30 September 2010

Rumah # 15 : Atuk YB

Aku dah buat appointment awal-awal nak datang ke rumah kawan aku yang sorang ni. Dulu kami bekerja sama-sama, balik keje sama-sama, banyak benda yang kami lakukan bersama. Walaupun dia dah tak kerja sekali dengan aku sekarang, tapi persahabatan kami masih lagi erat. Maybe ramai blogger yang dah kenal dengan kawan aku ni sebab dia ni pun dah lama sangat memblogging.

Aku bagitau yang aku nak datang pukul 8pm. Dia tanye sampai pukul berapa? Maybe dia expecting another guest, so aku cakap pukul 10pm aku balik la. Tak mo la kacau keluarga orang nak tido kalau balik malam-malam sangat. Kalau aku tak silap, dia tak bagi aku datang malam sebab dia banyak 'aktiviti' malam bersama isteri. Hehehehee....


Sebelum datang, as usual, aku akan request makanan yang aku nak makan. Aku memang muka tak malu. Setakat dengan YB, kalau malu rugi tau sebab isterinya pandai memasak. Kat atas meja tu banyak kuih dan kerepek dia. Ada 5 balang kuih dan 5 balang kerepek. Isterinya yang buat kuih raya tu sendiri, sampai bersengkang mata. Apa kuih raya yang aku buat? Zero!


Rasanya aku request for mee bandung, tapi dia buat spiral bolognese. Sedap. Aku pun tak pernah try makan guna spiral. Tapi as usual, Aqid nak makan dengan kicap. Oh! Lupa nak cakap, asben aku pun dah kenal dengan YB sebab dulu selalu amik aku kat umah YB. Apa aku buat kat umah dia? Biarlah rahsia.....


YB and wife yang sangat peramah. Tengok diorang gelak pun dah tau mereka sangat mesra alam. Aqid panggil 'Atuk' kat YB sebab dia pakai kopiah, macam atuk Aqid yang kat Melaka. Tepat pukul 10pm, aku balik sebab aku dah berjanji setia nak balik time tu. Aku tak nak YB cakap yang aku ni tak menepati janji.

Thanks YB diatas layanan mesra alam u tu. Walaupun rumah kita satu kawasan parlimen, tapi susah sangat nak jumpa kan?

10 comments:

en_me said...

meriahnyerr uolss..

kak long said...

yb ngn mak adam sengeh jer...syida nak balik cepat,tak nak gangu...hemhemem....!

shaza said...

ooo, inilah rupe YB yer..

Mama Zharfan said...

nampask sgt frenly..and mkanan nampak sgt sedap..
anyway..u nak kirim handbag ker...u dh survey ker harga nyer? nak design yg mcm mana? i takut tak kena dgn taste u? brand apa? kat UK ni, brand clarks ajer kot yg famous..kalau US made, mahal kat UK ni..

Unknown said...

sedap nampak spageti tu:)

Dr Singa said...

alaaaaaaaaaa.........
kita gak belum berjalan ke sana...
.
kita berbeza kawasan Parlimen.. jauuuuuhhh.....

JUE said...

Byknye umah dh berjalan...Jue tahun ni, org jemput...satu umah pun x pegi lagi. Ada je halangannye nk pegi tu. hehehe...

Unknown said...

sedap spiral tu.. dah lama x beli pasta..

Yunus Badawi said...

Sebenarnya bila ko tulis 8 - 9 malam tu aku nak pastikan pukul berapa ko dtg? Pukul 8 atau pukul 9? Bukan aku suruh ko balik cepat2. Malam tu mmg aku tak jemput tetamu lain. Boleh borak dgn ko dan hubby ko lama2.

Malam esoknya baru kami jemput ramai org.

Thanks for coming.

Syida said...

en_me,
hofkoz, kami suka meriah-meriah ni...

kak long,
tu la pasal.pukul 10 je terus kita chow!

shaza,
yezzaaaaa...

mamazharfan,
memang sedap.i dah reply psl beg tu.

huda,
mabeles!

makDoc,
berbeza kawasan parlimen tidak memberi erti apa-apa.....heheheh

jue,
mesti ada semangat dan keazaman yg tinggi kalau nak pegi raya banyak2 umah ni.

kak yong,
sedap kak.

yb,
oh, ada malam khas untuk i?so sweet.