26 November 2010

Hormati Orang Tua

Ada seorang sahabat di alam maya tu kan, aku terpanggil dia Akak. Sebab aku tengok blog dia, dia ada 2 orang anak. Aku baru ada sorang. So kira macam confirm la dia ni lagi tua dari aku. Tapi setelah beberapa lama aku berbalas komen kat blog dia, baru la aku found out yang kami sebenarnya sebaya. Hihihi..Malu je kan. Bukan setakat dia je yang aku panggil akak, ramai lagi blogger yang aku budget lagi tua dari aku. Macam Siti, dia ada 3 orang anak. Macam Hana, dia ada 2 orang anak. So mestila secara otomatiknya aku panggil diorang akak.

P/s: Gambar ni disnap yang ke berapa kali entah sebab Nieza ni tinggi. Either kepala aku separuh, atau kepala dia yang separuh dalam gambo tu.

Semalam aku jumpa dengan akak yang ni. Nieza nama diberi. Umur kami sama cuma saiz badan dan ketinggian je berbeda. Ofis dia satu kawasan parlimen dengan opis aku. Tak susah la kalau nak jumpa, tapi apakan daya, masa amat mencemburui kita. Semalam birthday dia. Tapi lupa nak makan birthday kek la. Camne ek? Nak kena celebrate lagi sekali ke? S

Semasa berdating, terdapat insiden yang dinamakan "Udang Terbang". Nieza makan udang pastu kaki dia terbang kat pipiku yang gebus dan mulus ini. Pastu dia letak balik udang tu dalam mangkuk, tak jadi nak makan. Patutnya diteruskan aje usaha murni nak makan udang tu sebab udang tu besar. 2 ekor pulak tu. Rugi woooo.....

Aku rasa bukan setakat Nieza je yang satu kawasan parlimen dengan opis aku. Adia pun sama. Tapi kalau jumpa Adia, aku kene amik gamba tutup mulut atau pakai spek pink atau tutup buku lali dengan buku lima (macam yang dia selalu buat). Hehehehe. Chop, Kak Nur pun sama jugak satu kawasan.

Ada sesiapa yang nak celebrate birthday aku tak? Belated pun tak pe. Asalkan ikhlas.

P/s: Ada sesiapa perasan penceritaan dalam entry aku ni kelam kabut. Tajuk tak kene dengan entry, paragraph tak de sequence dan sebagainya.

14 comments:

Unknown said...

xpe, huda faham :) eh kak, jom sekali sekala kite ketemuan..tp tak tahula bile nk p kl lg..adeh

ejaMaria said...

hahaha... dah aku ni anak 3... akak jugak la... ;p

kakngah said...

ko kompem ke aku lg tua dr ko.. tah2.. aku lg muda dr ko tau...
ai..kawen awal... *wink*wink*

Unknown said...

my siblings kahwin next month kat penang ... jemput la jemput la ...!!!! i belanja nasi minyak ^_^

~ana~ said...

ana sendiri xtau kenapa ana bleh panggil akak ni "akak"...

akak gorjes xnak panggil saya kakak jugak ke? saya dah ada 2 anak..hah3x...

Nieza Ishak said...

entah syidah ... cam skima pulak kali ni ko buat entry ... kui kui kui

Elyn Sani said...

err aku nak pggl ko akak bule? ssb anak ko kan lai tua dr wafiq kikiki

JUE said...

Syida umo bape? cepat ckp! kang tersalah lak. hehehe...

*Jue anak 2. Tapi syida x panggil akak... I ni nmpk muda ker? Kahkahkahkah!

Entry terkini: Aku Anak Selangor LAGI

Unknown said...

ekekek.. bape umur akak gorjes ni? entah2 sy lg tua kot? ek??? ekekekek:D balun je ler..

A D I A said...

lagi satu i pasan u panggil izan mama si kembar tu akak. dia tu baya i tau. adik gitu. motif amik tau hehe.

etah bila kita dapat bersua ye dah satu qariah dah kita ni.

yg benar,
adik koda.

MiaSaidin said...

i tetap muda!

Dr Singa said...

"Nieza makan udang pastu kaki dia terbang kat pipiku yang gebus dan mulus ini."

-kaki Nieza ke..kaki udang??!!

Unknown said...

hormati orang tua.. jenuh gak cari point tu.. ekekeke..

Ermayum said...

i gurantee tua dari u heheh