19 April 2011

BMI Tinggi / Obes?

Dari semalam aku tengok kat berita dok cite pasal obesiti dan BMI pelajar-pelajar sekolah kat Malaysia ni. Dah tinggi sangat ke peratusan pelajar yang obes sampai nak kena rekod kat buku laporan masing-masing? Kenapa perkara ni tak dibuat sejak dari dulu-dulu (masa zaman aku sekolah lagi)? I just dont get it atau aku je yang tak faham?

Kalau nak cite pasal makanan ringan dan air bergula yang dijual didalam atau diluar perkarangan sekolah, aku rasa senario ni dah lama berlaku. Since aku sekolah dulu pun dah ada jugak. Bukan hanya zaman sekarang. Cikedis,twistis semua tu ada jugak jual masa dulu kala. Kalau ada perubahan dalam ingredient dia, aku tak tau la. Tapi aku perasan tentang perubahan dari segi harga dan saiz. Tu je. And now diorang nak banned Nasi Lemak la pulak.

Persoalannya, nape pelajar dulu tak obes dan BMI mereka ok je? Meaning that takde la sampai kerajaan nak suruh stop jual-jual dan letak dalam buku laporan.

Dulu aku underweight, ada cikgu aku peduli? Just timbang berat and amik height, cikgu pun tulis. Takde pun dia nak kira BMI aku bagai. Yang penting kita sihat dan tiada penyakit kronik. Tapi aku juga pernah mencapai BMI yang ideal masa Form 5 sahaja pastu masuk U dah turun balik. Stress agaknya.

Well,

Aku memang strict. No junk food in the house, aku pun tak makan, tapi kadang-kadang Papa yang teringin nak makan, beli la sepaket dua, tapi kena makan sorok-sorok. Fast food less than 3 times a month. Mi segera hanya dimasak bila mak aku tiada dirumah. Mak aku sangat pangkah megi-megi ni. That is why kalau Aqid dapat makan cikedis sume tu dia macam rasa donia ini dia yang punya.Hehehehehehe.........

Macam mana anda sekelian control pemakanan anak-anak bagi memastikan mereka tidak obes? As for me, parents should educate their children first and dont rely to teachers 100%. Betul tak? What do you think?

17 comments:

DrSinga said...

chop first !!
:)

DrSinga said...

wah... banyak entry gua dah qada' hari ni..
:)

kak long said...

wah dah boleh chop2 la..
ada hadiah ke syida?

Huda said...

no junk food..mmg againts utk anak2 kecil..husna lak suka makan ais krim :( huhuhu...

bujal X said...

saya hari2 makan cheezel~ok je~~(padahal gemuk nak mampus)haha~~

Yan-Najib said...

Syida, kat company aku hari tu, doctor buat research nearly 30% dari lingkungan umur 21-35 berisiko kena sakit jantung/ critical illness dlm masa 10 tahun...org yg tua2 dari tu kurang lak risk factor dia..nampak sgt pemakanan zaman kita dan cara hidup kita buat x sihat. Baguslah ko ajar Aqid kurang makan cikedis awal2 ni jadi bila dia dah pandai membeli sendiri nanti mesti dia takut2 gak nak mkn belakang ko kan..heheh

ejaMaria said...

budak skrg... kite tak ajar makan cikedis... tp bila beday kawan-kawan ada plak bagi goodie bag isi cikedis... ni aku tak paham ngan mak-mak org nih...
satu lagi fast food... mmg susah nak elak... mana-mana ada... mcm2 brrand... murah lagi... dulu2 fast food ni mcm makanan mahal... sbb tu tak makan kat fast food... skrg ni makan sepinggan nasi dgn sepinggan kfc - sama je harge... silap2 lagi murah...

ejaMaria said...

budak skrg... kite tak ajar makan cikedis... tp bila beday kawan-kawan ada plak bagi goodie bag isi cikedis... ni aku tak paham ngan mak-mak org nih...
satu lagi fast food... mmg susah nak elak... mana-mana ada... mcm2 brrand... murah lagi... dulu2 fast food ni mcm makanan mahal... sbb tu tak makan kat fast food... skrg ni makan sepinggan nasi dgn sepinggan kfc - sama je harge... silap2 lagi murah...

~ana~ said...

betul tu kak..semua bermula dr mak bapak. mak bapak kena ajar anak2 tentang pemakan yg boleh, x boleh, yg mn patut lebih mkn yg mn patut kurang mkn...

Daddy Ziyyad said...

kat malaysia ni, semua benda nak harap gomen, hatta anak anak jadik obese pun nak suruh gomen campur tangan!

Salmia said...

hari2 mesti ada cikedis utk dikunyah..
but lately dh pandai prefer dried fruit or nutri snacks :)

SyidaGorjes said...

@DrS:tahniah!

@DrS lagi:satu hari komen byk entry sekaligus.

@kaklong: tak de mananye ada hadiah.DrS je memandai nak chop.

@huda: sekali sekala takpe kot

@bujal: pernah buat full medical check up?

@yanNajib: semuanya bermula dari rumah kan?

@ejamaria: tu la kan kak.susah betul nak mengelak dari fast food ni.

@ana: maka, jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab.

@daddyziyyad:ai da bosan dengan gomen.buat statement camni bole kena saman tak?

@salmia:second option is always better.

kakyong said...

kesian kat nasi lemak... hehheheh...

x leh tahan dengar berita bberp hari ni.. ade ke nasi lemak yg disalahkan..

anak2 kakyong memang kurang melayan chikedess ni.. sbb kami jrg beli.. sesekala tu ade la dulu beli cheesezal.. tp skrg ni dah berbulan kot...

kakngah said...

semenjak aku dah tak keje ni, paling ketara anak2 aku tak beli & makan jajan secara keterlaluan sebab area rmh aku ni takde kedai @ org berjual jajan. masa duk rmh pengasuh dulu.. memang tak boleh halang sebab kedai depan mata.

fast food lak.. sebulan ada la max 3. lagi sekali aku bersyukur tggl kat lembah ni. jauh dari segala fast food restaurant.

eerrr..
sok g nk buat nasik lemak la... sambal udang petai.
mabeles!

transformed housewife said...

knur pun ada buat entry smlm pasal hal ni. MMg patut mak ayah yg kawal pemakanan kat rumah. Fast food senang sgt dpt skrg dan mak ayah pun sibuk jd palinng senang beli fast food utk anak2.

working mom... said...

huh...awal thn haritu g la holiday kat tutt...masa dok teman anak kat wading pool..sungguh la terkejut..90% budak yg ader dlm tu mmg semua nya yg melebihi berat hakak skang ni..xpun sama berat ngan hakak...sampai nak crk anak hakak pon susah weiiiiii...scary okey !
tp betul la, kita as parents la yg kene educate anak2 kita pasal pemakanan ni...khadeja's fav junk fud ~ beskut rocky...okey tak??...hahahhaha lain2...mkn bila travelling jauh2 jer..sbb boringgggg :)

Ermayum said...

budak sekarang susah nak makan lah esp breakfast bagi roti tak nak bagi nugget bedal macam mana tak gumuk
then semua nugget hotdog tu process food byk garam bla bla err termasuklah anak anak i but cuba gak la bagi bread and coco crunch gak tu baru breakfast kan