13 October 2010

Kepak

Sambungan entry semalam. Entry yang agak teknikal. Akan ku cuba untuk menidakteknikalkan entry ini.

Ramai yang tanya Bebo Arch tu untuk apa. Ia adalah sebahagian daripada komponen precast bridge. Moulding and concreting untuk Bebo tu dibuat di kilangnya dan terus diletakkan di site. So tak payah la nak buat formwork yang curve macam tu kat site. Mesti ada mat indonku yang asik masuk dalam sungai sebab jenuh nak buat bagi curve. Hehehe.... Kalau pergi kat Putrajaya kan ada bridge yang ada arch-arch tu, itula dia. Tapi yang ni satu arch je.




Lepas dah launch bebo arch tu, kita bagi dia kepak pulak ek. Tapi macam pelik je kalau panggil kepak sebab bahasa teknikalnya wing wall (dinding kepak?). Tak tau la aku nak explain macam mana wing wall ni. Gambar kat atas ni diorang tengah prepare rebar (besi tetulang) untuk foundation (asas) wing wall (dinding kepak lagi?).

Aku rasa korang pun dah pening dengan entry aku yang merepek/merapu/meraban ni. Cukup la setakat ni je ek. Nanti aku buat entry bridge yang dah siap punya. Korang tak payah la nak fikir macam mana nak buat jambatan ni. Tau-tau je,siap!

Kepada Salmia, c.o.w tu clerk of works, tiada kaitan dengan binatang langsung yea.

18 comments:

kak long said...

kenapa tak tolong mamat indon tu...sian dia...

ejaMaria said...

nape nak buat jambatan dgn bebo arch mcm ni ha?... tak minat la rupe dia... tak ber-identiti malaysia... buat tiang-tiang konkrit biasa tak cun ke?...

Syida said...

kak long,
kita tak bole tlg.sbb tu mmg kerja dia.

ejamaria,
jgn marah cik eja, ada sebab kami buat bebo arch tu. bukan suka suki. JPS tak bagi ada obstruction kat dalam sungai tu.sbb sungai tu kecik. maaflah sekiranya tak melambangkan malaysia tapi projek ni pun kat ceruk/ulu, rasanya takde pelancong yang akan dtg.

Unknown said...

eh ur profession sounds very interesting ... nanti letak eh gambo jambatan siap tu k ^_^

shaza said...

ooo.. baru la aku nampak dengan jelas ape menatang bebo ni..

Unknown said...

oic..bebo tu mcm tiang gak ek :) bolehla paham sikit2 penerangan syida tu..

Elly Emmy said...

kami dah fenin ni mama gorjes.. ingat kan tadi cakap pasal kepak ayam.. hehehe..

Dr Singa said...

orangnya kecikkkkkk je...
buat benda besor-besor!!!

Syida said...

papakeechee,
interesting?biasa je,u lagi best..

shaza,
ni baru separuh jalan je.

huda,
tiang?hmm....camne nak cakap ek, bebo tu untuk support loading, sama je la dgn konsep tiang.

elly&emmy,
korang terlalu kecik utk faham.lambat lagi nak g skolah.pegi main puas2 dulu.

Syida said...

makDoc,
ni semua salah mak kita.dia yg suruh kita amik course nih.sbb dia cakap senang je.kita ikut je sbb takmo masuk neraka.

Mama Zharfan said...

tumpang fenin :p

MiaSaidin said...

uiks, nma ku terlibat jua. hehehe
owh.. bukan binatang ye..
bukan apa, bebo tu pun dah bunyi mcm booo... ptt la ada c.o.w. hehehe

en_me said...

ghitewww.. ooo melopong

Cheritera Kami said...

kompeni aku byk bt benda alah tu kat putrajaya..

MasZuber said...

oooo dah faham dah..

:) thnx for the info ;)))

Yunus Badawi said...

Jimat giler woi pakai Bebo dibandingkan guna jambatan biasa spt yg direkabentuk oleh jurutera perunding. Untunglah kontraktor.

kakngah said...

OMG!
i miss construction world!
:(

Elyn Sani said...

err kureng paham aku. kalau ko cite ngan adik aku die paham la. aku ni yg paham bab tulang patah je kekeke