19 May 2011

Kekecewaan

Hari Sabtu lepas ada gotong royong kat opis client aku yang merangkap opis gomen tu. Diorang mintak kitorang sponsor kepsi untuk diorang makan lunch on that day. Takde hal la kalau setakat kepsi. Momantai. Hehehehehe.

Jumaat petang minggu lepas aku bergegas ke kepsi seksyen 13 tu nak buat order bla bla bla sebab kat situ je yang aku bole order sebab last minit punya pasal kan? Okla dapat buat order snack plate untuk 250 pax. Alhamdulillah. Aku cakap kat manager tu yang aku nak amik at 11am keesokan harinya. Dia pun cakap ok. Kerja last minit yang dipermudahkan Allah amat aku bersyukur.

The next day aku datang at 10.45am dengan kawan lagi sorang sebab aku sure tak muat nak isi kepsi yang berkotak-kotak tu dalam kete aku sorang jek. Food semua diorang dah bungkus siap-siap. Checked! Tinggal nak prepare air lagi beberapa kotak je. Aku pun buatla pembayaran yang beribu-ribu lemon kat manager (ni shift lain, bukan yang semalam),then aku cakap kat dia "takde free gift ke dik". Muka dia macam hampas, bole tak? Hello, i made such a big purchase here and atleast bagi la aku sedikit senyuman hoccaaay!. Dah la bagi sos cili yang paket kecik-kecik tu sikit je, itu pun aku yang nak kena check semua. Kalau tak, straw, sudu semua dia tak bagi. Ada ke patut? Aku ke manager kepsi ni sebenarnya?

Berbalik kepada free gift tadi, diorang tak de bagi pun. Aku bodek-bodek mintak keychain Mr Bean tu sebijik untuk Aqid pun tak dapat okeh! Dulu aku ingat lagi, kalau beli pakej barrel ke ape ntah, bole je diorang bagi sebotol sos free. Ni aku beli 250 packs snack plate, tapi apa yang aku dapat? Zero! Sangat geram tau! Confirmed la aku black list kedai tu. Lepas ni aku takmo beli kat situ lagi!


Ni la kepsi yang kami sponsor dengan pembelian ala-ala geram tu tadi.


17 comments:

A N A K - A N A K K U said...

bukan nek bersetuju, @ menyokong tp mmg hakikatnya pekerja KFC majority rude, especially diorgnye manager, pernah gak alami situasi mcm nie.....per lah kfc nie kan......teruk dah hadap customers layan jerlah kerenah customers atleast dgn senyuman.....

Mama Hanim said...

sbb tu ntah brp bajet utk iklan SENYUM kt t.v kan. susahnya nk senyum.

penah dulu jmp kes mcm tu, geram sgt spontan tya si dia,' Awak sakit gigi ke? huhu..

MasZuber said...

memang kedekut taik idung masin sungguh la kepsi seks 13 tuh!

saya pun akan banned!

~ana~ said...

eh kedekut nye..mcm la kfc tu ko punya kan...bnyk tu akak beli..saya kalau beli 1 barrel tu pun mintak sos 1 botol.kena tgk jugak la kfc mn ni kan..ada yg ok ada yg x ok..

Dr K said...

saya dah tiga kali komen dalam 3 minggu ni pasal kepsi...bikin malu aja tagline baru dia So G Double O - D Good konon! Servis hampeh..

kakngah said...

ko komplen jek kt website KFC terus nok.. hak pelanggan ape..
kau bukan beli 2 set.. beratus set. ingat senang ke sale nak masuk camtu tetiap hari....

Unknown said...

aah kak, wat je komplen kat kfc terus..beli bnyk patut dptla ape2 kan..isk3

A D I A said...

Mmg patut u komplen terus, hantat email. Or hantar je kat hmetro ke. Kfc mmg servis teruk skit. Taoi I rasa servis a&w even worse. Mcd je bagus, cukup training kot.

kak long said...

alaaa ko beratus set...tak per gak...
kaklong pernah beli dinner plate 5 set.. 1 set dia kurang satu ketul...
balik rumah baru perasaan..masa budak kasier tu bg..dia buat2 paling muka kat tempat lain...bermakna,dia dah dpt makan freee seketul!..
hampeh!

ummiross said...

Dia orang ni kurang training kot, kena ajar budi bahasa, setakat senyum tu pun tak reti. Ummi pernah beli, tapi dia orang asyik tergelak2, ummi tanya korang gelak apa,apa yang lucu sangat..!

ddlea said...

hahahaha...dasar kedekut pait...kesian ko...

ibu_Arifa said...

kita bako jer..!!! (sambil buat tangan gemalai si usup tu) hihihi

Syida said...

@kay:even tho customer yg ni tak banyak kerenah =)

@mamahanim:kalau dia ckp dia mmg sakit gigi, camno?

@mas:selalu g sana ke?

@ana: org ckp depends on manager

@dz:nasib baik masa tu terdesak.

@kakngah:nti aku buat karangan dulu.

@huda: akak xde mgharap big items, tp common sense la kan?

@kaklong: bkn hari2 diorg mmg mkn free ke?

@ummiross:kne ada org spot check diorg selalu

@ddlea: kedekut taik idung masin!

@ibu arifa: amboi, sejak keje baru ni dah pandai membakor ye?

@adia: i pun rasa a+w worse,tp ni lagi teruk.

MiaSaidin said...

sebab tu aku selalu layan mekdi je kak..
hahaha...

transformed housewife said...

hampeh betul tu. mmg patut buat aduan ni Syida.

Unknown said...

elok buat komplen jer camni...
hampeh betui..



n3 terbaru kakyong
Suez diary–saya sudah review blog anda!!!
Adakah kerana dia kidal?!!!
Nora Elena–review episod 1 dan 2

Ermayum said...

memang hampeh - eh sekarang pun beli barrel dapat sos - pesal u tak amek ja sos atas meja they all semua tu - tu baru manager kurang ajar u should complain kat owner dia syidah
ish geram i :)