30 July 2010

Shu-U-E-Mura

Masa workshop Cosmo hari tu, diorang ada bagi voucher Shu Uemura worth RM50. Korang rasa apa yang patut aku beli? Lipstick? Foundation? Brushes? Pening aku nak memikirkannya ............Hmmmm.....Aku tak pernah beli apa-apa yang berjenama Shu Uemura ni. Selalunya MAC or Dior je.

Najeeb make up artist Shu tu cakap eyelash curler and mascara Shu is the BEST in the world. Haruskah aku percaya statement ini? So far aku tak pernah pakai eyelash curler, nak beli fake lashes pun aku tak tau nak pakai ke mana. Mascara tu biasalah. Selalunya aku beli kat MAC, tapi ada pros and cons la. Bila kita apply kat bulu mata bawah, dia punya ink tu melekat kat kulit. Kadang-kadang nampak comot dan sememeh. Tak gorjes tau!

Asben aku tu kalau dia tau aku dapat voucher or free gift ke hapa, dengan pantas dia ajak keluar pegi shopping mall. Walaupun benda-benda tu semua tak berkitan dengan dia pun. Dengan itu, pergilah kami ke Sunway Piramid yang sayup mata memandang dari umah aku. Teka aku nak beli ape kat Shu?








































Sangat baik SA kat situ, melayan aku bak puteri.Heheheeeee. Mana taknye, takde orang lain yang datang, selain daripada aku. I like! Setelah aku membelek-belek eyelash curler tu, aku rasa aku patut beli yang seangkatan dengannya - MASCARA. Setahun kene beli 4 kali mascara ni tau. Sebab it will expires after 3 months selepas dibuka. Jangan pakai lama-lama tak elok, nanti takut effect kat mata. Sape yang susah?




Tuuuuuuuuuuuuuuu dia! Bukan setakat mascara je aku beli, siap dengan eyeshadow, fake lashes dan yang lain tu semua free gift. Cukup ke beli macam-macam dengan voucer RM50 tu? Memang tak cukup dek non. Tapi! Dengan kebijaksanaan yang ada dalam akal fikiranku, aku tak payah bayar semua tu. No! Asben tak bayarkan. Tapi aku deduct point kat kredit kad. Bagus tak? Heheheheeeee. Bijak laksana bulan.

Sebelum aku akhiri n3 ni, aku nak bagitau yang aku dah jadi member Shu Uemura for FREE. Dapat 1 to 1 makeup workshop, eyebrow trimmings,etc. Best tau!

Sekian, terima kasih.

20 comments:

Elyn Sani said...

huwaa nak jugak!!!

LeezaNM said...

kad kredit apa dik non ni pakai ni...akak nak tahu jugak...boleh tolak point dpt shu-u-emura ni....huhuhu...aik aku nak tukar kad kredit ka? apa salahnya kalu berbaloi kan...hahahaha

Nigina said...

wahh bestnya.... orang kata bulu mata palsu dan curler dia elok sangat... wahhh i pun nak beli lah curler.. nanti review curler dia erk... kalau ok i nak beli gak...

Nieza Ishak said...

CC apa ko pakai gojess wehh .. nak gak tolak2 point ni

Unknown said...

wah best nyer!! jeles la ... huhuh

Mama Hanim said...

credit card apa tu? cepat2 bgtau.. jeles nih..huhu..

Unknown said...

hehe..kite tolak point beli peti ais :)

shaza said...

mak aih., bulu mata pelesu pon ade.. makin gorjes le ko pasni..

Syida said...

elyn,
apa yang ko nak?voucer or curler?

Syida said...

leeza,
cc ctbank.berbaloi-baloi.

Syida said...

nigina,
curler dia memang best!

Syida said...

nieza,
sekali lagi - ctbank

Syida said...

papakeechee,
jgn jeles2.kalau ada rezeki, kita share sama2.

Syida said...

mamahanim,
sekali lagi ctbank.

Syida said...

huda,
tolak point belipeti ais?lagi hebat nih.

Syida said...

shaza,
syhhhh!jgn bgtau org.

ejaMaria said...

alamak CC ctbank ke?.... aku dah potong la... skrg ni ade maybank jer... tak leh tolak point... cheh

Cheritera Kami said...

wallah..makin gorjes la kau erk ngan bulu mata pelesu tu...mak suka nokkkk....

shaza said...

Aku pun pakai citibank gak tp nape aku tak tahu menahu pasal boleh tolak2 point ni.. Nak kena cek balik dgn mr hubby..

Ermayum said...

bijak bijak deduct deduct point ni saya pun suka :)