27 July 2010

233feet Above Ground


Ini adalah perjumpaan aku dengan kawan UTM yang kali ke 3 tahun ini. Ini dah kira kerap sangat jumpa dia sebab selalunya setahun 2 kali jek. Awal tahun hari tu jumpa kat Tamarind Hill, pastu kat Theobroma. Kalau jumpa dengan dia ni, aku kena memperuntukkan lebih kurang 5 jam untuk catch up with old stories. That is why kami memilih tempat lepak yang tutup lambat seperti Luna, Pacific Regency Hotel near to KL Tower.



Aku takde buat reservation pun datang sini, but nasib menyebelahi kami sebab dapat duduk kat glass window facing to KL Tower.Cantik view nih!


Pastu bole nampak Jalan Sultan Ismail. Sesiapa yang gayat tak leh duduk kat tempat ni. Muntah darah nanti. Hehehe....Mana taknye, tingkat 33, pastu glass window ni macam platform yang protruded 2 kaki keluar building. Ada berani?


Sementara menunggu Cik Nat, aku order chocolate almond ape ntah nama benda ni. Manis ya amat. Nasib baik aku order mineral water siap-siap. Pandai tak?


Ni view sebelah kiri. Ada swimming pool. Tapi takde orang mandi malam buta camni. Ada nampak KLCC. Kalau new year eve or merdeka mesti nampak fireworks from here......Aku dah boleh bayangkan dah.....

Sambil borak-borak kami makan nachos. Pedas kooooo.....Nasib baik mocktail yang chumil ni ada. Yang kaler merah tu crushed strawberry, pastu ada lychee cubes. Tapi diorang tak bagi sudu, macam mana aku nak makan? Takkan aku nak korek dengan straw tu? Tak gorjes nanti tau.

Borak punya borak, kami meninggalkan tempat ni pukul 2.30pagi. Bole tak? Hehehehee....

21 comments:

::Mamalyna:: said...

mesti syok tengok permandangan kl waktu malam...lampu banyok!

ibu_Arifa said...

amboi...tempat nak borak2 pun gorjes jgk tau..jelesnyer..

Mama Hanim said...

huhu.. best tu..jeles i..

A D I A said...

wahh luna bar u! nasib bukan luna maya. ada jumpa artis sana? port dorang sana hehe. moctail tu ada rasa cam ubat batuk takkk.

ejaMaria said...

amboi gorjes nya tpt lepak... jeles la...

KSWSK said...

agaknya lychee tu dorang bt perhiasan je kot...

Yummy Mummy said...

Oooh very the happening. I have curfew maaaaa...

Salmia said...

korek je stoberi dgn jari yg gojes tu. hahaha

shaza said...

Dahsyat ko Akak Gorjes.. Kol 2.30 pagi baru nak balik.. Kalau aku, dah kena pelangkong dengan laki aku.. Hahahaha..

SyidaGorjes said...

Mamalyna,
memang cantik!agak terjakun jugak la tgk kl malam hari.heheheh

SyidaGorjes said...

min,
bukan hari-hari lepak tempat macam ni.kalau hari-hari macam ni alamatnya puasa siang hari selama sebulan la jawabnya.

SyidaGorjes said...

mamahanim,
meh turun kl, kita bawak lepak kat sini.

SyidaGorjes said...

adia,
tiada artis tatkala itu.mocktail tu masam, cantik di mata je.

SyidaGorjes said...

ejamaria,
ajakla cik abang lepak kat sini....

SyidaGorjes said...

salwa,
aku still tak puas hati sebab takleh makan laici itu okaaay.nak aje aku celup tangan dalam cawan tu.

SyidaGorjes said...

yummy mummy,
memang happening.kalau rajin,bole amik gamba lagi banyak sebenarnya....i dont hv curfew, tapi mak dah call tanye bila nak balik padahal asben ok jek.

SyidaGorjes said...

salmia,
tak gojes la minum air bole celup jari dalam tangan.

SyidaGorjes said...

shaza,
ni ok lagi pkl 2.30, kitorang penah pecah rekod lepak sampai pukul 4 pagi.mengalahkan orang pegi clubbing.hehehhee.yg penting asben gue sporting.

kakyong said...

gorjes,
ni pergi single @ dgn hubby sekali... bestnya kalo leh lepak2 cam ni..
kakyong pun teringin nak jumpa kwn2 lama.. tp suami x sporting lah dlm bab2 ni... sedey....

SyidaGorjes said...

kak yong,
ni single kak.kalau bawak hubby mesti dia keras kat sana sebab takde geng.
jgn la bersedey kak, maybe ada sebab kenapa dia tak sporting kan?=)

ERMAYUM said...

best nya i tak pernah sampai menara ni lagi hehheeh