25 February 2011

Jom Makan

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya tak nak hangin-hangin, marah-marah. Tak baik untuk baby saya juga. Oleh itu, saya nak bercerita yang baik-baik sahaja. Tak nak merungut sebab ia bole mendatangkan kesan negatif kepada diri saya.

Dalam entry ni saya baru je cakap yang saya berpuasa sebulan daripada pergi ke fancy restaurant. Tapi keesokan harinya lepas saya check up, terus saya bergumbira sakan sampai terpergi ke sana. Saya seorang insan yang lemah. Maafkan saya.

Restoren tu takde la fancy sangat, biasa je. Saya pergi ke Ole-Ole Bali di Empire. Alaa.... yang depan opis gomen tu. Saya datang dengan orang gomen juga la. Mereka kan client saya. Jom tengok saya dan mereka makan apa?

Avocado Yogurt. Rasa dia macam alpokat kot.


Hazelnut Frodo. Ini saya punya. Sangat sedap tau! Mesti anda cuba.


Ini pun saya punya. Gado-gado. Saya takmo makan banyak, nanti gemuk.


Cumi-cumi salad. Inipun sedap.


Yang ni tak ingat nama dia apa. Tapi satay serai tu saya sangat suka. Saya makan satu je.

Oh, saya lupa nak beritahu. Saya baru mencapai berat badan ideal saya iaitu 46kg! Sepatutnya ini berat semasa saya tidak preggy yea...

14 comments:

Huda said...

sedapnye..nyum3..tahniah kak dpt dh berat badan ideal!

A N A K - A N A K K U said...

adsuh sedapnyer....buatkan org y membaca terliur, sate serai 1st time dgr...huhhuhu

shaza said...

itu ke rupenye gado-gado.. kini baruku tahu..

kakngah said...

client ko perasan tka ko amik gambar..
atau ko mintak izin amik gambar dulu sblm mkn.. :P

kak long said...

kau ni selera indon gak eh?
tapi klu dah preggy tu nk makan apa makan la janji halal kan?

~ana~ said...

sedap nmpak satay serai tu...


eh..minggu lepas dpt x kuih telinga k***ing tuh?

ddlea said...

uish....kelihatan sangatlah shedapppp... adakah ole-ole bali sama cam bumbu bali kat puchong tu. lebey kurang jer makanannya...

ibu_Arifa said...

sedapnyer...napelah jauh sgt kedai2 tu... nak pergi jgk!!!!!

Daddy Ziyyad said...

u are 46kg, and u are pregnant?

-compare to Madam Kwans, mana mahal & berbaloi?

ejaMaria said...

dap nye... meleleh pulak air liur aku... ;p

kakyong said...

adeiih, menggoda air liur sungguh..

mama_umar_maryam said...

sumer nmpk delices!

DrSinga said...

ala...
ko tu..
beranak nanti.. kempissss balik !!

SyidaGorjes said...

@huda: time ni je dpt berat badan ideal.

@kay: pegi la cuba.sedap tau

@shaza: itu yg dia tulis kat menu

@kakngah: dia tak heran aku amik gambar sbb da tau aku saorang blogger

@kaklong: ni selera client.kita ikut je

@ana:dpt!tapi bukan zawawi yg belikan.

@dulia: aku rasa makanan dia sama je sbb konsepnya pun sama.

@min:lain kali kalau dtg kl sila beritahu yeaaaa

@daddyziyyad:before preggy i cuma 37kg shj.nak cmpare dgn mdm kwan tak bole la sbb konsepnya lain.

@ejamaria: sila sedut air liur itu ahahahaha

@kakyong: makanan mmg menggoda kan kak!

@zety:tak bole nak abiskan semua

@DrS:ya!itulah statement yg ku cari....