13 August 2010

Ini Bukan Cerita Dongeng

Pagi tadi aku pergi keje lambat sikit sebab meeting kat Shah Alam. As usual, pagi-pagi aku panaskan enjin kete 2-3 minit sebelum bergerak. Ada yang start enjin terus jalan ke? Hehehe....

Sedang aku menunggu enjin kete tu panas, aku nampak ada seorang nenek tu berjalan ke arahku. Melayu. Pakai tudung style nenek, ikat bawah dagu.Baju kurung tapi kainnya agak singkat dan senget. Di tangannya ada beberapa keping daun kunyit dan daun ubi. Dari mana dia dapat pun aku tak tau.

"Nak, bole bagi nenek duit, nenek nak beli panadol.Tak sihat"

"Oh, ok!" Aku tak banyak tanya, lalu aku bagi nenek tu beberapa helai RM. Dalam hati, kalau ada duit lebih nenek ni beli panadol bolehlah dia beli makanan buka puasa nanti.

Lepas tu aku keluarkan kereta dari porch. Bila aku tengok rear view mirror, nenek tu dah takde.

What?

Come on, ni bulan puasa. Mana ada hantu. Syaitanirojim dah kena ikat. Aku cuba tenangkan hati.

Tapi on the way ke office, aku asyik fikir mana nenek tu pergi?

Korang rasa dia ke mana?

27 comments:

kak long said...

ko biar betul dik?

mungkin orang tua tu....hisksss...
malas nak cakap....tapi bukan hantu la rasanyer...

Nigina said...

huhuhu .. nenek kebayan kot.. kalau tak pun apa yer.. huhuhu musykil..

Unknown said...

seriyes ni syida..mcm susah nak caye..tpmungkin betul..

Unknown said...

uh!??!! ermm betul la u cakap .. mana ada hantu masa posa ni... hmmm ... maybe the nenek dah sihat kot lepas tgk u?? hmmm

JUE said...

Rasenye bukan hantu tapi Jue yg Si Penakut ni tetap naik bulu roma! WhOoooooo.....

MiaSaidin said...

hm.. klau hantu la ape dia nak buat dgn duit tu?
kak gojes mamai lagi kot tu..

Elyn Sani said...

ko dh check kat seat belakang?? ekekeke

Unknown said...

nenek tue org biasa ja la,,xkan plak makhluk halus,,tpi x mustahil la kan,,anggap la nenek tue manusia biasa mcm kita ja,,,hehehe

Unknown said...

ish.. seram plak baca cita akak gorjes ni tau!

Dr Singa said...

nenek adalah sahabat mumtaz jaafar ..dulu2 selalu dapat no2 bila berlumba dengan dia...
nenek masih memiliki kekuatan berlari macam dulu2..walaupun 1/2 sahaja..

ibu_Arifa said...

hihi..no komen.. rezeki kak syida dan rezeki nenek tu lah leh berjumpa aritu.

Unknown said...

nenek tu jalan ke arah lain kot.. hehehe

Ermayum said...

maybe malaikat yg menjelma nak menguji u di bulan posa? u lucky syida :)

Syida said...

kak long,
serius tak tipu, time tu dalam pukul 7 lebih.

Syida said...
This comment has been removed by the author.
Syida said...

nigina,
ada ke nenek kebayan di zaman cyber ni?

Syida said...

huda,
memang susah nak percaya,tapi.....it really happaned.

Syida said...

papakeechee,
dah sihat?cepat betul?

Syida said...

jue,
think positive, maybe dia pun orang jugak.

Syida said...

salmia,
mana bole mamai time nak drive,sangat merbahaya yeaaaa

Syida said...

elyn,'aku tak ingat pulak nak cek.nasib baik dia tak ikut aku g opis, kang jenuh aku nak hantar balik.ekekekeke

Syida said...

nasir bravo,
ya mungkin anda betul!

Syida said...

chugie,
kalau berlaku di malam hari, lagi seram.

Syida said...

makDoc,
mumtaz selalu dtg opis kita,nanti kita tanye kat dia.

Syida said...

ibu arifa,
rezeki dia la kan....

Syida said...

kak yong,
mungkin juga la, atau dia tengah tunduk potong daun kunyit lagi.

Syida said...

ermayum,
malaikat?kalau betul, alhamdulillah.