22 June 2011

Pantang

Hari ni dah hari yang ke 25 aku berpantang. Da kurus? Tak sure la, tapi masa minggu pertama haritu aku dah kurang 5kg. Nak timbang hari-hari pun tak bole sebab kat umah takde weighing scale (fyi, orang kat umah ni semua kurus, kami tak perlukan benda itu).Hehehehe. Terdapat pelbagai persoalan dimindaku yang masih tidak menemui jawapan tentang berpantang ni, aku harap korang bole tolong ye.

#1 - Berstokin
Orang tua-tua cakap kena pakai stokin untuk mengelakkan masuk 'angin' dalam badan. Macam mana angin bole masuk lalu jari kaki je? Kenapa tak payah pakai glove untuk jari tangan?

#2 - Bengkung
Orang tua-tua cakap kena pakai bengkung untuk memastikan rahim kita berada tetap ditempatnya. Yang ni aku percaya sikit sebab haritu masa pegi check kat klinik aku tak pakai bengkung terus senak perut masa berjalan. Makcik urut cakap alignment rahim aku dah lari. Tapi aku pakai bengkung sebab nak kurus je. Tak pernah lekang dengan bengkung 24jam kecuali pegi toilet sahaja.

#3 - Bertungku
Orang tua-tua cakap untuk melancarkan pengaliran darah. Yang ni kalau tak pantang pun aku ada buat time period. Aku bertungku sambil tido diwaktu malam. Just letak kat perut sampai pagi, nak bagi kurus punya pasal. Hehehe

#4 - Jamu
Orang tua-tua cakap kena makan jamu untuk melancarkan pengaliran darah, merapatkan apa yang patut, pendek kata untuk kesihatan la. Even tho tak berpantang sekalipun, aku memang pemakan jamu tegar. Kesihatan dalaman kena jaga, nak pakai lama beb =).

#5 - Air
Orang tua-tua cakap tak bole minum air banyak sebab nanti jahitan kat petpet tu tak kering dan lambat baik. Yang ni aku memang tak ikut 100% sebab masa Aqid dulu aku susah nak membuang air besar. Cukuplah sekali aku terkena, pastu terus aku minum air banyak-banyak. Jangankan air kosong, air ribena suam pun aku minum bergelen-gelen.

Sehingga ke hari ini aku ikut je cara berpantang yang diamalkan turun temurun oleh mak aku suruh tanpa banyak soal. Nak kurus punya pasal, ikut je la kan?

18 comments:

kaklong said...

jgn ko pantang jumpa dah!

~ana~ said...

akak, yg no 1 tu..ada kwn saya pernah bgtau, angin tu masuk ikut tapak kaki...erk..cmna nak explain erk..x reti plak..heh3x..

erm..br 25 hari..rs mcm lambat je masa berlalu..tp xpela..sbb nak jadi gorjes balik, harus la ikut kan...:)

kakngah said...

aku nak g hantar mangkuk tingakt dulu. lepas tu baru aku baca n3 ko ni eh....

menu mangkuk tingkat ; kari ayam + ikan masin + kacau goreng sawi. seswai utk ibu berpantang.

ummiross said...

untuk kurus dan untuk kesihatan sekali kan Syida...

ejaMaria said...

emmm... bidan aku pesan pakai stokin bukan pasal takut masuk angin je, tapi untuk jaga ibu jari kaki juga... urat dekat ibu jari kaki kita sangat sensitif, dikhuatiri kalau tersepak apa-apa bole menyebabkan bentan... yg ni aku pernah kena - betul la kot... sbb tu dia suruh pakai stokin... lindung ibu jari kaki tu sendiri...

Drama Mama said...

selamat berpantang. yang i tau, kalau tak pantang pun malam2 tido elok pakai stokin gak. banyak penyakit kan datang dari kaki..pasai tu orang dok pi buat reflexology tu semua. hehe

Nieza Ishak said...

aku skrg ni menyesal tak pakai stoken sgt masa pantang, skrg ni terasa kaki tak kuat & asyik sejuk sejuk jerk ....

Huda said...

ikut je kak mana yg baik tuk kita :) huda kadang2 skip pakai stokin..pakai sliper bilik je.

working mom... said...

pakai stokin elok utk elak kaki sejuk..lagi pulak kalu lantai simen or tile..kalu umah ko carpet sepenuhnya, boleh la ko abaikan..heheheh..nape xpakai glove ? ateeee..ko jalan pakai tangan ker??...hehehehe

kakngah said...

setokin mmg aku pakai sepanjang masa pantang. efeknya.. pecah2 kt tumit aku hilang... :P

ddlea said...

Cer citer sket, jamu apa ko minum...

Tapi wei, ko nak kurus pekebendanya... ko dh cukup selim melim ok...

mama_umar_maryam said...

xcaye aku..sure dh selim melim blk nih..hahaha..jeles ahh..siyes weh, aku pas pantang 30 ari tu mmg berat kembali ke normal siap kurang lg weh..rindu lah ;(

KSWSK said...

semuanya berkait dengan nak kurus..

Daddy Ziyyad said...

-pasal jamu, komen saya yg mana tak pasti tahapa kelulusannya, tak payah makan, bukan apa, kena ingat bahawa u breastfeeding.Newborn liver masih belum matang

-bab2 lain saya tak mau komen..sebab my wife hanya berpantang secara moden(baca: ikut fakta medical) :P

transformed housewife said...

psl jamu tu Knur tak berani mkn sbb masa anak pertama, dia kena cirit birit. Anak kedua pantang kat NZ, mmg pantang mcm mat salleh cuma masih pakai bengkung sbb nak bg perut kempis balik. hehe

DrSinga said...

ekau memang dah kurus ler!!!!

Ermayum said...

dr suh minum air byk org biasa 8 gelas kalu pantang mesti kena minum lagi banyak tu akak pun pelik why org cakaptak leh minum bayk air pot pot effect tak faham lahhhhhhh

armouris said...

lagi info tentang berpantang di SIHAT SELALU - Rahsia Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang