19 January 2011

Nasi Ambeng Tg Karang

Semalam aku kena/terpaksa ke Pejabat Daerah Sabak Bernam. Bila aku menggoogle lokasinya, ianya terletak 150km dari opis aku. Pada time keadaan aku yang cenggini 150km tu macam sayup je mata memandang. Maka, aku mengheret kelik kat opis ni untuk drive aku ke sana dengan menaiki kete dia (sangat tak aci,aku yg nak pegi dia yg kene drive). Actually untuk sampai ke Sabak Bernam tu kene lalu kat kampung aku dulu, so atleast aku bole la menjadi penunjuk arah kepada kelikku yang berasal dari Penang itu. Lupa nak cakap, kampung aku kat Tg Karang.

Korang ada tengok JJCM 2-3minggu lepas tak? Ala yang Serina pegi makan area Nasi Ambeng, Mee Udang etc tu. Actually itulah punca yang menyebabkan aku nak sangat makan nasi ambeng. Nasib baik la aku memang ada keje kat Sabak tu, kalau tidak, mesti ku heret laki aku datang makan kat sini saje-saje.

Ada cerita nasi ambeng ni sebenarnya, dulu masa kecik aku dok dengan embah (atuk+nenek) kat kampung. Setiap kali embah pegi kenduri, kami akan bersengkang mata tunggu dia bawak balik berkat (read:nasi ambeng). Pastu tuang dalam dulang, gaul-gaul dan makan. Sangat best okeh. Tapi sekarang embah dah tak sihat, dia takkan pegi kenduri pun. So kalau nak makan nasi ambeng ni kena la beli sendiri yea.


Inilah rupa paras nasi ambeng tu. Tak thrill sangat makan dalam pinggan ni. Kalau masa kenduri kita makan dalam dulang, baru best! Kelik aku yang baru 1st time makan nasi ambeng tu sangat teruja. Tapi dia mintak kuah, nasib baik makcik tu ada jual nasi campur sekali, bole la dia ceduk kuah yang ada kat situ. Untuk menambah keterujaan, aku telah tapau 3 bungkus nasi ni untuk makan malam. Makan kat umah baru bole tuang dalam dulang.


Inilah Warung Ibu yang terletak di Batu 10, Tg Karang. Kat sini ada homestay juga, tapi tak pernah la aku try sebab kampung aku pun kat sini kan. Kazen aku cakap kalau bulan puasa makcik ni ada bukak gerai somewhere kat USJ. Nasi tu makcik ni masak kat Tg Karang dan akan dijual di gerai tu untuk mengekalkan keaslian serta kejawaannya.

Aku sangat obses dengan nasi ambeng ni, tapi aku tak akan makan selain yang dibuat oleh makcik ni atau kenduri dikampungku sahaja. Yang jual kat KL ni mcm kureng jek. Korang dah try nasi ambeng ni? Suka tak?

25 comments:

~ana~ said...

x pernah try pun nasi ambeng ni..selalu tgk je..nmpak mcm sedap...akak gorjes bleh tlg masak kan utk saya?hah3x...

kat kl ni kat mn ada jual nasi ambeng ni kak?

Huda said...

sedap nasi amben ni makan panas2..dengn lauk yg pelbagai kan..orang jawa je tahu..mak huda kire ada darah jawa maka dia pun tahu wat lauk pauk nasi ambeng ni :)

A N A K - A N A K K U said...

erm....ari tue baru parents bwk lek ns ambeng nie, coz g kenduri org jawa,tp d sebabkan x pndai mkn, tgk jer mr hub mkn....heheheheh sedap erk

Mama Hanim said...

kt kedah ni xde jual lah nasi ambeng.. nasi gulai kawah ada la..huhu..

AiTotYati said...

Ai org sabak bernam. hehehe

nasi ambeng mmg best. sejak embah2 dah tua takde sape yg nak buat. so semua tu tinggal dlm lipatan sejarah je.

iso ngomong jowo?

kakngah said...

first time aku mkn ns ambeng thn 96 kot. ikut member blk kampung dia..

