21 December 2010

Sesi Melayan Diri Sendiri

Sebenarnya sekarang ni aku tengah berpantang. Bukanlah disebabkan penyakit kronik atau yang seumpama dengannya, dont worry. Cuma aku ni pantang makan kalau jumpa, bole gitu? Hehehheee.........Sejak lepas raya hari tu aku telah berjaya menaikkan berat badan dari 37kg ke 41kg (ni aku timbang minggu lepas). 4kg ni satu pencapaian yang amat tinggi untuk aku. Bukan senang nak naikkan berat badan (untuk aku) dan turunkan berat badan (applicable untuk orang yang tak sekurus aku).

Seterusnya, dalam usaha untuk menaikkan berat badan, aku mengadakan lawatan berkala ke kedai sushi. Paling tidak 2 bulan sekali, depends. My fave is Chuka Kurage (seasoned jellyfish) and edamame. Setelah aku membuat beberapa research, aku membuat kesimpulan bahawa aku bole makan chuka kurage tu tapi tak bole terlalu kerap. 2-3 bulan sekali tu bole la, setakat nak melepaskan keinginan serta nafsuku yang sukar dibendung ni.

Chuka Kurage and Hot Green Tea je? Bole gemuk ke makan macam ni?



Harus ditambah dengan yang lain juga.


Eleh, setakat makan macam ni mesti korang tak caye aku bole gemuk kan? Aku pun tak caya jugak. Ahahaha..... Tapi inilah masanya aku melayan diri sorang-sorang makan sushi sebab asben and Aqid tak suka makan. Setakat bole memuaskan nafsu serakah dengan 3 pinggan tu, aku balik la. Atleast takde la menjadi igauanku untuk makan sushi selalu =)

Apakah sushi kegemaran anda?

15 comments:

Huda said...

huda sushi ni bukan x gemar ikut mood gak..masa studi dulu ade ikut kawan2 p makan sushi king tp pilih yg x pedas sgtla :)

kak long said...

tak pernah makan sushi...!
belanja kaklong boleh?

A D I A said...

meh la i kasi lemak i skit. sploh hengget 100 gram ok? awal2 ni manaleh makan sushi babe, mende mentah.

~Nieza Journey~ said...

meh ajar aku makan sushi yang sedap2 selain yg basic ... tp aku nak kuruskan badan ... ;) ko rajin buat research ....

shaza said...

aku memang tak boleh makan sushi..

p/s- makan sushi pun boleh gemuk ke?? mesti ko ade makan benda lain ni..

Salmia said...

tekak orang kampung ni tak leh masuk sushi daa..

ejaMaria said...

sushi... akak dah gemuk pun... tak makan pun gemuk jugak...

SyidaGorjes said...

@huda:yg pedas tu wasabi dia, kalau letak lebih memang le pedas.

@kaklong:bole je kak!meh turun kl.

@adia:i terlalu teringin.tak bole dibendung lagi.

@nieza: aku tak pasti sushi bole gemuk.ada ko tgk org jepun gemok?macam takde je.

@shaza: aku makan nasi macam manusia biasa juga.

@salmia:tak try, tak tau lagi.

@ejamaria:gulp!

mama_umar_maryam said...

samelah weh..aku sorg je layan sushi nih, yg lain2 pandang pon xmo

chugie said...

sy suka jugak sushi, tp layan yang vege and tuna je lah.. lain2 kureng.

tp bagus lah akak gorjes ni tau, mcm2 makanan dh try. luasnye pengalaman tu ekekeke:D kalah sy ehehe

Drama Mama said...

i tak suka makan sushiiiii!!! hehehe. my first experience eating it back in 1997 spelled disaster!horror ok! till then, tak pernah try dah. haha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Ya ALya said...

g kedai shusi pun takpernah lagi....camana nak makan.....

~ana~ said...

pernah try sekali sushi ni..tu pun kwn yg duk paksa...ee...rs nak termuntah situ jugak tp sbb nak jg hati kwn...telan la jugak..hu3x..

ERMAYUM said...

i sukaaaaaaaaa sushiiiiiiii baru last khamis makan kat sakae friday ni ada date sushi lagi :)

SyidaGorjes said...

@zety:lain kali ajak aku skali.

@chugie:pengalaman hanya terhad kepada makanan jek.heheh

@dramamama:maybe u try yg tak sedap punya?

@Ya Alya: kat sana cnfirmed takde.kena turun klang la kalau nak makan.jauh tuuuuuu.

@ana:beginners kena makan yg masak.

@ermayum:tiap2 minggu makan sushi?sgt jeles okaaaay.tp kat rakuzen takde chuka kurage.hampa.