28 February 2011

Hasil Rampasan

Semalam aku and asben pergi ke warehouse sale yang kat dewan AU2 tu. Kami pergi ke sana time Aqid tido. Pkl 1pm matahari terpacak kat atas kepala kami telah bergegas keluar. Hihihiiiii.....Takmo bawa Aqid punya pasal. Bukannya apa, takut mommy dia takleh nak concentrate bila shopping.

Actually semalam is the last day for Anakku sale tu. Objektif kami datang sebab nak beli barang baby sebab most of it macam dah tak bape nak ada sebab aku dah bagi kat adik aku dulu. Item yang perlu dibeli ialah set tilam dan baju je. Tilam memang confirmed kena beli sebab Aqid still guna tilam kecik tu walaupun kaki dia dah terjulur keluar. Apa nak buat, dah itu tilam fevret dia. Terpaksa belikan yang baru untuk adik dia. Daripada berebut, sape nak jawab dikemudian hari nanti? Acik jugak tau.


Inilah hasil rampasan kami kat warehouse sale tu. Memang tepat dengan objektif kami cuma terlebih sebab beli baby wipes tu. Murah sangat! Kebanyakan baju RM10 je. Tu yang beli banyak. So,kepada encik/cik baby baru, Mommy dah belikan baju kamu sampai 18bulan yea. Lepas ni tak payah shopping lagi, kecuali nak beli baju raya sahaja (macam tak percaya je kat statement ni).

Moral of the story, aku rasa preparation untuk 2nd baby ni macam sama je dengan 1st baby. Orang cakap boleh save banyak, tapi aku tak rasa macam tu pun. Yang pasti aku akan cuba untuk mengamalkan konsep wasatiah sebab masa Aqid dulu kami berbelanja dengan sesuka hati je sampai stok baju yang kami beli hingga dia umur 2 tahun (padahal masa tu dia belum lahir pun).

Anda bagaimana?

23 comments:

A N A K - A N A K K U said...

hehehe tol ker xkan shopping lagi...hehehe mesti tidakkan....erm bestnyer dpt shopping brg baby, mesti rase nak beli memacamkan, wlpn amalkan konsep sederhana..tp ishh kene beli gak nie...hahahaah

kakngah said...

aku??
bj adam pun masih ada.. adeeb pakai & skrg adief pakai gak..
ank laki sume kan.. senang la..

shaza said...

baju baby banyak kaler biru.. baby boy kah??

Nieza Ishak said...

baby boy jugak ek???
tahniahhhhhhhhh weii ..

anak2 aku pun baju turun temurun ...

~ana~ said...

baby boy erk ka...bj biru je bnyk nampak nya..heh3x...

bj aqil mmg kebanyak kan nya turun temurun d ajmal...:)

Izan Ishak said...

izan pun dulu2 camtu, excited masa anak sulung kan. semua nak beli. tiba kedua n twins...belian secara berhemah saje~

Ladysirna said...

masuk no 2, semua cut down...
semua 2nd hand..
takda meriah sgt...
selongkar alamari, cari baju lama...eh, boleh pakai lagik..huhu

so, sapa jadi anak no 1 harusla rasa bertuahkan..

Elyn said...

hambai sampai 18 bln dh ade baju?? wafiq dulu aku tak sempat shopping. baju 10 helai je. seb baik dlm pantang mak aku yg pi shopping kan!!

CuppyCakeMommy said...

banyak nya hasil rampasan..heheh

btw..theres educational toys for ian at my blog..do cekidout it ok

ddlea said...

wei...org2 tua cakap baby jangan kasik kaler kuning kat sekeliling dia. nie untuk elak baby kena sakit kuning... no baju, tilam, langsir, selimut atau apa saja kuning...

orang cakap... aku tolong sampaikan jer...muehehehe

Elly & Emmy said...

sy dr anak pertama sampai twin.. beli ala kadar jer.. kalau beli byk baju takut tak sempat pakai pulaa.. sebab diorg ni cepat membesar.. tapi tu laa.. barang2 bb ni semuanya comel2 belaka.. geram tgk..

Huda said...

hehehe..esok huda post enry soping2 kat jusco :)

kak long said...

komen ku seperti shaza...:D

en_me said...

ganassnyerr merampas tewww.. ehehe

Daddy Ziyyad said...

My wife dah 26 weeks. Tak rakus sgt shopping barang baby, sebab our 1st child si Ziyyad baru 2 tahun 4 bulan. SO most of his gadgets bleh diperturunkan, ie car seat, walker, baby cot, stroller, baby carrier, sterelizer..just beli sikit2 aja baju baru...

MasZuber said...

amboih,
excited pule saya tgk. x sabar nak beli utk diri sendiri.

apakah?

ummiross said...

Seronokknya nak tunggu kedatangan orang baru...

Drama Mama said...

aisehhh! sakan hang shopping naaa! hehe

http://twinykwinkystars.blogspot.com

DrSinga said...

saya dah paham maksud 'wasatiah ' berpandukan entry ini.
.
.
saya akan coba berwasatiah selepas ini..

SyidaGorjes said...

@kay: diri sendiri pun tak yakin dengan statement tu .hehehe

@kakngah: aku rasa lepas ni nak letak nama anak aku kat baju supaya baju tak hilang.

@shaza: kaler yg aku beli adalah neutral.sbb gender tak dpt dipastikan lagi.

@nieza: tak tau lagi la.

@izan: tengah cuba untuk berhemah

@ladisirna: kita first!tapi masa baby mana ada perasaan bertuah.hihi

@elyn: aku mmg over bab-bab shoping ni.ooops!wasatiah!

@cupcakemommy:ni masuk kategori sikit.kalau amik gamba masa anak 1st dulu, pengsan.

@dulia: kaler krim la tu.bukan kuning.

@eida: disebabkan geram sbb tu beli

@huda: soping sakan juga yea....

@kaklong: tak aci

@en_me: grrrrrr.....ganaz

@daddyziyyad:baby gear mmg tak beli.baju banyak dah takde.

@mas:beli untuk diri sendiri?

@ummiross: sgt excited!

@dramamama:sekali sekala

@DrS:pastikan konsep itu disemai dalam jiwa.hahahahah

kakyong said...

masa anak 1st memang byk mbeli.. tp lepas 2nd & 3rd, guna jer apa yg ade.. cuma sebelm baby baru lahir, beli la 2-3 helai baju baru utk dia, takkan nak pakai yg lama jer.. basically, sampai skrg ni tak pernah buang baru anak2 masa baby.. nak bg kat org pun segan, sbb dah lusuh, yerlah 3 org guna kan...

A D I A said...

amboi semngat. berapa bulan dah u ni? cuba buat dailypath tu skit hehehe. i dulu as u know i byk duk spital kan, takde la shopping sakan. takpe lepas ni i tekad nak shopping.

ewah cam nak pregnant balik pulak. no no no ye. tunggu dulu.

Salmia said...

nmpak gaya mcm beby boy :)