09 May 2011

Potong Jambul & Naik Buai

Masa cuti hari buruh minggu lepas, SIL ku telah membuat kenduri potong jambul anak pompuan dia dan ditambah dengan anak pompuan BIL yang baru habis pantang. Dulu masa Aqid aku buat kat dewan. Dewan je besar tapi majlis tu kecil-kecilan among family je. On the same day adik aku kawen. Jom tengok macam mana majlis ni dibuat oleh orang Melaka...


Mula-mula kena sediakan dulang tempat letak material untuk memotong jambul tu. Anak SIL aku rambut dia macam mihun (orang tua-tua cakap sebab masa preggy mak dia selalu minum ais). Ada gula batu, madu, air kelapa, bunga rampai, gunting dan cermin. Aku tak pasti penggunaan cermin dalam hal ini, tapi dah FIL suruh letak, pastikan ikut je. Bunga rampai yang ada arrow tu menunjukkan satu-satunya contribution aku kat majlis ni. =P


Acara pemotongan rambut pun bermula. Yang depan dan sebelah dia adalah BIL-BIL ku, yang pakai tshirt hitam (tak sempat tukar baju sebab tengah sibuk kat dapur) tu papa Aqid.


Lepas tu ada acara naik buai. Oleh sebab ada 2 babies, lepas separuh lagu kena tukar baby lain pulak. Buai dihias sendiri oleh SIL.


Lauk hasil masakan SIL dan FIL. Dalam pada takmo masak lauk macam-macam tapi end up ada 5 jenis. Ada ikan pari masak asam, sambal udang, nangka masak lemak, daging masak kari dan ayam masak merah. On top of that, ada 3 jenis kuih yang berbeza tau. FIL aku memang suka masak-masak ni. Aku suka makan je. Heheheee.....


Dah lama tak letak gambar budak bijak ni kan? Orang sibuk nak kenduri tapi dia bole pulak takmo pakai seluar panjang. Hangin je aku.

23 comments:

kakngah said...

adakah ko pun suke minum ais gak??
kalau ya, ada harapan adik aqid berambut mihun.

Dr K said...

Antara ibadat yang paling banyak bercampur gaul dgn adat yang tak berkenaan, ialah acara akikah.

Dr K said...

Lucu betul saya tengok ramalan orang Melayu kan..kalau masa pregnant minum Starbuck selalu, baby boleh dapat mata biru tak?:P

bujal X said...

saya dulu masa cukur jambul ainul just bawak air dalam mangkuk dan gunting je~~

ejaMaria said...

anak2 aku tak buat cukur jambul... ktorg cukur botak sekali dgn akikah potong kambing... ;p

~ana~ said...

madu dgn gula batu utk utk acara belah mulut ke?

Nieza Ishak said...

merembesss siut lauk

kak long said...

org melaka..mana blh tinggal dgn asam pedas..malatopppp!

Wan said...

menu semua tip top tu.. yummy..

ummiross said...

waa gabungan lauk pauk yang sangat best, sedap ikan pari masak asam pedas..

mama_umar_maryam said...

auw,,buai bulu2 pink!! cantek ;)..pasni adek akid plak..

MiaSaidin said...

:)

baby.. !

Unknown said...

bestnye :) kami plan buat aqiqah nanti untuk adik Husna after habis pantang :)

shaza said...

nanti cukur jambul adik aqid jangan lupa jemput aku tau..

Yunus Badawi said...

Duit RM5 tu buat apa?

Yunus Badawi said...

Lauk2 itu sungguh menggoda. Nanti cukur jambul adik aqid bolehlah buat masakan2 ini hehehe

Yunus Badawi said...

Aqid tak pakai seluar panjang pun ok. Comel dia. Yg bapa dia pakai t-shirt aje tu lagilah merosak majlis


hahaha larikkssss

ddlea said...

wei... rambut mihun tu mana rupanya? Kasar kah? Halus kah? Sikit kah?

ddlea said...

wei... rambut mihun tu mana rupanya? Kasar kah? Halus kah? Sikit kah?

Syida said...

@kakngah:ais bkn bestfrenku.aku jaga badan maaaa....

@daddyziyyad:yup, betul tu!

@daddyziyyad:havent tested before.hehehehe

@bujalx:tu paling basic habes.

@ejamaria:fmily belah melaka ni mmg suka buat potong2 jambul mcm ni,akikah kira lain.

@ana:mungkin la.tp kalau xde gula batu tu,tak terbelah ke mulut dia?

@nieza:lauk mmg mebeles

@kaklong:aku tak pernah mkn asam pedas kat kedai kak.

@mamahanim:semua cukup rasa

@ummiross:tp kita tak pandai masak ikan pari masak asam pedas.

@zety:utk adik aqid?nti aku mintak permission dari embah dulu yea.

@salmia:sila kawen cepat

@huda:buat cepat2 tau.

@shaza:aku lupa jemput ko masa cukur jambul aqid....oooo masa tu bz adik aku nak kawin.sori ye.

@yb:tu duit org bg

@yb lagi:nak masak macam2 sgt tak kuasa okeh.

@yb lagi lagi:kan i da bgtau,papa dia bz kat dapur.hish!

@ddlea:jarang2 dan halus.

A D I A said...

ala baca entry ni teringat entry piya yg tertangguh (tak karang pun lagi). dia pun baru je cukur jambul 1st may lepas. cukur jambul di kala umur 8 bulan hehe.

Unknown said...

Ya ALlah.. terduga nya tgk lauk kenduri nih...



n3 terbaru kakyong
Cepat mengaku.. sapa yang antor ni
Filem yang bakal BOOOOMMMM!!!??
Kome pernah minum air lemuju

Ermayum said...

oo panjang nya bai nanti kalu syidah dapat baby girl leh lah buat camni sweet ja color nya :)

oo budak itu rock waktu kenduri gini :)