20 May 2011

Mr Clean

Nak tanya, sampai umur berapa anak anda sekelian menggunakan carseat mereka? Sejak Aqid berumur 3 tahun ni, susah betul aku nak bagi dia dok diam kat carseat tu. Kalau long distance journey e.g: balik Melaka, dia takmo dok situ lagi dah. Sebab dia prefer baring dan tido for the whole journey. Kalau pegi school je dia bole duduk kat situ diam-diam. Tapi tengok dulu sape yang hantar dia pegi school. Kalau dengan embah (read: nenek) dia, jangan harap la nak duduk situ lagi.

So, aku pun mengambil langkah yang bernas untuk mencuci carseat dia tu. Tapi sebelum nak cuci tu, aku kena khatamkan dulu washing instruction booklet dia tu. Tapi malangnya takde cite pulak camne nak cuci.Ada la cite macam mana nak pasang, nak bukak seat cover tu. Puas aku belek dari kulit ke kulit tapi takde jugak. At last aku ada nampak sorang kawan ni, Elyn, dia pun pakai carseat yang sama. Aku tanya dia macam mana dia cuci, tapi dia cakap masuk mesin biasa. Aku agak ragu-ragu di situ. So, aku KIV dulu nak membasuh cover tu.

Aku cuba anta kat kedai dobi area umah aku, tapi they refused sebab tiada pengalaman membasuh seat cover. Bole gitu? One fine day, aku terasa nak hantar cover tu ke dobi professional. Takpe la belanja lebih sikit asalkan stains bole hilang and tak rosak.

Mereka tak pasti bole hilangkan kekotoran, tapi mereka akan cuba sehabis baik - kata mereka.


2 minggu kemudian,

Saya sangat gembira kerana cover tidak rosak, kekotoran juga hilang! - kata pelanggan.


Terima kasih Mr Clean!


Total cost : RM 30 only. So, worth it!













12 comments:

bujal X said...

peh~~carseat recaro tu~~kaya ah makcik nih~~haha~~

Papakeechee said...

wahhh!!! berbaloi berbaloi =) ... arees plak tak duduk dah dlm carseat ... berlagak cam budak besaq sampai pening mak dia bawak keta ... @_@

kakngah said...

adief ddk kat carseat berapa bulan jek. lepas tu dia xnak dah. kene la aku pangku dia sambil drv masa g hantar ke rumah makyong. sebbaik lalu jalan estet. tapi, kalau sekarang ni dipasangkan balik... kompem dia nak bertenggek kt carseat tu. sama macamana dia sopan duk dlm stroller sekarang ni..

cara aku basuh cover carseat ialah dgn mencampakkan sahaja ke dalam WM.

ejaMaria said...

Luqman mmg dah tak pakai car seat... tapi aku beli satu lagi safety seat belt utk kid... pasang kat safety belt yg ada... dia ok mcm tu... ok la... ;p

kak long said...

kaklong rasa ko pun blh ddk dlm carseat tu kot...hihihihi!!!

Huda said...

car seat husna still pakai lg tmbh now dia dh ada adik kan..tp rasenye 3thn tu dh leh duduk sendiri kut kak :)

~ana~ said...

car seat mmg pakai lagi smpai skrg..tp guna kat kereta saya je la sbb saya yg biasa hntr anak2..car seat tu mmg utk aqil la. ajmal duduk bila papa dia yg drive kereta, saya pegang aqil. kadang2, dua2 org berebut nak duk situ..kadang2, 2-2 xmo duk situ..hu3x..

saya basuh sendiri je kak sbb ada manual instruction mcm mn nak bukak n pasang cover tu...

ummiross said...

Nampak seperti baru...!

Daddy Ziyyad said...

car seat ziyyad sekarang ni bakal diperturunkan kat bakal adiknya this Monday...tak pernah basuh lagi..hahhaa..selau lap & vacuum aja...

kena bertegas..once bagi dia peluang tak duduk car seat, seterusnya memang susah nak suruh duduk..

Ermayum said...

ni dah promote mr clean ni - kalu i syidah i berus sendiri ngan berus sabut hehe -taoi jahanam lah - ni byr rm30 nampak cam baru kan

Mama Hanim said...

ada car seat tp jrg sgt guna dulu. blk kg kedah-kelate pn hanim nk duk atas riba mama dia je..huhu..

SyidaGorjes said...

@bujal: nak beli sebijik tu kena fikir sampai sebulan tau.

@rina:susah kalau kita tak bole nak control dia.bahaya.

@kakngah:pangku?its a No NO NO!

@ejamaria: kita tak beli pun adapter tu sbb Aqid ok je kalau pakai yg biasa.

@kaklong:max weight 36kg shj.kita 37kg.hehheee

@huda: mmg bole dduk sendiri,tp tak mencapai keselamatan maksimum.=)

@ana: bila da ada 2 org, lain pulak citenye ek?

@immiross:aah!sgt berbaloi!

@DZ:just wait until ziyyad reaches 3yo ye.

@ermayum:berus sabut?harus nanges disitu juga.