18 August 2011

Bread Pudding Challenge

Masa cuti Nuzul Quran haritu, kami telah mengadakan Bread Pudding Challenge yang disertai oleh A Drama Mama dan Papakeechee jadi kami punya Ms Judge. This is our first attempt to make a bread pudding. Aku tau, orang lain semua dah bole buat bread pudding sambil tido, tapi aku je yang terkedek-kedek baru nak try buat.

Oleh yang demikian, aku telah mem'print' recipe dari blog Zety, tapi aku adjust sikit-sikit sebab nak masuk pertandingan punya pasal. End resultnya mestilah kebabooom! Meh aku share recipe bread pudding yang bertemakan "The More The Merrier":

Bahan-bahan:

2 biji telur ayam
4 sudu butter yg dicairkan
500ml susu full cream
secubit serbuk kayu manis
*bahan-bahan ni dipukul rata, tak payah kembang
Roti- bahan utama!

Bahan sampingan untuk lagi sedap:

Pecan
Ground hazel
Raisins
Kurma
*ikut selera masing-masing

Bahan hiasan:
Strawberries
Blueberries



Bahan untuk kuah custard:

1/2 cawan gula
susu full cream - ikut suka
1 sudu custard yang dicairkan

Cara:
1. Ratakan butter sikit dalam casserole or loyang
2. Susun roti cantik-cantik dalam bekas
3. Hiaskan dengan bahan sampingan kalau ada. Aku pakai kurma sebab takde raisins
4. Tuang bahan yang dipukul tadi dalam bekas tu. Tekan-tekan sikit supaya roti terendam. Biarkan 30min.


5. Sambil menunggu roti tu, bole la kita buat kuah custard.
6. Masukkan gula+susu dalam periuk dengan api yang kecil, kacau slowly. Lepas tu masukkan custard. Kalau agak-agak pekat, masukkan susu lagi. Dah siap!
7. Panaskan oven, masukkan roti tadi untuk 30-40min sampai takde perasaan watery kat roti tu.
8. Bila siap, hias cantik-cantik!



Combination blueberries and strawberries is a perfect match sebab kuah tu manis, both berries macam masam sikit. Memang sedap!

Tapi keputusan our Bread Pudding Challenge belum diumumkan lagi. Nervous ni!

Oh, lupa nak bagitau. A Drama Mama and Papakeechee both stayed in Penang. We communicate via twitter for live update! Kira macam KL-Penang Bread Pudding Challenge. Kalau nak tahu keputusannya, sila ke blog Papakeechee

16 comments:

bujal X said...

kalau nak vote kena SMS apa ni???

ejaMaria said...

aikk... pakai twitter?... macam mana nak rasa taste dia?

shaza said...

tak bole rase la ek??

~ana~ said...
This comment has been removed by the author.
~ana~ said...

nak judge mcm mn ni? tgk sapa punya presentation paling lawo ke? taste tolak tepi?

tp tgk gmbr dah tau mesti sedap..:)

en_me said...

me xde twitter laa.. ehehe

Unknown said...

uish..akak pos kat depa ke utk judge? menarik resipi ni :)

Unknown said...

hahah a job well done la ... thanks for the recipe also nak try deco like u nanti kalau i jadik buat .... ^_^

ddlea said...

Amboi...amboi... Klu jadi gather2, bwk la seloyang ok...

/-\K|\/|/-\ C|-|/-\PTER said...

wahh tahniah2 dah menang nih.. kompem lagi 3 juri bebas nak merasa raya nanti ek.. presentation kena sama mcm gambo.. takmo ubah lain puneyr buah... hehehe.. well done

ummiross said...

Nampak sedap, boleh menang ni Syida, hik!

MasZuber said...

wahhhhh menarek sungguh!!!

Elyn Sani said...

Hebat la ko beb!! Aku pun x pernah try buat ni. Nnt aku try folo resepi ko ek.... Moga menjadik!!

working mom... said...

xde vote sms ker?...kalu tak leh akak tlg vote kan..heheheh..
sedap nampaknye..:)

mama_umar_maryam said...

tu diaaaaaaaaaaaa..dah mcm kt hotel cameron aku tgk hah...hahaha,semoga menang =)

Ermayum said...

mesti u punya yg paling sedap :)

x pernah lagi makan pudding roti ngan strawberry