22 November 2010

Batang @ Cecair



Sape yang suka pakai eyeliner? Angkat tangan! Sape yang ada eyeliner, tapi tak reti nak pakai macam pro? Aku angkat tangan dua-dua sekali. Kali ni aku nak membuat perbandingan untuk eyeliner. Bukan membandingkan brand eyeliner yea kawan-kawan.

Aku start pakai eyeliner bila aku tengok kawan aku membesarkan matanya dengan menggunakan eyeliner pensel. Aku pun beli jugak la sebab nak mata besar macam dia. Aku beli MAC eye kohl kaler itam. Sebagai beginner, aku cuma calitkan kat eyelid bawah je. Its a no-no untuk dicalitkan kat eyelid atas sebab bila kita kenyit-kenyit mata, akan ada satu line itam disitu. Unless korang nak buat gothic style, bole la.


Aku tak pernah confident untuk pakai liquid eyeliner. Tangan aku menggigil, macam mana aku nak conteng kat mata aku secara lancar? Confirmed la zig zag jadinya. Tapi semua itu berubah bila aku try liquid eye liner daripada Shu Uemura. Sekali garis, smooth je. Dengan itu, aku terus ketepikan pencil eyeliner yang dah bertahun tak habis-habis tu. Eyeliner liquid tu siap bole refill, kalau tak keluar ink dia, bole tekan kat belakang macam pensel tekan. Senang je. Lagi satu, senang dibasuh bila nak amik air sembahyang. Aku menghadapi kesukaran dengan yang pensel itu.

So mana satu yang korang suka atau pandai guna? Atau aku je yang dah ketinggalan sebab semua orang dah bertukar kepada liquid eyeliner?

12 comments:

~ana~ said...

br je belajar pakai eye liner nih..for beginner mmg pakai pencil tu je la..try jugak yg liquid tu..abih comot mata..huh..

Ermayum said...

i suka batang heheeh :) but tak last long laaa cecair is better but i tak reti pakai sgt

MiaSaidin said...

benci pakai eyeliner then habuk masuk mata! habis rosak

ibu_Arifa said...

tak pernah try yg liquid tu lagi..dok pakai yg pensil punya tu jer.
teringin nk jd terer bab makeup nih..dpt makeup muka sendiri pun dah suka sgt dah.

JUE said...

Jue start pakai eyeliner pencil lepas abis SPM. Mmg x berani guna liquid. Skang, selepas hampir 11 tahun guna pencil..baru pakai jenis pen. Smooth jugak... Jenis pen pun bole rekomen kt sape2 yg still x berani guna liquid cam I nih hah ;P

kakngah said...

dua2 aku xpakai..
aku mmg x pandai naklukis wajah aku ni.. lepas takat pakai lipstik jek..

Dr Singa said...

ha ah.. banyak yang susah nak tanggal bila ambik air sembahyang.. menci...last2..aku tak pakai langsung

A D I A said...

amboi shu emura kena kasi komsyen kat u ni. i pakai pensil eyeliner, lain dari tu i gagal. tangan ketar2 gitu.

Elly Emmy said...

pakai yg pensel jer...tu pun kadang2..mengigil tangan nak lukis line..

Elyn Sani said...

aku masih setia dengan roll in pencil cap avon!! hihi tak reti la liquid2 ni. kang sememeh tak pasal je...

Drama Mama said...

i pakai pencil gak before this..tapi pakai maybelline ja lah. hehe. baru ni try gel liner..and i'm loving it! better than pencil!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Unknown said...

tak reti pakai celak.. tak kiralah yg jenis pensel @ yg liquid...