15 February 2012

Langgar Lari

Ya, saya kena langgar, lepas tu orang yang langgar tu lari.
Of course la kereta saya yang kena langgar.

Kejadian itu berlaku macam ni,

Pada suatu hari yang panas. Saya mc pada hari itu sebab mata saya bengkak sebelah. Kena infection. Around 5pm, saya nak fetch Aqid dari school. Saya ke satu simpang. Depan kereta saya ada sebuah kereta kancil yang berplet WLH 8940 (memang plet no sebenar). Pemandu wanita dalam lingkungan 40+. Dia nak keluar dari simpang. Tapi macam menggelabah sangat. Kereta dia nak keluar, but end up macam terundur sebab dia tukar gear lambat. Saya hon dia. Tapi still dia tak tekan brek. Lalu 'mencium' kereta saya. Saya keluar daripada kereta. Tapi dia angkat tangan, dan jalan terus keluar simpang.

Saya masuk balik dalam kereta, lalu mengejar dia. Ewah, ewah, ewah! Dah langgar kereta orang, senang hati je anda mengangkat tangan dan terus blah? Jauh jugak saya kejar dia. Macam aksi dalam tv. Lalu saya block kereta dia, barulah dia berhenti. "Akak dah langgar kereta saya, lepas tu blah je ke?" "Sorry dik, akak ingat takde pape sebab tu akak terus pegi". Dalam hatiku, takkan la dia tak dengar bunyi kereta dia hentam keretaku tadi? Saya beri kata dua kat dia, nak report or bayar? Dia call tah sape-sape which non of my concerned. Dia ajak saya ke kedai cat sepupu dia.Dia cakap semua kos dia akan tanggung. Alhamdulillah perkara ini selesai dengan baik. (Ada part yang saya dah potong)

Bila saya balik, saya memikirkan macam mana nak bagitau papa. Then saya cerita je la seperti 2 perenggan diatas. Keesokkan harinya baru dia tengok kereta saya. Then dia tanya,"Sure ke nak anta pegi workshop? Sikit sangat dent ni." Dalam hati saya, sebenarnya memang sikit sangat, tapi kalau saya tak mintak akak tu betulkan, end up nanti saya jugak yang kena marah. Tapi bila akak tu bagi betulkan kereta, papa pulak cakap macam tu.

Hish!

Moralnya: Jika nak keluar simpang, sila memandu dengan lebih berhati-hati.Jangan tiru aksi kejar-mengejar seperti dalam tv.

12 comments:

shaza said...

dahsat ko.. kalau aku tergamam kot.. tak sempat nak kejar..

kaklong said...

akak tu ada hal kot..tu yg dia gelabah semacam....adehhhh...!

Nieza Ishak said...

kalo aku tergagam kot. ambik no.plat & mintak no.tepon pastu suh husband settalkan huhuhu

yana said...

ko mmg berani syida!tp patut lps kita langgar tu..kenalah berhenti kan..betul dh apa ko buat tu..ada stgh org tu mmg hati keras..even dia langgar..mmg dia akn buat dek jek..aku benci org2 x bertanggungjawab mcm tu..kalo akk tu turun..then mintak maaf dgn ko..aku rasa..mesti ko berlembut kn..mmg padan la kena kejar tu..suruh jek dia settle

ejaMaria said...

haaa... akak ni mesti org yg sama yg langgar pelumba basikal negara hari tu... ikut gelabah bila keluar simpang sampai langgar org...
hehehe... suke ati je aku tuduh org... ;p

ddlea said...

Kelas ko syida... siap kejarin lagi... tapi mmg betul pun tindakan tu. Dah langgar patut kene berenti then tgk apa yg jadi. Sikit ke byk yg rosak, tu blakang citer.

Bkn main blah jer...

kakngah said...

hang memang terer.
kalau aku... roger superhero aku dtg menyetelkan masalah.

mama_umar_maryam said...

aku aritu ade gak terseret kete pompuan peknen, tpkan aku baik..setelkan elok2..idakle larikan diri..hasilnya, die x mntk apepon,setel cara baik :)

MiaSaidin said...

blum pernah jadi mcm ni lagi. huuu.. mintak dijauhkan

A D I A said...

kalau i pun, sure hub bising kalau ada insiden2 tidak diingini melibatkan kereta ni. so i pun akan bertindak macam u kot.

lawa nya header u.

transformed housewife said...

BAGUSLAH. Syida mmg berani. Kalau kita yg betul mmg kena kejar je org tu.

Unknown said...

fuuhh.. salute la.. berani kamu syida... thumbs up..