26 January 2011

Serai & Whisk @ Empire

Kali ni terasa nak makan yang ringan. Kunun-kunun ringan sebab meeting dengan orang gomen mesti ada makan. Adakah itu salah satu faktor orang gomen 'membesar'? Sape bole jawab? Heheheheeee.... Tapi aku yang meeting dengan diorang almost everyday pun tak membesar sangat.


This time around kami try makan kat Serai. Kalau tak silap, kat Pavillion pun ada jugak. Nama komersil: Air bandung, tapi bila diorang buat bertingkat-tingkat macam ni, cantik la pulak.


Kami makan 2 orang je. Yang ni client punya. nama dia aku dah lupa (as usual), tapi macam cantonese kuewtiow tapi ada bihun goreng selapisan dibawahnya.


Aku kan nak makan yang ringan, aku order la bege ni. Beef patty yang agak tebal membuatkan diriku kenyang. Kat sini ada pavlova. Apa rasa dia aku pun tak pasti, kalau nak order pun macam tak abis sebab sangat tebal untuk kami makan 2 orang. Niza,kat sini ke yang ko cakap pavlova sedap?


Aku rasa semua orang dah rasa macaroons. Aku je belum. Eh, tapi client aku juga belum. So, kami ke Whisk depan Serai ni untuk survey macaroons. Actually kat Serai pun ada, cuma tak de banyak choice.


Kat Whisk kami beli 10 biji untuk dibahagi dua. Murah la jugak 10biji untuk RM18. Ada tempat lain yang lagi murah ke? Tatkala itu macam terasa nak makan red velvet pulak. Tapi bila memikirkan perut kami yang dah sendat, lain kali je la yeaaa....

17 comments:

Elyn said...

bile ko nak banje aku ni?? hihi

So Shy Lady said...

wah meriahnye syida

akak t. pnh lg la mrasa sume tu except sirap bandung heheh

Nieza Ishak said...

yurp kat serai ..

aku tak try lagik macarooon
aku tak try lagik red valvet ..

adakah itu tanda2 yang aku betul2 kontrol makan ???? ngeh ngeh ngeh

~ana~ said...

apa rs macaroons tu kak?saya ni org kg..x pernah rs lg mknan mcm tu..ni pun 1st time dgr..hah3x..

DrSinga said...

buntang mata ku nengok itu macaroons!!
sedap tak?
sedap tak?
sedap tak?!!!

chugie said...

amboi.. menu akak tu cam x berapa nak ringan je.. berat jugak tu :P

macaroons?? sedap ke?

kak long said...

makan2...! selagi boleh!
besok dalam pantang...kena la berpantang lelok!

ejaMaria said...

org gomen bukan gemuk sbb slalu makan time meeting la... tapi kat opis slalu buat makan-makan... ;p

rezeki tu... ;p

mama_umar_maryam said...

pensan tgk mknn makyong,lagi2 bege patty

shaza said...

heran.. nape meeting dgn orang gomen kena pegi makan kat tempat yang sedap2??

Drama Mama said...

huwaaaaaaaaa....teringin nak makan macaroons jugak! awak kat penang takdak????

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Salmia said...

client ke member tu.. hahaha
siap boleh bahagi2 macaroons lg. hehe

SyidaGorjes said...

@elyn: aku da jwb kat twiter.

@so shy lady:cantonese ktiow and bege tu bole jumpa kat warung je.macaroon tu orang cakap kat delicious lagi sedap.

@nieza: nti one fine day kita g makan RV dgn macaroon kat sini.nak tak?

@ana: dia lembut dan manis.sekali telan abis 2hengget.

@drS:tak sesedap mana.biasa je.atau tekak aku yang lain macam?

@chugie: sila rujuk jawapan diatas.

@kaklong: bab pantang kita mmg strict kak.dont worry.mengadap belut goreng je hari2.

@ejamaria:haruskah pekerja swasta kurus?hehehehehe

@zety: cuba bayangkan crabby patty dlm spongebob tu.macam lagi tebal jek.

@shaza:opis gomen tu depan empire ni,so aku mengentertain mereka dengan pegi makankat tempat sedap2.

@dramamama:takde?tunggu serai buka branch kat sana okey.

@salmia:dah macam member.

Mama Hanim said...

perhh.. mebelesssss..

SyidaGorjes said...

@mamahanim: kat sana ada tak?

Ermayum said...

murah ye cinonet rm18 hehe nasib i tak suka manisssssssss

A D I A said...

kebetulan i baru balik dari serai, n singgah whisk beli macaroons gak. i suka macaroons tapi yg coklat je la. flavourt lain tak sedap. kat serai i makan spagetti aglio olio. mmg sedap. sate situ pun sedappp.