07 April 2011

Bila Bunga Pun Tiada....

Masa Raya tahun lepas YB ada tunjuk kat aku tayar kereta dia yang dah takde bunga, licin habis. Sedangkan kereta aku tua setahun dengan kete dia tapi mileage yang lebih kurang sama time tu. Aku tak pasti kalau kete 4WD makan bunga tayar dengan lebih kerap berbanding kete sedan. Tapi setahu aku, cara pemanduan YB memang sangat cermat. Aku sendiri pun malu tau.

Tu cite tahun lepas.

Haritu aku dengan confident level yang menggunung pegi ke kedai tayar untuk buat aligment. Aku memang independent kalau bab servis kete dan pegi kedai tayar ni. Dah terbiasa sejak dari bujang pegi buat sendiri tak payah nak harap Papa. Bila sampai kedai tu cine tu cakap condition tayar macam ni kalau buat aligment pun tak guna. Hello, aku punya tayar, aku punya suka la.


Sekali dia tunjuk, tayar aku bukan saje dah takde bunga tapi siap terkeluar dawai lagi. Mana aku tau sebab dawai tu belah dalam, kalau belah luar hofkoz la aku nampak. Malangnya tayar gudyer NCT 5 memang problem dia makan bunga kiri kanan tayar dan kesemua tayar aku sudah licin bunga luarnya. Cine tu tunjuk contoh tayar gudyer yang lain yang mengalami nasib yang sama.

Moral of the story, kena tukar kesemua tayar. Bila aku call Papa, dia siap suruh cari rim yang cantik-cantik. Tak kose aku. Pada aku, selagi kete aku bole bergerak dengan rim tu, buat apa nak tukar. Itu tak wasatiah namanya.


Since dah bertahun-tahun aku pegi tukar tayar kete sendiri, so aku tau serba sedikit yang aku bole share dengan korang. Nampak tak nombor kat tayar tu? 0211. Maksudnya tayar ni dibuat pada minggu ke 2 tahun 2011. Jangan beli tayar yang lama,kene check betul-betul. Tayar yang aku beli ni kira baru la sebab dibuat pada tahun ni. Tu da cukup bagus.

Mesti korang pelik nape laki aku tak datang sekali ke kedai ni kan? Sebab dia jaga Aqid kat umah yang sedang tidur. Aku pun bajet datang sekejap je. Bila sampai umah, Papa cakap aku pandai pilih tayar, bunga cantik bla,bla,bla....Tengok la orang, dah bape lama aku buat keje ni. Heheheheheeee....

Sekian sahaja kelas tayar kita hari ini.

17 comments:

kak long said...

cikgu,cikgu....sejak bila cikgu buka kelas tayar ni?

ejaMaria said...

huhu...

sib baik sempat gi bawak tukar lagi... tu baru terkeluar dawai... jgn buat sampai tayar tu terburai yek len kali... ;p

kakngah said...

menjak dah duk rmh ni, aku tak kesah perihal kereta lagi.. huhuhu!!!

~ana~ said...

kak, sport rim ada bengkok x?klau ada bengkok bkn boleh effect kat tyr gak ke?

bujal X said...

rajin2 check bungat tayar~~jangan sampai nampak dawai baru nak tukar~~

*abah saya pesan begitu.

Cheritera Kami said...

umang ai..mmg ganas ar kau smpai nmpak wayar2 dia tu...

MiaSaidin said...

ooo... tima kasih sbb buat kelas tayar ni..
baru tau pasal nombor2 tu.. :P
nnt share lagi tips2 pasal keta nih

Mama Hanim said...

rasanya sebulan sekali gi alignment balancing nih. maklum la kete jenis long distance, kedah-kelantan 1 trip pn dh 300km..huhu..

tayar botak poket pn nipis la..

mama_umar_maryam said...

alamak..kene cek nih..hehehe

gadisBunga™ said...

salam singgah...

drive laju ek? :D

Dr K said...

Sadis betul..sampai keluar dawai..:)

Yokohama ek?

Tayar yang misaligned pun penyumbang bunga cepat haus.

MasZuber said...

alamak, ckp pasal tanyar,

dah 4 tahun kereta saya tayar tak tukor..

Unknown said...

mcm kami selalu outstation mmg kene tukar tayar selalu :)

Syida said...

@kaklong:sharing is caring kan?

@ejamaria:ni baru 1st time kne kak.

@kakngah:layan sinetron je la.hahahaha

@ana:rim ok lg.tu yg akak takmo tuka.

@bujal:tapi dawai tu belah dalam, tak nampak.

@wa: aku mmg ganas!aummm!

@salmia:roberto msti lg pandai

@mamahanim:sebulan sekali?kekerapan yg tinggi.

@zety:mesti ko jenis stat kete trus jln je kan?

@gB:hehehehe.....biasa je

@daddyziyyad:i beli ikut kemampuan je.nak beli michelin tp xde jual la pulak.heheheh

@mas:4thn?mesti tyr tu dah keras.

Unknown said...

clap100X...

hebat!kagumnye ngan kau syida, kalau aku jgn harap, zero knowlegde pasal tayar

anyway, thanks for the info, tayarku pun dah lama tak tukar

ummiross said...

Waa kira terer jugak syida ek, berdikari jugak bab2 kereta ni, kalau ummi lemah sikit bab2 ni...

Ermayum said...

caya la syidah - i tak pernah beli tyr sendiri sport rim apa tah lagi ada orang rasa dia pilih lagi bagus hehehe

comel nya kek - memang jelas muka ben 10 hensom sayang nak makan :)