07 October 2010

Hari Ni Dah Abis Raya Kan?

Ini adalah entry penutup untuk raya tahun ni. Dah takde lagi entry raya lepas ni.

Rumah #24:

Kami ke rumah Kak Long. Umah Kak Long kat Kajang, almost sampai Semenyih rasanya. First time aku datang area ni. Nasib baik la da study map malam sebelum tu, kami sampai juga ke rumah dia.


Masuk rumah Kak Long je Aqid dah cari basikal, nasib baik ada 2 basikal yang sama saiz, takde la nak berebut dengan Kak Ya. Pada hari tu Kak Long masak sup ikan (my fevret!), daging masak pedas (Kak, asben cakap sedap giler), dengan sayur. Siap ada cocktail puddings dengan kek gula hangus. Aku dah termakan nasi banyak sangat, tak dapat nak habiskan kek tu. Nak minta bawak balik, tapi malu. Ahaks!

Rumah #25 :

Ini rumah Siti. Lokasinya di Seri Kembangan. Minggu sebelumnya aku dah datang area ni sebab datang umah kawan sekolah aku.


Macam-macam Siti masak, mengalahkan orang buat open house. Aku dah makan banyak sangat kat umah Kak Long, maka tak dapat la aku makan banyak kat sini. Rugi, Rugi.


Kat umah Siti, Aqid asyik bergaduh dengan Kak Ngah (anak Siti). As usual, Aqid tak nak share mainan. Last-last sape yang bergaduh, tak dapat masuk dalam gambar. Hehehehee.

Rumah #26:

Rumah pakcikku di Shah Alam. Tiada gambar.

Rumah #27:

Rumah pakcik ku di Bandar Bukit Raja, Klang.


Amik gamba makanan je. Dah takde mood nak bergambar sakan. Malas nak touch up mekap.

Rumah #28:

Rumah ex boss kat Shah Alam.

Rumah #29:

Rumah kawan Asben kat Gombak.

Rumah #30:

Rumah kawan Asben kat PJ

Rumah #31:

Rumah cousin Asben kat Puchong.

So, tahun ni kami dapat berziarah ke 31 rumah sahaja. Tu pun ziarah on weekends je. Kalau aku ziarah on weekdays, mesti dapat 300 rumah kan? =)

18 comments:

shaza said...

aku nak tanye.. kak long dgn kak ngah tu adik-beradik ke??

kak long said...

shaza,
biar la rahsia...hek hek hek...


laa,ar sal tak mintak,memang kaklong ada bt lbh..mula2 memang ingt nk bg syida,last2 terlupa la pulak...

Yunus Badawi said...

Esok ada lagi satu hari lah.
Boleh tambah satu dua rumah lagi hehehe

Yunus Badawi said...

Muat pulak perut awak tu? Macam2 makanan ada tu.

Patutlah semalam kelaparan sbb weekend isi penuh sangat hehehe

Yunus Badawi said...

Kak Su buat rumah terbuka ke? Dia tak jemput pun huhuhu

~ana~ said...

hebat ar kak gorjes...beraya sakan...xpe..thn depan insyaallah bleh cecah 300 buah rumah...

ejaMaria said...

dasat nko beraya.... aku paling ade pun satu hari bole 3-4 biji rumah je... penat eh... lagi ngan anak lagi... huhuhuu

Elyn said...

cayalah ko... thn depan sila buat sampai 50 umah!!

kakngah said...

sampai tggl kelapa ikan jek utk aku..
hahahahaha!!

Drama Mama said...

31 rumah???? banyak la tu! i rasa i ziarah kurang dari 10 rumah. hahaha

glorious food, terliur k! lepas ni takdak dah la ekkk! huhuhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Mama Hanim said...

perhh.. 31 umah tuuu... tahun depan kena tambah dlm list ye akak gorjes..hehe..

Salmia said...

sakannya beraya..

aku rasa mcm ada kaitan la hangpa ni.
kak long - kak ngah - syida
adik beradik ka?

Elly & Emmy said...

banyak tuuuu.. sampai 31 umah.. memang raya sakan taun nii..

SYANI said...

Banyaknya rumah pegi beraya... mesti anak dapat banyak collection duit raya ni..

KSWSK said...

ngan2 30 umah tuk 30 syawal...

en_me said...

raya sakanns.. ehehe

Papakeechee said...

*muka kagum giler* ... the houses i visited tak sampai 10 kot ... memang raya sakan tu ^_^

SyidaGorjes said...

shaza,
kak long tu akak ipar kak ngah.dia kawin dgn abg long kak ngah.

kak long,
cett, tak payah la nak rahsia. nape akak tak cakap ada buat lebih, penat kita buat eye contact dengan akak.

yb,
dah tutup buku la yb,tak larat.

yb lagi,
dia tak buat open house pun.i yg dtg je.

ana,
kalau nak pegi 300 umah, budget duit raya kene kurangkan.hehehe

ejamaria,
n3 aku ni untuk 2 hari.tak mampu aku nak abiskan semua dlm 1 hari.

elyn,
aku masukkan umah ko sekali dlm list.

kak ngah,
kami sekeluarga tak mkn kepala sbb was-was dgn kebersihan gigi ikan tersebut.

drama mama,
tahun ni je rajin berjalan, tahun lepas tak macam ni pun.

mama hanim,
i will pun u in my list as well.

salmia,
sesungguhnya akak ko yg gorjes ni takde kaitan lgsg dgn kak long-kak ngah.kak long tu akak ipar kak ngah.adik beradik akak 2 org jek.tu pun akak yg 1st.

kak uda,
teringin nak raya umah akak, tapi tunggu tahun depan la ye.

syani,
collection?tak kira lagi.

wa,
just nice je kan?

en_me,
umah wong tuek mesti letak kat priority.

papakeechee,
y total nos u dgn drama-mama sama je?pegi raya sama2 ek?