16 March 2011

Kuman

Since kegatalan tekak aku ni tak baik-baik, maka satu rumah telah diistiharkan NO ICE CREAM sampailah mommy dah ok. Dengan demikian, Aqid pun kena 'berpuasa' ice cream. Rasanya dah dekat 6-7 minggu Aqid tak merasa ice cream. Rasa kesian kat dia pun ada jugak.

Tapi,

Entah macam mana disuatu hujung minggu yang hening, Papa dia telah membelikan ice cream. Bila masuk pintu umah, muka tersengih-sengih macam kiut dia berkata, "Mommy, eskem!". Mengalahkan orang kena loteri!

"Mommy lepas ni Aqid nak pegi Dr Mariam"

"Nape pulak? Aqid demam ke?"

"Tak la"

"Habis tu?"

"Dr Mariam cakap makan eskem ada kuman, lepas makan Aqid nak pegi jumpa dia la"

Apakah?

Papa sentiasa memastikan kebersihan terjamin sewaktu makan. Surat khabar 2 keping+bekas tahan air eskem+ tuala (tiada dalam gambar)

Ni baru first time Aqid makan ice cream yang ada batang macam ni. Strict sangat ke aku ni? Heheehehe.....


p/s: Dr Mariam bukan jenama pembasmi kuman, beliau Dr kegemaran Aqid. Kalau jumpa siap peluk-peluk, main-main torchlite+stetoskop+batang eskem yang lebar tu. Tu belum part nak baring kat working table beliau.

14 comments:

bujal X said...

eh aiskrim tu ubat sakit tekak tahu!

Elyn said...

umah aku pun di haram kan aiskrem masuk huhuhu.....

~ana~ said...

saya pun jarang beli aiskrim batang mcm ni...baik beli yg dlm bekas tu..senang...

Suhana Shahril said...

Ana kalau anak2 sakit tekak..aiskrim tu lah ubatnya..tp bukan beli yg batang, sbb itu mcm ais batu. Bli yg dlm bekas/kotak mcm walls ke, nestle ke..Ais batu/ais ketul yg xle mkn ketika batuk

Huda said...

huda kalau sakit tekak la makan ais krim :) bukan makan banyak2, just bg sejukkan tekak..insyaAllah lepas tu baik :)

kak long said...

masa kaklong duk hospital jaga haziq masa baby dulu,seminggu 3x hospital akan bg kanak2 makan eskem...ok jer!
bukan faktor eskem la...!

Lagenda said...

eskrem ada kuman??

Sengaja makan eskrem kuman utk jumpa dr mariam??

Hahahaha..ada kuman sisebalik eskrem nih!

Daddy Ziyyad said...

Sakit tekak, even tonsilitis, makan ice cream vanilla ialah penawar yang terbaik, kamu tahu? Cuba lah. Tapi hanya vanilla.

working mom... said...

kat rumah akak mmg sentiasa ada stok eskrem vanilla sbb anak akak mmg suke vanilla flavour jerrr....eskrem btg mcm aqid makan tu akak wat sendiri jer...ader jual kat kedai acuan dia...

DrSinga said...

bila Aqid nak jumpa Antie Singa pulak!?

A D I A said...

selalu ke jumpa dr mariam si aqid ni. mesra ye. ke mak sedara aqid?

Ladysirna said...

dr mariam ni sure suka bagi vitamin kat aqid kan?

Ermayum said...

my boy pun makan bertadah cam tu but without the surat khabar and towel :)

SyidaGorjes said...

@bujal X:yeke?macam tak caye je.

@elyn:ko pun?

@ana:yg dlm bekas tu senang nak manage kan?

@suhana:kena beli ikut jenama dia la kan?

@huda:nak kena cuba ni..

@kaklong:yg batuk mommy dia,bukan aqid.

@lagenda:panjang akal budak ni kan?

@daddyziyyad:vanilla sahaja?i akan cuba!

@workingmom:dulu pernah la buat stok, tapi last2 dia keras mcm batu tanpa dimakan.

@drS:klinik famili, jln klang lama tu out of coverage la antie.

@adia:dia doktor panel i.dia bole ckp urdu serta berhidung mancung, cnfirmed la bukan sedara.

@ladysirna:tak, dia suka bagi bintang bentuk dgn kertas tu.

@ermayum:ni papa dia punya idea..hihi