22 September 2010

Dua Hari Berturut-Turut

Lepas balik dari Melaka hari Khamis lepas, aku tak keluar rumah pun. Nak menyiapkan rumah aku pulak sebelum ada yang datang menyerang. Heheheee...Tak sampai 5 minit aku mengeluarkan statement serangan tu, henpon asben dah berbunyik. Kawan dia nak datang. Aku pun terus bergegas ke Jusco AU2 tu untuk membeli bahan-bahan memasak. Aku ni bukanlah pakar sangat memasak. Sikit-sikit bole la.

Ini je yang aku pandai masak. Spagetti ala Gorjes. Aku mula belajar masak spagetti ni dari plastik bungkusan pasta tu je. Pastu aku improvekan sikit2. Semua bahan yang aku beli ialah organik. Dari pasta sampailah ke capsicum. Untuk cara hidup yang lebih sihat.

Lepas kawan Asben tu balik, mak aku cakap cousins aku pulak nak datang esoknya. Since kawan asben dah makan habis spagetti aku tu, esok pagi aku kene pegi Jusco tu balik la. So itu lah menu dirumah kami for 2 days in a row.

Tetamu korang makan ape? Takkan keropok je?

14 comments:

JUE said...

Mana gamba spagetti nye? hehehe...

Jue pun sbtu ahad baru ni dua hari berturut-turut wat lontong. husb pun dh ckp...muka pun dh mcm lontong! =D

Nieza Ishak said...

nak nengok spagety nyer .. manatahu boleh try ..

kami buat mee goreng udang jerk ...

shaza said...

mane gambor spaghetti yang dah siap di masak??

Suhana Shahril said...

amboi..nampak cam meriah jer sesayuran tu..ble bg resepi spageti
Ana x reti masak2 western ni..tp tringin nk makan

Salmia said...

RESEPI PLEASE!

~ana~ said...

alang2 cite pasal masakan, letak la resepi spagheti gorjes jugaksss...

kakngah said...

tetamu sulung aku hr sabtu hrtu aku hidangkan kari kepala ikan.

Drama Mama said...

gambaq spaghetti marveles please!!! kla tak sempat ambik gambar dah masuk perut? hahaha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

mama zharfan said...

ok jer msk spageti pun
me kalau kat msia suka msk nasi beriani :)

DrSinga said...

kita tak ada tetamu...
sebab kita yang menjadikkan diri tetamu sebelum tetamu datang..
:)

Huda said...

wow spegeti ala gorjes :) huda slalu tgk gak keadaan..if ada barangnye..leh la masak bihun grg ke, nuggets ke, karipap ke kan..

kak long said...

hari sabtu ayah,umi, adik ipardan husben...hidang gulai udang galah,hari minggu kakngah dtg,bt kuea tiaw(termasin la plk hahhaaa),puding roti,puding koktail...hari isnin malam,jiran2 dtg hidang mee kari..mabelesss...
syida bila nk dtg,kaklong sediakan yg special nti....

chugie said...

huhu.. janji ade juadah nak di hidang tuk tetamu, ye tak?

transformed housewife said...

knur masak laksa penang utk adik-beradik dan bil dah takde idea sgt, masak bihun goreng Singapore.