DrSinga said...

woih!!
terbaik ni beb!!
saya pernah singgah!!

ejaMaria said...

tak cukup geng dia tu... ikan kering bulu ayam takde... :(

ayam kicap dia tu klu ade kuah pekat meleleh dia... fuhhh... makan dalam dulang siap alas daun pisang... sedap nyerrrr....

kak long said...

memang nasi ambeng yg dijual dipasar malam@bazar ramadan..memang jauh bezanya!

chugie said...

pernah tengok dan jumpa je nasi ni, tapi x pernah pun rasa..

kakyong said...

nasi ambeng ni susah nak dpt kat Perak ni.. ari tu ade request bibik (mak sedara suami) buatkan.. tapi ntah bila lah....

jiran kakyong indon.. penah juga dia buat & bg kami sepinggan.. tp kureng la... hahhaaa..

Nieza Ishak said...

wahhhhhhhh ini pun salah satu fav aku gak ..

baru2 ni aku ajak juzey layan nasi ambang .. dia takmohhhh sbb jauh .. takpe la .. nanti aku pregnant siapppp la .. hari2 aku menyanyi nak makan nasi ambanng kat sini ... ;)

mak aku pun rekemen sbb dia pun selalu makan.

kswsk said...

umah aku pun 150km gak...kau kena gagahkan diri nak dtg kenduri aku nnti..

Yunus Badawi said...

Ada projek apa pulak kat Sabak ni? Pandai aje dato' cari lubang.

Yunus Badawi said...

Nasi ambeng kalau nak sedap kena campur2 dan serunding kena banyak.

Nasi ambeng makcik kat kampung awak tu kalau makan seorg mmg tak habis. Banyak ooo

A D I A said...

tak pernah makan nasi ambeng ni, i tak brapa adventurous makan2 ni tapi tgk pic u tu macam sedap je. kat mana ada kat kl ni? nak kena gi tg karang tu jauh sgttt

Elyn said...

owh kat sana ade ek? aku tak pernah try so aku nak pesan kat cousin aku la kalau di blk sana....

mama_umar_maryam said...

aku ni name je cucu jawa,tp xpenah pon mkn nasik ambang,sekian,maceh

Elly & Emmy said...

tak pernah jumpa nasi ambeng nii..jadik tak berpeluang merasa..

rozana said...

syida..
dulu time aku sklh seta.
kt pantaI Lido tu ada jual nasi ambang..ko try la..dkt bwh sklh EC tu..sedap tau!! tp yg lg sdp time org jawa buat time kenduri bulan syaaban..ko jawa x?

shaza said...

aku tak pernah makan nasi ambang.. kalau makan dalam dulang tu pernah la.. mase sekolah buat sembahyang hajat untuk spm dulu pakat makan ramai2 dalam dulang.. tapi tu bukan nasi ambang.. itu mungkin nak jimatkan penggunaan pinggan mangkuk..

aku perasan entri ko kali ni panjang pulak ceritanya.. selalunya 3,4 kerat jer.. adakah ini di sebabkan pembawakkan??

Izan Ishak said...

syida, kg kat tg karang ke? wah....izan dah lama sangat tak makan nasi ambeng ni. mmg tradidi org jawa pun. dulu2 kalau kat umah buat kenduri mmg makan nasi ambeng lah jawabnya.

Ya ALya said...

nasi ambeng ni ya kurang minat nak makan...kedai tu ya dah g,tapi ya mesti makan soto je......

SyidaGorjes said...

@ana:tak pasti ada jual kat kl ni.tapi nak srh akak masak......tak mungkin sesedap yg nih.

@huda: mak+bapak akak org jawa,tp mak akak tak pernah buat pun =P

@kay:tak pandai makan?itu yg kene try!

@mamahanim:posibility org jawa ada kat kedah amat nipis.tgk gmba je la yea...

@aitotyati:tak bole cakap jawa,tp faham je.

@kakngah:sila apdet diri anda.hahahaha

@nieza: nak tunggu peknen baru dapat makan?hazabaijan jugak tu.

@wa: noted.da tak leh skip la ni ek?

@yb:i pegi amik gamba land opis dia je

@yb lagi:kalau bungkus punya bole makan 3 org.kampung awak=kampung isteri saya.hehehe

@adia: bulan puasa ada jual kat usj.tapi kena tunggu bulan 7 nanti la.

@elyn: cnfm ada di tg karang!

@zeti: sila nikmati kejawaan yang ada dibumi bertuah ini =)

@eida: dtg la ke tg karang.

@rozana:ya.aku jawa.

@shaza: takde makna pembawakan entry aku jadi panjang.ikut mood jek.

@izan:aah, kat parit 3.

@ya: adakah ya tidak jawa?
@drS:memang terbaeeeeek!

Ermayum said...

panggil nasi jowo makan satu dulang masa kenduri show that we semua sedara lebih mesra gitu