08 September 2010

TERshopping?

Korang dah bape kali TERshopping untuk raya tahun ni? Aku dah banyak kali. Ni pengakuan ikhlas dan tulus dari hatiku yang suci murni tau. Ter tu maksudnya macam tak sengaja kan? Hehehehe.... Haritu aku TERbeli sandal, pastu TERbeli beg, pastu TERbeli baju....Actually banyak betul penggunaan TER ni dalam kamus hidupku.

Nak tengok apa yang aku TERbeli kali ni tak? Niat dihati, aku cuma nak beli dress kat Najjah.com, ala yang macam FaraDiba TV9 tu pakai. Aku tengok dia pakai macam cantik je, that is why aku pun nak beli satu. Aku pun pergila ke kedai one of the distributor Najjah - Kedai NickyMaya kat Seksyen 7, Shah Alam. Aku siap call dulu to make sure dress tu ada kat sana tau. Over tak? Heheheeee....

Banyak baju muslimah kat sini. Semuanya cantik-cantik belaka. Tapi aku ni kan jenis yang memilih sangat, so aku cuma beli dress dusty pink yang aku dah reserved. Aku yakin, bila aku pakai dress tu nanti mesti macam comel je (perasan). Korang nak tengok ke aku pakai dress tu? Sebijik macam FaraDiba, tapi version jawa. Tee hee hee.

Aku ni kan biasa la, kalau niat nak beli satu benda tu, mesti akan melarat sampai ke 3-4 benda yang lain. Since aku bukan datang sini selalu, aku pun telah memborong beberapa helai tudung syria. Aku tak pernah pakai tudung yang macam tu, tapi untuk raya tahun ni aku nak pakai jugak. Nicky ajar aku cara yang betul macam mana nak pakai tudung tu, since muka aku yang agak kotak, maka perlu diadjust sana-sini yea...Kain tudung kat sini amatlah sedap dipakai. Diulang, amatlah sedap dipakai!


Gambar wajib dengan Nicky si pemilik kedai yang masih lagi belajar kat UITM. Kecik-kecik lagi dah pandai cari duit. Cantik kan dia? Single ke tak, aku tak tanya la pulak.Maap ye. Nicky menunjukkan tanda peace bermaksud yang dia takkan bertikam lidah dengan customernya.Hehehe... Aku tak bape suka gamba ni sebab nampak aku lagi kurus =P.

6 comments:

MiaSaidin said...

jangan TER-raya esok sudah la..

Cheritera Kami said...

kang kau amik gambo ngan bj tu n tudung syria tu skali erk...

Nigina said...

wahh banyaknya terrr.. heheh tapi ter pun best sebab shopping.. saya pun banyak terrrr.. gak... selamat hari raya maaf zahir batin

Dr Singa said...

ko dah TERreport hasil mahsyul pembelian kat cik abang...??
:)

Mama Zharfan said...

silakan ter upload pic dress tu..kalau me berkenan, me boleh gak ter rembat satu (thn dpn ler)

Drama Mama said...

haa sila ambik gambar comel nanti k! hehehe...terjebak beli tudung syria dah...melaram sakan lah!

http://twinkywinkystars.blogspot.com