28 August 2010

Makhluk Lain Berpuasa Juga

Kes 1:
3 hari yang lepas semasa aku sedang memandu ke office, aku ternampak ada 2 orang budak lelaki sedang berjalan. Aku rasa budak ni ponteng sekolah sebab masa tu dekat pukul 8 tapi diorang tak pergi ke sekolah dan mereka memakai uniform. Memang muka budak tu muka orang Melayu sebab kawasan situ memang majoritinya Melayu. Kalau ada bangsa lain pun mungkin 0.01% je. Salah seorang daripada mereka dengan selambanya menghisap rokok dengan bangga sekali. Adakah dia uzur? Kalau uzur sekalipun, mana bole buat depan orang ramai. Aku sebagai seorang Islam sangat malu. Nak aje aku pull over, tapi bebudak zaman sekarang ni mana bole ditegur, nanti aku pulak yang kene belasah.

Kes 2:
Tengahari semalam aku ternampak ada budak lelaki beli nasi bungkus dekat kedai mamak. Korang rasa untuk sape?
10 minit lepas tu, sedang aku berhenti di traffic light, kereta sebelah ada 3 orang budak lelaki yang bersuka ria menghisap rokok. Ada kawan yang duduk belakang minum air secara cover-cover. Bila aku tengok diorang, aku hanya mendoakan agar pintu hati mereka terbuka dan semoga Allah menberi hidayah kepada mereka.

Kes 3:


Aku jumpa makhluk Allah yang berpuasa selain manusia di UPM. Kalau mereka yang berada di dalam kes 1 dan 2 tu tengok gambar ni, mesti mereka malu kan?

20 comments:

miss ice said...

pe nk jd la diorg ni..bangga sgt ke xpose..haih maluu kt binatang tuh !

Unknown said...

huhu.. sy rs dorang tak kan malu kot, selagi tak di tarik segala nikmat dunia.. biarlah allah je yang menghukum mereka..

Unknown said...

betul tu syida..akak pun setuju :) budak2 sekarang ni semua dah x leh ditegur..selamba je x pose..astaghfirullah..

Syida said...

ice,
harap2 ada diantara mereka yg tak puasa tu baca blog ni.ada ke?

Syida said...

chugie,
akak hanya mampu berdoa je,selainnya kita serahkan pada Allah.

Syida said...

huda,
nanti takut jadi kes yang murid belasah cikgu pulak kan?

transformed housewife said...

susah nak tegur budak2 zmn skrg. minta2 spy ahli keluarga kita tidak bersikap begitu ye Syida.

yana said...

syida..
jgnkn kt bndar...
kt kg ni pon dh melarat gaks..
tp aku main redah jek..tegur la ko!
sbb dpn mata kn!kalo x aku lak yg berdosa..yg x thn..tu mkn ckit2 jek..mcmla ko konyang sgt mkn camtu..and yes..mostly guys!

Ummi Shira (AshAnas) said...

kucing pun puasa... hm, anas pun ssh nk makan bulan puasa ni, dia nak puasa jugak kot... lps tengahari br nak makan, dr pagi tanak makan lgsung...

A D I A said...

menyampah tul orang tak pose tapi tak cover2. pastu pandang slack bila orang pandang slack kat dorang. macam org tu pulak buat salah. tiada sensitiviti la dorang ni.

i pun tak pose few days atas faktor2 kesihatan tapi i makan sorang2 dalam bilik :(

ibu_Arifa said...

hahaha..kucing pun kena puasa jugak.. malu ler sape2 yg sengaja tak puasa kat luar tu wehh..

Elyn Sani said...

aku pun doakan moga hati dierang ni terbuka nak puasa!!

Syida said...

kak nur,
insyaallah ahli keluarga kita tak macam tu.sama2lah kita berdoa...

Syida said...

rozana,
kalau yg pompuan pun tau malu.aku rasa diorang tak akan mkn or buat camtu kat public.

Syida said...

ashanas,
dia pun nak cuba puasa macam kita pun.Aqid pun sama jugak....training dari kecik.

Syida said...

adia,
i understand if u cant puasa.obviously faktor u tu sangat kukuh.no doubt about it.
tp yg jejantan tak puasa tu pun takut bleeding jugak ke?hehehe

Syida said...
This comment has been removed by the author.
Syida said...

ibu arifa,
maybe diorang tak tau yang binatang pun kena puasa, that is why diorang tak malu kot.

Syida said...

elyn,
aku pun.tapi agak menyirap jugak la bila nampak diorang cam tu.

Ermayum said...

menatang tu posa nak kena bedah kot hehe - taknak posa cover la g la makan dalam almari jgn la makan depan orang kan