16 December 2010

Cream Of Love

Lately aku sangat suka memasak. Tapi masak benda yang mak aku tak pandai buat. Kalau yang masakan melayu tu semua dia da conquer. So aku try la masak makanan bukan melayu. Kali ni aku try buat cream of mushroom soup. Objektif aku nak try buat mushroom soup ni ialah supaya aku takkan beli yang instant punya, yela dalam tu kan banyak preservatives serta bahan-bahan yang kita sendiri pun tak kenal apa bendanya tu. So dengan membuatnya sendiri bole kita adjust ikut selera kita, betul tak?

Korang nak resipi ke? Sape yang dah pandai buat tu, pejam mata jela yea. Ni resipi untuk beginners.

Cream Of Mushroom Soup (4-6 servings)

7 cup chicken stock (aku dilute 1 petak stok ayam je)
10 oz button mushrooms (aku beli kat cold storage satu paket RM10, semua sekali aku letak, potong kecik-kecik)
1 batang leeks (kat cold storage je aku jumpa leeks ni, RM2.50 untuk 2 batang, guna yang bahagian putih je. Sliced)
1/2 kotak heavy cream (mulanya aku tak tau heavy cream ni apa, tapi aku jumpa kat bahagian whipped cream. ada light, ada heavy. aku amik yang heavy le)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
serbuk black pepper (ikut suka nak pakai yang kasar atau halus, tapi aku guna yang halus)
7 sudu tepung gandum (for thickening)
7 sudu unsalted butter
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Cairkan semua butter dalam periuk (make sure periuk saiz sederhana sebab banyak nih)
2. Masukkan semua bawang merah, bawang putih,mushroom yang dah potong tadi dan leeks. Kacau-kacau sampai kering sikit.
3. Masukkan chicken stock, black pepper, heavy cream dan tepung gandum yang dah dicairkan tadi.
4. Pastikan api kecik, or else akan ada selapis lempeng kat bawah periuk tu (sebab itu yang berlaku kat aku, hehehehehe).Kacau.
5. Kalau nak sedap letak thyme, parsley, daun bawang. Tapi aku tak letak semua ni sebab dah terlupa beli.
6. Kepada yang rajin, bole masukkan semua bahan tadi tu dalam blender dan kisar halus. Tapi aku yang tak rajin, aku makan terus je. Pun bole jugak. Rasa dia sama je.

Senang je kan! Korang cuba la.

Maaf, kualiti gambar tak cantik sebab amik pakai bb je. Tapi rasanya sama macam dalam tin, kat piza hut pun kalah tau. Adakah gambar ini akan lebih cantik kalau aku blend mushroom tu?

11 comments:

Nieza Ishak said...

kalo dah ko buat sedap .. aku kena try la ni .... ;)

Yunus Badawi said...

W/p gambar tak berapa clear tapi masih nampak sedap. Lain kali buatlah lebih sikit. Boleh saya jadi tukang test hehehe

kak long said...

wah..! nanti kalau kaklong gi umah syida boleh la ngasa erk..?

shaza said...

banyak jugak bahan2 die ek?? aku selalu beli yang peket jer..(orang malas).. hehe

Ya ALiya said...

sedapnyer....blend mushroom tu lagi cantik kot.....

Elyn Sani said...

ok2 aku dh copy resepi ko ni. nnt nk buat la weekend ni!! kalau la aku rajin hihi tq

~ana~ said...

erm..sedap nih...nnti buat lebih sikit bleh?hntr kat ofis ni skit. akak xyah la lalu duke, lalu jln tun razak sekali sekala xpe kan....heh2x..

ejaMaria said...

wah...suda masuk resepi blog ini... ;p

MiaSaidin said...

apasal mcm cendol je. hehehe...
gurau jer.

Unknown said...

nampak pun sodap... byk lah pulak brg kena request ni... ntah bila lah leh tertunai ni....

MasZuber said...

mahu cuba besokkkkk.....