30 November 2010

Rama-Rama

credit to Google

Dari ulat jadi kepompong
Tidur lena dalam kelonsong
Sampai masa kelonsong pecah
POM!!
Jadi rama-rama yang indah

Rama-rama terbang merata
Terbang hinggap dipohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama
(Part ni aku dah lupa)

Inilah nursery rhymes yang Aqid suka dalam turutan yang paling terkini. Berkat daripada duduk kampung kuala selama 5 hari. Dia belajar dengan cousinnya yang pre-school tu. Tapi malangnya aku hapal semua kecuali baris yang last. So setiap kali Aqid suruh aku nyanyi, maka baris yang last tu disilentkan secara automatiknya.

Ada sesiapa yang bole sambung tak?

Ada lagi satu lagu. Aku tak bape pasti macam mana pangkal dan hujung lagu ni tapi antara bait-bait tengahnya adalah seperti dibawah:

mandi cepat-cepat
-
-
jalan lekas-lekas
-
-
-
-
rajin baca buku
insyaallah berjaya

Aku agak kureng ingat lagu ni sebab dulu mommy Aqid skolah tadika omputih. Pakai skirt pendek nampak bon-bon (bak kata ermayum). Tak belajar lagu Melayu. Hehehee....

17 comments:

shaza said...

hehe.. aku tak dapat nak sambung sebab aku pun tak pernah dengar lagu2 tu.. kalau lagu anak itik tok wi aku tau la sebab selalu dengar ashraf nyanyi..

Huda said...

cuba cari kat tenet kut ade kan lirik2 tu :)

kak long said...

tak pernah gak dengar lagu ni....

anak kaklong no1&no2 tadika cina....lagi la tak paham lagu diaorang....
yang diya lom masuk tadika lagi....mama dia ajar lagu kat umah jer...ngeee...!

Papakeechee said...

hmmm tak pernah dgr la plak ... yang i tau pun the itsy bitsy spider la ... huhuhu ... sorry ah tak apat nak nolong ... ^_^

ejaMaria said...

rama-rama terbang merata
sungguh cantik aneka warna
hisap madu di pokok bunga
tapi sayang hidup tak lama...

habissss...
(akak taip yg baris kedua je)
lagu febret anak akak juga

DrSinga said...

POM !!!ngeri!!
macam c4!!

JUE said...

Ramai gak x penah dengar lagu ni termasukah Jue. Lagu baru kot ni...dulu2 time tadika melayu pun x blajar lagu ni. ;P

~ana~ said...

bkn main lagi akak gorjes..main nyanyi2 plak erk...

chugie said...

sama lah.. sy dh lupa lagu tu gak!

Daddy Ziyyad said...

saya dulu pun tadika mat saleh, tak belajar lagu2 melayu..hihihi

Drama Mama said...

haha...i dulu tadika islam so taktau gak lagu nih! hehehe

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Salmia said...

penah dangar lagu ni. adik penah nyanyi. masa tadika dulu belajar lagu teko dengan labah2 je..

ERMAYUM said...

heheeh dua dua lagu ni my girls suka nyanyi belajo kat tadika :)
best best gak mak butterfly song tu deep meaning :)

A D I A said...

i kecik2 suka lagu malam yang sepi pi pi. siap sambung2 sendri lagi. kecik2 dah etnik kreatif.

kakyong said...

kakyong lagu 'sit-sit tom tom' tau la...

Anonymous said...

pukul 6 pagi mesti kita bangun,
terus gosok gigi, mandi dan solat subuh,
cium tangan ibu, cium tangan ayah,
ambil buku terus ke sekolah,

jalan tepi-tepi, jalan lekas-lekas,
sampai sekolah cucikan kelas,
rajin baca buku,rajin mengira,
ikut cakap cikgu, insyaAllah berjaya.

wahahahhaha..

i did it!!! hehehe
remember this song, my doter suka sgt lagu neh..

Anonymous said...

baris last:
hanya Allah yang kekal lama......