungguh ko smpn netbook dlm kereta ya?? bahaya woii skang dierang ade gadget nk check lam kete!! so berjaga2 la ye...