18 July 2010

Dapur Si Gorjes : Fettucine Carbonara

Inilah n3 yang paling istimewa sebab bukan selalu aku terbabit dengan aktiviti memasak ni. Kebarangkalian untuk masak cuma 2-3 kali je dalam sebulan. Sekali-sekala masuk dapur, akak gorjes nak berkongsi rahsia dan tips-tips yang terpendam dalam jiwa ni dengan korang.

Masak fettucine ni senang sangat. Lebih senang daripada masak laksa kedah yang memerlukan pelbagai expertise daripada pelbagai sudut masakan. Masak fettucine ni sambil tido pun bole buat. Mula-mula sediakan bahan seperti gambar dibawah:


Fettucine tu pakai setengah bungkus untuk satu tin carbonara mushroom. Rebus fettucine tu sampai kembang dalam 10 minit, pastu toskan. Carbonara mushroom tu perlu dipanaskan. Akak gorjes tak bape suka yang pekat sangat, so tambahkan air ikut citarasa korang semua. Jangan lupa letak garam sikit. Akak gorjes suka letak black pepper sikit, biar terasa macam herbs.


Taraaaaa....dah siap! Senang kan? Jemput makan semua. Oh, lupa pulak, yang oren-oren tu akak gorjes letak carrot. Kalau tak nampak pucat sangat, tak gorjes pulak nanti. Hehehe.

Selamat mencuba dari dapur Si Gorjes.

22 comments:

A D I A said...

wah syabas berasap dapur kakgoj hari ni.

hantar spital B skit leh tak. sekali dgn kek itu hari.

kak long said...

tak pe...
sikit2 lama2 jadi bukit..he3

Ermayum said...

anak 1 punya favorite ni - but i tumis sos tu ngan garlic and olive skit gak and campak byk 2 lagi mush room :)

kakngah said...

tabur sikit oregano..
pergh!!
harum nok...

shaza said...

perfetto.. walla!!

Yummy Mummy said...

Weheyyy..baru je masak ni a few days back. Senang dan mengenyangkan!

miss ice said...

suke mushroom..hee :P

Dr Singa said...

kalau aku masak ni...tekak melayu yang kat rumah ni akan berkata...
'mana nasi???' jugak....

Nigina said...

wahh macamni i nak try la.... heheh

MiaSaidin said...

kalau pkai kue tiaw je bleh dak?
sama jer.. hehehe

Syida said...

Adia,
kalau i cakap bukan i yg masak u marah tak?hehehehee

Syida said...

kak long,
kita ni pemalas nak masak ya amat kak. nasib baik asben den tak kisah..hehehehe

Syida said...

ermayum,
tumis sos dgn garlic?mcm lagi sedap je bunyinya.bole try la nanti.......wic is ntah bila ntah.hehhee

Syida said...

kak ngah,
oregano? tak de maknanye aku nak cari oregano tu sume.huhuhuhuuuu

Syida said...

shaza,
perfetto? dr tin bole la ckp perfect, cuba kalau nak kena buat dr awal, nangis aku....

Syida said...

yummy mummy,
lagi senang kalau orang lain yang masakkan....tee hee hee...

Syida said...

ice,
haah, kalau ada mushroom mesti lagi sedap.

Syida said...

makDoc,
nasib baik tekak kat umah ni adjustable.

Syida said...

nigina,
try la.senang banget!

Syida said...

salmia,
bole kot.try la,tapi tak jamin sedap.

Unknown said...

kakyong tak berp suka lah pulak pes carbonara prego nih... anak2 lagi la tak mau.. tp tengok org buat cam best jer...

Syida said...

so-so je kak,sebab kita pun tak pandai masak.