21 September 2010

Jadual Raya

2 minggu sebelum raya asben cakap kita balik Tg Karang sebab kita dah cuti lama untuk merdeka kat Melaka. Tahun ni turn raya kat Melaka sebenarnya. Akan tetapi, 2 hari sebelum raya asben cakap kita raya kat Melaka pulak la. Aku ni ok je, raya mana-mana pun.

Maka berangkatlah kami pada Rabu malam ke Melaka lepas buka puasa. Jalan tak jem langsung. Satu jam lebih dah sampai kampung (sebab asben suka drive laju), hopefully takde saman. Hehehehe.

Hari Khamis sebelum raya kami sempat pergi bershopping lagi kat Melaka. Kali ni Aqid tinggal kat umah. Dia tak heran pun since cousins dia dah ramai yang balik. Kami beli kasut untuk asben (yang selalu menjadi masalah setiap tahun), pastu beli seluar jeans dia, pastu beli baju jalan untuk aku (dengan secara tidak sengajanya). aku beli baju budak umur 10 tahun kat Esprit. Dah itu je yang cantik. Aku beli la. Hehehe. 3 helai aku beli. Lepas ni tak payah beli untuk setahun (bole caye ke?).

Jumaat = raya. Lepas sembahyang raya, kami pergi menziarahi kubur arwah MIL dan sedara-mara. Pastu mula berziarah ke rumah sedara abah kat pantai, dekat tengahari baru sampai rumah. Petang sambung ziarah lagi. Malam aktiviti bakar mercun. Lepas habis bakar mercun, kami balik ke Tg Karang. Sampai kampung around 11.30pm. Jalan tak jem langsung.

Pada hari Sabtu kami sekeluarga pergi menziarahi sanak saudaraku pula. Some of them dekat je dengan umah Embah (a.k.a datuk), some of them ada yang kat area sawah. Kami dapat ziarah 4 buah rumah je, since ada jugak yang tiada di rumah tatkala itu. Cuaca kat sawah panas gile. As usual, kurang ada angin yang bertiup. Tapi scenery memang mabeles! but aku lupa nak amik gambar. cett.

Hari Ahad kakak mak datang ke kampung. Makan besar time ni. Kami tak masak untuk lunch sebab makcik aku dah bawak lauk. But mak aku insist nak masak ikan keli yang cousin aku bela tu. Banyak jugak dia goreng (bukan aku, hehehe). Dekat sebakul jugak la. Ikan keli goreng rangup memang best. Aku tak makan ikan keli KL, sebab sumbernya tak dapat dikenalpasti. Kalau aku cakap pun nanti korang geli. Lepas makan, petang-petang sikit, kami ke Melaka semula. Sampai la hari Khamis.

Khamis kami beraya di Senawang dan Nilai umah housemate ku kat UTM dulu.

Itulah jadual hari raya aku. Korang punye camne?

19 comments:

~ana~ said...

cerita je??gmbr? :)

Salmia said...

jadual raya aku:
1st day, raya di kampung (pokok sena)
-beraya rumah saudara sebelah ayah
-my roberto datang beraya

2nd day, beraya di jitra, kampung sebelah mak.

3rd day, giliran saudara-mara datang beraya kt umah

4th day, reunion kelas form 5.

5th day, open house umah kawan.

5 hari je raya. lepas tu berehat kt umah smpai habis cuti.

Mama Hanim said...

cuti sakan ye..huhu..jeles i..

shaza said...

Wah, padat sungguh jadual ko gorjes.. jadual aku pulak memandangkan balik jb, tak banyak sangat gi rumah sedara sebab sedara banyak kat kampung.. so masa aku di habiskan depan tv tengok cerita yang best kat astro.. ngee ngee..

chugie said...

amboi, jadual... padat ye..

dari KL ke melaka, dari melaka ke TG karang, dan dr Tg karang ke melaka balik... adoi! kalau sya, mau pengsan dah.. :D

Nieza Ishak said...

hihihihi .... hebat lagi perjalanan aku .. merentas segala negeri ko ..

letihhhhh beb .. tp seronok

Elly & Emmy said...

fuhh.. beraya sakan nii...

Drama Mama said...

sounds like my raya! tapi kitorang lagi best sebab dekat2 ja dua2 rumah parents, so kejap sana kejap sini kejap sana kejap sini. hiks

http://twinkywinkystars.blogspot.com

JUE said...

Gi kat blog kita la kalau nak tau jadual raya kita pulak. heh heh heh

ERMAYUM said...

raya sakan gak tu heheh kita balik kt singgah merata - habis beraya dalam perjalanan ja heheh untung kg syidah dekat :D

SyidaGorjes said...

ana,
kebanyakan umah yg kita pegi tak amik gamba pun.mana sempat nak posing?aqid dah panjat2 meja

SyidaGorjes said...

salmia,
roberto dah dtg umah?bila nak nikah?hehehe

SyidaGorjes said...

mama hanim,
kita kene pandai amik kesempatan.kuang kuang kuang

SyidaGorjes said...

shaza,
ni takdelaj padat sgt.ada jugak masa yang mengadap tv

SyidaGorjes said...

chugie,
dah 2x kali buat camni.so far ok je.

SyidaGorjes said...

nieza,
ko punya jadual, aku tabik spring!

SyidaGorjes said...

kak huda,
tak berapa sakan if dibanding dgn org lain.hehheehehhe

SyidaGorjes said...

dramamama,
kalau dekat mesti tak penat sgt kan?

SyidaGorjes said...

jue,
dah tgk dah.