18 April 2011

7 Random Things



Here are rules to abide accepting this award:

1. Post linking back to the person that gave you the award - Thank you Zety
2. Share 7 random things about yourself :

i.saya petite - normal weight 37kg dan 153cm height. kadang-kadang saya perasan macam Eva Longoria sebab dia pun petite juga. Sila jangan muntah. Sebab itu adalah lebih baik kerana jika saya cakap saya petite ala-ala Kim Kardashian, mesti ada yang muntah pelangi.

ii.saya tak pandai masak - hanya memasak jika ada resipi. saya memang kurang yakin kalau nak masak campak-campak je. Tapi selalunya saya tak masak pun, kecuali kalau mak takde. Tapi kalau mak takde, selalunya kami beli di kedai je. Tapi bila pula saya masak? Bila Papa suruh masak megi dengan sadin. Hehehehe

iii.saya bukan kaki shopping - ini adalah statement yang agak menipu. Hahahaha. Ok la, saya sekarang dalam proses mengurangkan shopping tau. Ianya termaktub dalam azam tahun ini. Kalau terlebur sikit-sikit tu harap maap je la ye.

iv.saya orang KL - lahir di KL, pernah sekolah tadika kat Jalan Gurney dan pakai baju gaun pendek giler kaler pink sampai nampak montot. Pastu sekolah rendah kat Keramat yang depan pasar tu, Pastu pindah sekolah kat Sri Skudai. Pastu pindah ke Sek Men Bdr Baru Bangi. Pastu pindah ke Sek Men Lembah Keramat.

v.saya tak pandai melukis - kalau lukis guna ruler saya bole, tapi free hand tak bole. Walaupun tulisan saya tak seburuk doktor, tapi saya memang tak pandai melukis macam Zety

vi.saya suka drive kete laju - masa pakai gti dulu saya bole drive sehingga 170km/j. Korang pernah buat tak? Nasib baik masa tu takde abang polis. Sekarang pun saya suka drive laju jugak. Dari opis kat Kelana Jaya sampai KLCC saya drive 30min je. Dari tol Duta sampai tol DUKE menghala ke Ampang tu saya drive 4min. Saya sedang memperbaiki rekod di DUKE untuk buat 3min je. Kalau bole. Masa preggy ni lagi saya suka drive laju sebab nak sampai umah cepat - nak baring.=)

vii.eh, dah last la.saya suka makan - rasanya yang ni sume tau kot. since review makan-makan memang banyak kat blog ni. saya makan dimana saja, dari tempat murah hingga ke mahal.oleh itu kamu jangan cakap saya hanya makan di tempat mahal tau. sebab kalau pegi tempat mahal tu saya bawa client saya.

Saya agak malas nak tag sesiapa.

17 comments:

Mama Hanim said...

170km/h? perhhh.. kena tabik spring tu..bukan calang2 superwoman bleh drive cmtu..

~ana~ said...

erk..x pernah nmpak la akak review kedai mkn murah..hah3x...

kita x buat pun lg tag ni..zety pun ada tag kita..hu3x..

kak long said...

bagus kau tag sesape...!

Nigina said...

170 fuyoooo manyak terror... kecik kecik cili api..

bujal X said...

petitenya~rasa nak lambung2 je~haha~~

ummiross said...

Hihii ummi masa muda2 lebihkurang Syida jugak, berat 35-37 kg, bila nak ambik insuran siap suruh buat pemeriksaan kesihatan dulu,dia orang takut ummi ada penyakit, tp sampai sekarang, alhamdulillah sihat lagi.

Salmia said...

haip, jangan lelaju.. :)

kak, dah scan ke baby laki ke pompuan eh?

Daddy Ziyyad said...

jangan bawa laju laju masa ngandung! :P

sangat petite kalau you 37kg! underweight tu..

Huda said...

wow! suka bawak kete laju2 tu yg takut :)

mama_umar_maryam said...

heheh,penah skolah kt bdr baru bangi ke weh? hehehe,
dulu2 time darah muda menyirap mmgle aku suke bwk kete laju2,tp skg dah insapp ;p

tq sudi buat ;)

Salmia said...

owh.. terlepas entri sblum nih.. hehehe

SyidaGorjes said...

@mamahanim: masa tu darah muda.

@ana:masa pegi kedai murah lupa bawak camera.

@kaklong: hatiku suci kak

@nigina:=)

@bujal:saya tak nafikan awak bole lambung saya.

@ummiross: asalkan sihat pun dah ok kan?

@salmia:tak bole ckp, rahsia.

@daddyziyyad: saya memang underweight

@huda: masa muda je

@zety:keinsapan tu tak dtg sepenuhnya lagi kat aku.hahaha

transformed housewife said...

laju tu Syida bawak kereta. Knur takut sikit bawak kereta laju2 tapi masa jd MINAH MOTOR (masa belajar kat UKM dulu), suka bawak motor laju2. Feel dia lain sikit. hehe

DrSinga said...

orang kecik memang suka bawak kereta laju-laju!!!
:)

kakyong said...

syida tinggi 10 cm dr kakyong.. hehhehe...

jeles dgn makcik yg kuat makan ni tp menten kecik jer... ;)

mary said...
This comment has been removed by the author.
A D I A said...

byk sama dgn i kecuali i tak petite, i tinggi n kurus cam katemoss. hahahahaha tipu je.

no. 2 tu sgt la sama, i selagi duk dgn my mum tu selagi tu la tak masak kot kecuali dia gi berholiday. tu pun berpandukan resipi.