17 July 2010

Things I Dont Do

Di suatu hari yang nyaman, aku berblogwalking.....lalalalalalala sambil bernyanyi walaupun suaraku yang sumbeng ini, aku telah ditag. Bila aku baca blog Adia ni aku ingat n3 biasa je. Rupanya si tuan tanah kedaung ni telah membuat n3 berbentuk tag dipenghujungnya. Ciss! Aku punyalah sepenuh hati jiwa dan raga membuat tag itu yang berupa n3 ini.


Swimming - yezza, aku memang tak pandai berenang. Laki aku pun tak nak ajar aku berenang setelah pelbagai cara telah dilakukan. Aku hanya pasrah dengan keadaan ini...Bole tak?


Baking Cakes - aku tak berminat langsung nak buat kek dan tak mungkin aku akan dapat buat kek yang sampai bertingkat-tingkat macam tu. Oven yang dapat hadiah masa kahwin tu pun aku pakai sekali je. Itu pun aku guna untuk panaskan pizza. Pastu bungkus balik masuk kotak sampaila sekarang. Still intact disitu.


Drive Lori - tak pernah tercapai akalku untuk drive lori. Jika dibandingkan dengan jisim ku yang tak seberapa ni, aku rasa sangatlah tak seswai ye kawan-kawan.

Aku teringin nak tau apa yang you olls tak buat. Oleh itu aku nak tag Papakeechee, Kak Long and Kak Nieza. Selamat bertag!

12 comments:

A D I A said...

motip guna oven unt panaskan pizza je, pizza tu pun sure beli je kan heheh? drive lorry tu mmg la susah kecuali u keje kelindan lori kan.

Mama Hanim said...

huhu..cik gorjes layan tag di pagi hari..hehe..

Dr Singa said...

tak tercapai akal ke...
tak tercapai????
.
.
.
larikkkkkkkkk

kak long said...

dah agak memang kono...
ngeeee...

Hana said...

hi syida,
kelakar pula baca n3 bertag ni.
esp bab kek tu.sempat pula keluarkan oven panaskan pizza je dan simpan balik.hehe

Unknown said...

gamaknya kalo terpaksa drive jugak lori tu kot...
hahah.. pernah jumpa one lady drive lori bancuh simen .... orgnya kecik comel ja... tak sangka berani bawa lori simen tu...

Syida said...

Adia,
at that moment i purposedly beli frozen pizza sbb nak guna oven tu, or else i memang tak akan guna (memang pun). lori pun i tak pernah sebenarnya...hehehe

Syida said...

mamahanim,
kita dah buat jadual, tag+contest
n3 utk hujung minggu.jarang sgt ada n3 live dr blog ni ....huhuhu

Syida said...

makDoc,
u r rite!tak perlu lari ngeh ngeh ngeh...

Syida said...

kaklong,
sila jaab dengan spenuh jiwa dan raga.heheheheh

Syida said...

HS,
kak ni n3 yang sangat jujur.kalau kita cakap kita bake cake guna oven tu mesti semua tak caya.esp, adia.=)

Syida said...

kak yong,
whoa!cayalah perempuan itu.selama kita keja didalam industri tersebut tak pernah la pulak terjumpa yg macam tu.