04 October 2010

Cerita 3 in 1

Raya tahun ni aku dan Shaza buat kelainan sikit. Since kami pun baru je berjumpa semula 2 tahun lepas, takkan nak buat perkara yang sama je? Betul tak? Kami plan untuk berziarah (orang Jawa panggil 'Baraan') ke rumah kawan-kawan masa satu sekolah rendah kat Skudai dulu. Kami janji untuk berkonvoi bersama bermula dari Esso kat MRR2 tu. Umah Shaza kat Bukit Antarabangsa, umah aku kat AU3, itulah tempat yang paling ideal.

Cerita No.1:

Lokasi yang pertama ialah di Bukit Mahkota, Bangi. Agak jauh lokasinya. Nasib baik husband Shaza yang lead the way, kalau asben aku......memang ke laut la jawabnya. Kami ke rumah Eva Marlina. Korang tengok lauk kat meja tu. Dah macam lauk orang kawin pun ada. Nasi briyani lengkap dengan ayam masak merah, ayam goreng, kuah dalca dan acar timun. Eva macam tau je fevret aku. Tapi Aqid tetap makan nasi dengan kicap. Heheheheeee.....


Lama jugak kami disini. Ingatkan nak lepak lama lagi, tapi masih banyak rumah yang kami nak pergi. As usual, group photos. Rasanya yang takde dalam gamba ni ialah husband Eva sebab dia yang snap gamba. Bibiknya snap dulu, tapi goyang gambarku.

Cerita No. 2:

Lepas tu kami ke Balakong untuk ke rumah Suzila Ismail. Dia cikgu. Nape aku nak kene mention kerjaya dia? Guru adalah kerjaya yang mulia, aku pun pernah jugak nak jadi cikgu. Tapi tak menjadi pulak. Kat rumah Suzila kami tak snap sekeping gambar pun. Sebab anak masing-masing dah riuh. Faham-faham ajelah yea. After that Suzila pun follow ke rumah yang ke 3.

Cerita No.3:

Lokasinya di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Rumah Anarulakmal. Dia seorang perempuan. Takut korang confuse nama dengan jantinanya. Heheheeee....

Kat rumah Anarul, kami disajikan dengan makaroni yang paling kaw! Aku pun tak bole nak makan. Pedasnya hanya tuhan saja yang tau. Serius, aku makan sesudu je. Last-last aku makan pisang je. Bagus untuk penghadaman.

Ini adalah aksi ganas. Aqid berebut pistol dengan Mikail. Takde komen sangat terhadap gambar ini. Tapi after that dahi Aqid pulak terhantuk kat bucu tangga sebab berebut kereta pulak. Aqid ni takde perasaan sharing dengan orang lain la. Apa aku nak buat dengan dia ni? Bole korang bagi khidmat nasihat sikit tak?

Yang paling kiri tu Anarul. Orang yang dukung anak dia sampai senget itu adalah aku. Suzila pakai baju putih. Shaza kaler oren. Walaupun kami round the world pada hari tu, tapi memang puas sebab dapat jumpa kawan-kawan lama balik. Tahun depan kene buat lagi camni la, Shaza.

11 comments:

shaza said...

Ko nak suh Aqid ade perasaan sharing yer.. hehe.. senang jer.. ko bagi je die adik.. mesti ade perasaan pastu..

ejaMaria said...

hehehe... setuju dgn shaza ;p

Salmia said...

kau orang jawa ke kak?

kakngah said...

ko bagi adek jek...
setel!

jgn tunggu lama2.. nant kekok nak bele bby kecik hihihi!!!

kak long said...

kakngah...kaklong dah cakap dah...ermmm..syida ckp 'not now...'
hehehe

syida...muda2 ni la nak beranak...nanti dah tua malu pulak...hahahaha

~ana~ said...

erm..bg je aqid tu adik..confirm dia reti ber 'sharing' pas ni...:)

mama zharfan said...

best best :)

Elly & Emmy said...

suker tgk makanan tuuu.. hehehe

kakyong said...

sonok meraikan @ makan2 di rumah kawan...

gorjes, kasi aqid adik jer... nanti pandai lah dia nak bertolak ansur... tp umur mcm ni memang normal la.. tak suka berkongsi...

A D I A said...

eva marlina tu nama sebenar ke? sedap nama tu, cam nama dalam novel.

SyidaGorjes said...

shaza+ejamaria+kak ngah+kak long+ana+kak yong,
kita reply in lump sum ye. ai ada target,not this year.=)

salmia,
ye dik.

mamazharfan,
best!

kak huda,
sedap kak!

adia,
memang nama sebenar.nama kakak dia lagi sedap, eleanor.ejaan mcm omputih yea.