08 August 2010

Aku Sepasang Kasut


Aku telah dibeli oleh Asben akak gorjes. Asben cakap cantik sebab tu dia belikan. Tapi tuan aku tak merasa begitu. Selepas dibeli, aku ditinggalkan di dalam kereta selama 3 minggu. Didalam kotak, didalam beg kertas sebagaimana baru dibeli di kedai. Nampak sangat dia tak excited untuk pakai aku.

Tuan aku mempunyai sedikit perangai yang pelik. Kalau dia tak suka sesuatu benda/barang tu dia takkan pakai. Waima pemberian dari Asben atau mak dia. 2 tahun lepas dia tempah baju raya kat kompleks pkns, tetapi tukang jahit tu tersalah ukur baju dia. Bukan dia tak bole pakai, cuma tak berapa sedap di badan. Hari raya tahun itu tuan aku beraya dengan 5 pasang baju aje sebab dah tolak 1 yang tak sedap dipakai. Mak tuan aku pun mengaltered baju tu. Baru awal tahun ni dia pakai. Mak tuan aku sayangkan kain baju tu sebab sutera yang mahal harganya. Tapi tuan aku tak fikir begitu.

Berbalik kepada kes aku tadi, actually tuan aku berkenan yang lain. Tapi aku yang paling selesa dipakai, cuma rupa parasku yang tak berapa cantik dimatanya. Aku hampir disedekahkan ke rumah anak yatim, tapi dihalang oleh Asben. "Kasut ratus-ratus nak sedekah kat orang? I tak cari duit kat pokok yeaaa". Tuan aku terkedu, lalu dipakai walaupun tidak seikhlas hati.

Sehingga hari ini dia masih pakai aku dan keikhlasan hatinya belum 100%.

10 comments:

shaza said...

eh, macam kasut raya aku masa kecik2 dulu la.. ade rambu-ramba kat depan tu.. kekeke..

p/s- ko ni pakai je la.. husband ko dah beli.. pade mate die tu cantik tau..

Yunus Badawi said...

Nasib ko lah kasut hehehe

Yunus Badawi said...

eh macamana ko tahu pasal baju tu? Kasut pun pandai dengar gosipke? hahaha

Pija Madzlan said...

Kalau asben beli..terpaksa la buat2 lawa kan..kan...huhu

kak long said...

cam tu la kalau nama nyer gorjes...
bkn ko jer...kalau kaklong pun sama..x bekenan x kose nak pakai...he3

Unknown said...

kakyong tak kesah.. lagi le kalo kasut mahal... ;)
syukur Alhamdulillah..

ibu_Arifa said...

hehehe..pakai jer lah buat ambik hati..kang pasni dia tak mo belikan kan pulak..hihihi

Unknown said...

oh kasut! walaupun tak berapa nak canteks tetapi u still took comfy!! ... kesian kasut .... huhuhu

A D I A said...

point menarik disini: raya dengan 6 pasang baju tolak 1 pasang direject? ewah kalah artis u.

Dr Singa said...

kita nak report kat encik Asben!!!!!!