21 April 2011

Kalau Baik, Kita Ikut

Dua hari lepas aku baca kat blog Elyn yang baru bergelar housewife ( bila la aku nak dapat title ni?),dia collect majalah EH! dari tahun 2000 ko! Tinggi betul kesetiaannya terhadap majalah itu. Tabik spring kat ko la Elyn!

Well, aku pun selalu beli majalah. Tapi takdela terhad kepada satu majalah je sebab kriteria utama aku membeli majalah ialah sebab nak masuk contest. Kalau hadiah contest tu best, tu majalah yang aku beli. Minimum nos of majalah yang aku beli setiap bulan adalah 2. Maximum pun 2 jugak. Beli banyak-banyakpun bukannya bole deduct inkamtek. Secara matematiknya, bila setiap bulan aku beli 2 majalah, dalam setahun akan ada 24 buah majalah. Dengan keadaan rumah mak aku yang empat segi tu, rasanya majalah ini akan menjadi punca kesemakan minda dan rumah juga.

Pastu macam mana nak buat dengan majalah yang banyak-banyak tu?

Ini solution yang aku rasakan bernas untuk diriku dan mungkin boleh diapply oleh rakan-rakan sekelian. Setiap majalah yang aku beli tu, lepas baca dan masuk contest apa yang patut, aku tak akan kumpul dirumah. Selalunya aku akan letak kat opis bagi bebudak ni baca dan kadang-kadang aku letak kat klinik Doktor Maryam (since klinik tu je yang aku selalu pegi).Dengan cara ni, majalah yang banyak-banyak tu tak akan menjadi bebanan kita dirumah sebab orang lain pun bole baca dan mendapat manfaat daripadanya.

Betul tak?

Korang rasa aku letak majalah kat klinik tu keji ke?

Aku bukannya buang sampah dalam klinik, tapi bahan bacaan sambil tunggu Q nak jumpa Dr atau amik ubat. Niat aku suci tau. Aku ada seorang kawan yang rajin hantar majalah dia ke hospital, tapi kalau aku nak hantar ke hospital tu macam out of coverage la pulak. Tapi pastikan majalah itu bersesuaian yea.

Apa pendapat anda?

20 comments:

Daddy Ziyyad said...

saya amat amat berbesar hati kalau ada insan yg sudi sedekahkan majalah terpakai di klinik saya..bagus lah tu..berkongsi..

saya dulu lama tak beli majalah..tapi sekarang tiap2 bulan dah kena beli majalah..majalah dslr..ekekeke

Huda said...

eh ok je tu kak..sbbnye kita macam galakkan org lain baca sama kan :)

kak long said...

kau bagi kaklong pun ok gak...!:)

bujal X said...

saya campak kat kedai basuh kereta~~baik tak saya?haha~~

ejaMaria said...

aku sayang majalah yg aku beli tu... masalah bila majalah yg aku beli mesti ada artikel yg aku nak simpan... majalah lama tahun 2000 pun aku ada simpan sbb ada artikel dlm tu... aku tak nak koyakkan...

mmm... masalah majalah banyak la kat rumah... huh... masalah lagi...

kakngah said...

dulu tetiap mggu aku beli mgguan wanita. simpan elok2. takde cacat cela pun. bila2 boring, aku baca gak balik majalah2 lama tu...

~ana~ said...

erk..idea yg bagus sekali..x pernah terfikir pun mcm tu..bagus la..

Suhana Shahril said...

hmm..x penah terfikir pun lah nk buat cenggitu..ttakpa, boleh diaplikasikan nnti.bila time checkup kat klinik,bwk dan baca, pastu tinggal sbg sedekah jariah.kekekek....

Elly & Emmy said...

amalan yg mulia.. dpt berkongsi ilmu ngan org ramai.. pahala pun dapat juga..

Elyn Sani said...

idea yg bagus!! tapi aku dh ter hantaqpi tmpt recyle...huwaaaaaa

Elyn Sani said...

idea yg bagus!! tapi aku dh ter hantaqpi tmpt recyle...huwaaaaaa

A D I A said...

i majalah byk2 i tu i handover kat maid2 u untuk dibaca kala free. pastu dorang gi jual sekali dgn suratkabar lama. kasi income skit.

ummiross said...

hmm langkah bijak tu Syida,ringankan beban kita, ringankan beban klinik hee...

transformed housewife said...

jrg2 beli majalah skrg. dulu2 selalu jual dgn org2 beli "suratkhabar lama".

Ladysirna said...

amalan yang bagus...aku pulak suka simpan, sebab selalu nak tengok resepi2 dan suka baca cerpen dalam majalah..hehe

DrSinga said...

hantar kat klenet aku pun tak apa!!
:)
aku suka!

working mom... said...

setujuuuu..tp masalahnya majalah kat umah ni mahal2 dek nun..hadoiii laaaa..cik abe sure xbg sbb dia yg tukang beli..wa tukang baca jerrr...ekekekke

SyidaGorjes said...

@daddyziyyad: kat mana klinik u?

@huda:sharing is caring kan?

@kaklong:kos penghantaran sgt tak pulang modal =)

@bujal:ok juga tu

@ejamaria:ko bole buat arkib kat umah kak.

@kakngah: dalam keadaan skg, mesti ko da byk kali khatam majalah tu kan?

@ana:sila bawak ke opis anda

@suhana: yezza!

@eida:insyallah

@elyn:takpe,bole dapat duit.

@adia:niat u pun suci juga

@ummiross:beban klinik?apakah bebanannya?

@knur:surat khabar je yg kita jual

@ladysirna:objektif kita lain2

@drS:sila bagi alamat penuh klenet yea

@working mom: kalau yg mahal,tak payah le buat cenggitu.

kakyong said...

bagus juga sedekah majalah kat klinik2 ni.. sbb bosan gila kalo tunggu que & takde apa2 nak dibaca...

Ermayum said...

boleh kot kalu clinic tu tak marah hehe
tak pun u htr kat kedai salaon cina kalu i gunting rambut susah nak cari majalah melayu hehe