16 June 2011

Hodgkin's Lymphoma

Saya bertemu dengan dia 2 tahun lepas melalui seorang kenalan yang terlibat dalam kerja-kerja sukarela. Nama dia Hazim, umur 15 tahun. Sewaktu itu saya mencari seorang insan yang tak berkemampuan, mempunyai penyakit kronik kerana company saya telah bermurah hati untuk memberikan sumbangan istimewa pada bulan puasa 2009. Saya mencalonkan adik Hazim dan alhamdulillah namanya telah dipersetujui oleh bos saya.

Hidup dalam serba kekurangan di rumah kos rendah di Lembah Subang. Mempunyai 4 orang adik beradik (kalau tak silap), ibunya tidak bekerja dan bapa tirinya ..... (tak perlu saya sebutnya keaiban orang). Hazim tak dapat kesekolah kerana penyakitnya yang memerlukan dia berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan. Pada tahun tersebut, penyakitnya berada di tahap 3.

Sekali imbas, saya tak nampak pun Hazim seperti seorang yang sakit. Mungkin sebab saya tak tengok dia hari-hari. Ibunya dalam 40an, tapi dah takde gigi, seorang yang ceria. Mungkin beliau begitu untuk menceriakan Hazim juga. Pada majlis buka puasa 2009, DYMM Sultan Selangor telah menyampaikan sumbangan istimewa bagi pihak company kami. Hazim sangat gembira sebab dia tak pernah dapat bersalaman dengan Tuanku.

Itu cerita pada tahun 2009.

Semalam, 15 Jun 2011, adik Hazim telah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM. Walaupun perkenalan saya dan adik Hazim yang singkat, saya dapat merasai kehilangannya sebab saya selalu mendapat update adik Hazim daripada rakan sukarelawan yang amat rapat dengannya.

Al Fatihah kepada arwah

Kepada ibu Hazim, semoga kakak tabah dan kakak mesti kuat demi Hazim. Allah lebih menyayangi dia kak.

13 comments:

KSWSK said...

Al Fatihah

bujal X said...

takziah kepada keluarga arwah~~

kakngah said...

Al-fatihah..

apa penyakit dia??

~ana~ said...

al fatihah...sedih plak...hu3x..

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah...

Allah lebih menyayangi nya..

transformed housewife said...

Al-fatihah.

ummiross said...

Terharunya, Al Fatihah untuk adik Hazim, semoga ditempatkan disisi orang2 beriman, amin.

Huda said...

sedihnye :( alfatihah

working mom... said...

al-fatihah untuk beliau....selalu mengingati diri sendiri bila ditimpa malang....diluar sana ada yg lebih malang dr kita...moga Allah tempatkan dia di sisi org2 yg dikasihi...amin..

ddlea said...

owh... citer sedih di pagi hari :(

kaklong said...

begitulah lumrah hidup...berakhir degan kematian...
biarlah roh nya ama disana!!

alfatihah

mama_umar_maryam said...

Allah lbh sygkan arwah..baik arwah tenang disana ..alfatihah

DrSinga said...

sedeh lah aku pulak pepagi ni....